Coney Dog A&W Separuh Harga Promosi Setiap Selasa

Kami dah berhenti makan di McDonalds, KFC dan Pizza Hut sejak operasi boikot kami bermula. Tapi sesekali datang juga craving nak makan fast food di sana. Memandangkan di Terengganu tak banyak pilihan kedai fast food yang ada, jadi akhirnya kami pergi juga makan fast food. Tapi bukan di Mekdi, KFC atau Pizza..


..tapi kami makan di A&W. Nasib baik ada A&W.


Coney Dog A&W Separuh Harga Promosi Setiap Selasa


Kebetulan dua hari lepas iaitu hari Selasa, suami balik kerja awal, jadi suami ajak kami pergi ke KTCC Mall. Lepas pusing KTCC dan beli barang apa yang dikehendaki, kami singgah solat maghrib di Masjid Ladang. Perut pun dah start lapar dan kami juga dekat dengan outlet A&W, jadi apa lagi..teruslah kami ke A&W sambil meredah hujan lebat di malam hari dengan tujuan nak isi perut.


Coney Dog A&W Separuh Harga Price

Bila dah pilih seat, macam biasa saya dan suami diikuti budak suka kacau daun, Ameera pergi ke kaunter untuk order makanan. Suami ambil menu baru A&WTimate burger. Nampak macam sedap bila ada tag Burger of the Year di menunya, jadi wajiblah kami cuba. Burger ini diisi dengan satu lapisan patty dan satu lapisan mc and cheese yang digoreng serta sos black truffle cheese. Kami ambil set mighty combo yang dilengkapi dengan seketul ayam, float dan curly fries.


Coney Dog A&W Separuh Harga Promosi Setiap Selasa


Untuk saya pula, memang dari dulu bila makan di A&W, saya suka order coney dog. Ia macam comfort food sebab di university, saya suka makan 1901. Memandangkan sekarang dah susah nak jumpa 1901, jadi pilihan yang terdekat hampir sama rasanya macam 1901 adalah coney dog daripada A&W. Masa kami minta sebiji beef coney dog, staf beritahu yang harganya akan jadi separuh kerana ada promosi setiap Selasa..jadi dapat potongan 50%. Seriuslah?


Nampak sangat yang kami dah lama tak makan di A&W sampaikan tak tahu rupanya setiap hari Selasa ada promosi potongan separuh harga untuk coney dog. Iyelah, nak pergi ke A&W agak jauh daripada rumah, jadi kami selalu makan di McDonalds saja bila terasa nak makan fast food. Separuh masa perjalanan boleh jimat jika makan di McDonalds. Tapi sekarang walaupun jauh akan kami redahi jua..


Bila dengar ada 50% potongan harga, apa lagi..terus suami minta dua coney dog. Satu untuk saya dan satu untuk Auni. Jadi suami hanya bayar RM5.95 untuk sebiji beef coney dog daripada harga asalnya RM11.90 dan RM5.45 untuk sebiji chicken coney dog daripada harga asal RM10.90. Jimat kan? Macam beli burger tepi jalan pulak. Waffle dengan aiskrim pula adalah menu pilihan Ameera. 


Coney Dog A&W Separuh Harga Promosi Setiap Selasa


Masa tengah berjalan ke tempat duduk barulah saya perasan banner besar promosi 50% coney dog yang tersangkut elok di tiang kedai. Aisey, macammana boleh tak perasan masa masuk tadi..


Review A&WTimate

Menu baru A&WTimate burger rasa macammana? Okay tak? 


Ha, rasanya burger ini tak berapa kena dengan tekak kami. Disebabkan patty beef dah cukup lembut, bila ditambah pula dengan gorengan mc and cheese ke dalam burger yang juga lembut, ia seolah macam makan burger yang mudah digigit tetapi cepat muak. Bila makan burger yang lembut sangat pun tak berapa best juga kan, kalau ada sedikit tekstur kasar dalam burger, mungkin rasanya lebih sedap. Tambah pula ada lapisan mc and cheese, makin berganda rasa muak nak habiskan walaupun seketul burger kami kongsi berdua. Rasanya tak pedas, jadi kami tambah sos untuk tambahkan kepedasan.


Coney Dog A&W Separuh Harga Promosi Setiap Selasa


Lain orang lain preferences nya. Mungkin menu burger A&WTimate ini tak berapa kena dengan selera kami tapi orang lain rasa sedap. Nak tau sedap ke tak, better pergi cuba sendiri di A&W. Kalau nak jimat berganda, pergi hari Selasa sebab boleh beli coney dog dengan separuh harga. Untuk menu comfort food, coney dog dan waffle aiskrim, memang sentiasa top-notch. Sedap dan terbaik! Lepas ni kami dah tau nak makan di A&W pada hari apa.

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Ammi pun dah tak jejak atau order online. Haritu ada juga anak bongsu sebuk nak KFC tapi bila tanya kat dia..."awak nak sokong Israhell ke"...baru dia teringat nak kata takpe...kita beli ayam goreng Muiz je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..anak2 pun pandai pasal boikot israel ni kan. saya tersalah beli produk nestle sebelum ni, habis anak2 bising beli barang israel

      Padam
  2. laa ya ke? nnt nak try laa cari mggu dpn

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi ada yang kata a&w pro israel wak..maybe kena check balik la kot. tapi promo a&w coney dog ni setiap selasa on

      Padam
  3. burger a&w ni jarang sy beli. coneyydog or waffle selalu jd pilihan.

    kalu muak tu kn cpt2 tambah sos😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke? haritu kami ada jugak try burger a&w tapi tak ingat yang mana satu. bila ada menu baru ni memang terus nak cuba tapi rasanya erm..

      Padam
  4. belum ada A & W disini, hehehe masih kampung lah kita tinggal

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau di kampung lagi seronok, banyak makanan tradisional ada kan. sama macam di kawasan saya jugala. nak ke bandar kena drive sikitla

      Padam
  5. Maaf bertanya sebab selalu confuse, A&W ni tak termasuk yang patut diboikot ya? Sebelum ni pernah juga try coneydog ni. Rasa sedap cuma nak makan tu agak berterabur sikit sebab dia agak cair. Kena dengan root beer float sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun tak tau la pro israel tak a&w ni. saya ingat okay sebab ada terbaca yang a&w tak boikot tapi lepas awak tanya ni, saya check balik news macam ada yang kata kena boikot. konfuse lah

      Padam
  6. Balasan
    1. akak taktau la rabia, lepas faizal r tanya baru akak tau hahah..aduhla

      Padam
  7. Tadi saya cek , disebut memang a&w ini tak support israhell. Jadi bagi saya okelah utk beli kalo rindu makan fast food.

    Sayangnya di JKT tak banyak cabang. Yg paking sering saya coba cuma yg di bandara Soekarno Hatta. Itupun dia jauh di terminal 2 kalo tak salah. Sementara saya sering pakai terminal 3 😞

    AW yg di mall banyak sudah tutup.

    Padahal dibanding fast food macam KFC dan McD, aw ini yg paling enak bagi saya. French fries dia pun sedap. Juga ayam nya. 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. di terengganu pun a&w tak banyak outletnya. jadi kalau nak makan memang kami terpaksa drive jauh sikit.

      tapi memang makanan di a&w kadang2 lebih baik daripada mcd dan kfc, cuma kalau burgernya better jangan beli di a&w. ngak suggest haha

      Padam
  8. lama sgt dah tak makan a&w tapi coney dia dia terpaling sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, geng la kita mama. tempat pilihan saya kalau terasa nak makan coney, ke a&w saja lah

      Padam
    2. a&w je yg sedap . kalau rajin boleh juga buat sendiri mama ada share resepi kat blog dulu

      Padam
  9. Balasan
    1. saya kali pertama jejak selepas boikot mcd setelah sekian lama tak pergi wak :D

      Padam