Banjir Pantai Timur Akan Melanda Lagi? Ini Tips Selepas Banjir

Adakah banjir akan kembali melanda Pantai Timur? Aduh, shaking saya ni bukan sebab risau je tapi juga sebab sejuk akibat hujan non stop di luar rumah.


Tahun lepas rumah mak dinaiki air sebanyak dua kali. Ia bukan banjir biasa tetapi banjir yang menyebabkan kami traumatised kerana air naik hingga hampir mencecah ke siling rumah. Banyak barangan elektrik yang rosak walaupun kami dah sedaya upaya mengangkut barangan tersebut ke tempat yang lebih tinggi, tapi siapa sangka kan air naik lebih tinggi daripada sangkaan kami.


Ini kejadian dan gambar sewaktu banjir ---> Banjir Terburuk 2022.


Banjir Pantai Timur Akan Melanda Lagi? Ini Tips Selepas Banjir

Hinggalah kami terperangkap tak dapat keluar dan terpaksa minta bantuan daripada peronda yang sedang melakukan operasi menyelamat mangsa banjir, akhirnya kami selamat keluar dengan menaiki bot. Kenangan ini memang tak dapat dilupakan kerana inilah kali pertama saya terperangkap dan merasai sendiri banjir paling teruk saat berada di rumah mak. Sebelum ini saya hanya dengar daripada ahli keluarga yang lain kerana menyambung pelajaran di luar negeri.


Yang paling memeritkan bila mana dalam tahun yang sama, rumah emak dilanda banjir sebanyak dua kali dengan paras air yang hampir menyamai ketinggian bahu saya di dalam rumah. Kalau di luar rumah pula, memang paras air dah melebihi ketinggian saya! Bayangkan kami terpaksa buat double cleaning rumah yang berlumpur dan membuang banyak barangan rumah yang rosak.


Banjir Pantai Timur?

Namun awal pagi ini saya dikejutkan dengan satu mesej daripada Digi yang berbunyi,

Banjir dijangka di kampung-kampung di Daerah Setiu dan Hulu Terengganu mulai 8am 19/11/2023


Jantung seakan terjatuh saat membaca mesej tersebut. Cepat-cepat saya telefon ahli keluarga di rumah mak untuk bertanya khabar. Nasib baik semua masih dalam keadaan terkawal dan air belum naik pun lagi di kawasan sekitar walaupun hujan berterusan bermula semalam. Alhamdulillah. Harapnya banjir tak melanda lagilah tahun ini. Jenuh nak mencuci dan mengangkut barang tiap kali banjir melanda.


Banjir Pantai Timur Akan Melanda Lagi? Ini Tips Selepas Banjir
Playground tempat anak2 bermain dah tenggelam hampir keseluruhan

Tak tunggu lama, saya buat juga carian di Google tentang amaran banjir yang berlaku kini. Dan ada berita buruk kepada rakyat Kelantan dan Terengganu kerana dijangka sesetengah kawasan akan dinaiki air bermula hari ini termasuklah di Besut, Setiu, Pasir Mas dan Tanah Merah. Turut dinyatakan yang banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada dijangkakan.


Walaupun Hulu Terengganu tiada dalam berita tapi saya masih risau juga. In shaa Allah jika tiada aral, saya akan pulang ke rumah emak pada esok hari untuk packing barang mana yang patut. Lagipun mak dan ayah dah tak berapa kuat nak buat kerja berat dan tak ada orang yang boleh tolong kerana kebanyakan adik beradik yang lain bekerja di luar negeri. Cuma adik bongsu yang tinggal dengan emak dan dia pun perlu pergi bekerja. Doakan tahun ini rumah ma dan abah tak dilanda banjir ya! Terima kasih untuk doanya :)


Tips Selepas Banjir 


1. Waspada dengan langkahmu

Ada satu ketika selepas banjir, abah pulang ke rumah lebih awal untuk lihat keadaan rumah. Beberapa orang adik beradik saya yang lain juga tak ketinggalan untuk ikut sama. Bagaimana pun saya tak ikut serta. Pada masa itu, banjir masih belum betul-betul surut dan masih ada lapisan lumpur yang basah di sepanjang jalan menuju ke rumah abah.


Salah seorang adik yang sedang berjalan menuju ke rumah terputus seliparnya akibat memijak lumpur yang dalam. Jadi adik ambil keputusan untuk berkaki ayam sahaja ke rumah abah. Langkah pertama saat adik memijak tanpa selipar, dapat dirasakan olehnya ada benda panjang dan lembut yang bergerak-gerak di bawah kakinya jadi dia cepat-cepat berlari ke tempat lain sambil menjerit.


Banjir Pantai Timur Akan Melanda Lagi? Ini Tips Selepas Banjir

Jadi waspadalah saat air belum betul-betul kering, kebiasaannya ada binatang yang mampu hidup di dalam air berlumpur seperti cacing atau ular yang sedang menikmati bebasnya bergerak di atas jalanan dipenuhi lumpur. Silap langkah mungkin kaki berparut akibat disengat haiwan kecil atau mungkin juga luka akibat terpijak benda tajam yang tak kelihatan di bawah telapak kaki.


2. Hati-hati Saat Membuka Suis 

Saya perasan tiap kali selepas banjir besar melanda, pasti akan ada kerosakan yang berlaku pada suis di rumah. Kali pertama saya terkena renjatan elektrik kecil selepas banjir adalah sewaktu sedang dalam proses mencuci rumah. Saat itu saya berhasrat untuk membersihkan tandas terlebih dahulu dengan niat ia akan memudahkan ahli keluarga yang ingin melepaskan hajat atau membersihkan diri.


Pada saat saya menekan suis lampu tandas, terasa pijar pada tangan. Tindakan refleks saya dengan cepat menarik tangan menjauhi suis lampu. Lampu juga berkelip-kelip selepas dinyalakan. Jadi saya capai sodek kering yang berada berhampiran (kerana tandas terletak di sebelah dapur) untuk menutup lampu. Lampu tersebut tidak kami buka sehinggalah ia dibaiki.


3. Jangan Hidupkan Barangan Elektrik 

Jangan sesekali hidupkan barangan elektrik selepas ditenggelami air. Walaupun telah seminggu berlalu, jangan sambungkan ia pada plug elektrik dan pasangkannya sehingga betul-betul yakin yang ia dah kering luar dan dalam. Komponen dalaman boleh rosak sekiranya ia dihidupkan dalam keadaan basah.


Banjir Pantai Timur Akan Melanda Lagi? Ini Tips Selepas Banjir

Langkah terbaik adalah dengan cara mengeluarkan barangan elektrik yang ditenggelami air dan cuci dahulu keseluruhan bahagian (luar dan dalam) untuk membersihkan daripada lumpur yang melekat. Kemudian jemur di tempat selamat yang tak terdedah secara langsung pada cahaya matahari atau hujan. Biarkan ia di situ selama lebih kurang sebulan untuk memastikan barang elektrik telah benar-benar kering sebelum dihidupkan semula.


4. Jangan Start Enjin Kenderaan

Jangan hidupkan kenderaan yang telah ditenggelami air. Sama seperti barangan elektrik, jika ia dihidupkan dalam keadaan masih basah..komponen dalaman boleh rosak sekaligus mengakibatkan kerosakan lebih besar dan merugikan. Walhal perkara ini boleh dielakkan dengan bersabar dan beri masa kepada kenderaan untuk kering terlebih dahulu.


5. Sentiasa Berhati-hati 

Paling penting adalah untuk sentiasa berhati-hati semasa melakukan cucian rumah selepas banjir. Pada ketika ini banyak haiwan berbisa yang sedang mencari tempat perlindungan baru, jadi mungkin ada yang terlepas masuk ke dalam rumah. Ada juga perabot kaca yang mungkin pecah akibat terjahan pusaran air saat banjir, jadi sentiasa alert dengan setiap langkah dan tindakan kita.


Banjir Pantai Timur Akan Melanda Lagi? Ini Tips Selepas Banjir
Kenangan banjir Februari 2023

Akhir kata semoga hujan yang turun ini tak akan menyebabkan banjir bukan sahaja di Pantai Timur malah di seluruh negara. Semoga Allah surutkan air yang bertakung dan keringkan ia dengan cepat. Dan dalam keadaan hujan turun tanpa henti ini, jangan lupa untuk doakan rakyat Palestin yang kini sedang berada dalam keadaan yang amat mendukacitakan. Semoga kemenangan milik Palestin dan kekalahan maha besar kepada Israhell laknatullah..aamiin..

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. saya doakan semua tempat di mana sahaja di malaysia ni bebas banjir thn ji. walaupun hujan lebat tp tiada bah besar berlaku
    aninnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah nampak hujan makin reda sekarang tapi ada beberapa tempat yang dah dinaiki banjir kat sekitar KT ni wak. Papepun terima kasih untuk doa ya, semoga Allah makbulkan..aamin..

      Padam
    2. harapnya bkn bah besar. sy faham mmg perit nak hadapi musibah ni saban tahun....

      Padam
  2. saya bimbang haiwan buas and berbisa je yg menyelinap masuk rumah ketika banjir...semoga urusan awak sekeluarga dipermudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Anies. Kalo dah banjir begini paling seram dengan binatang2 melata yg masuk rumah . Waktu itu di Aceh sampe masuk ular piton besar. Kalo saya lihat, bisa pingsan mungkin

      Padam
    2. Alhamdulillah rumah mak tak dinaiki air buat masa ni wak, semoga dijauhkan lah daripada banjir dan haiwan berbisa tu..ghisau

      Padam
    3. tu laa... kita doakan yg baik2 utk mereka dan bebas drpd segala marabahaya. aminnn

      Padam
  3. Rumah saya kat tgh bandar K.Tganu. Selain bah,takut sgt pokok2 boleh tumpang kalau hujan berterusan & angin pantai yang kuat kalau ribut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya lalu sepanjang pantai kalau tengok pokok rhu bergoyangan ditiup angin time hujan lebat memang seriau terus. Rasa nak lari jauh-jauh takut pokok jatuh atas saya.

      Papepun semoga rumah awak selamat tak dinaiki banjir atau ditimpa pokok. In shaa Allah Allah jaga..

      Padam
  4. Ya Allah kaaak, tinggi sangat banjirnyaa 😱. Saya doakan THN ini tak ada lagi banjir separah itu yaaa. THN lalu memang ada berita ttg banjir di Malaysia, tapi saya tak ingat kota mana saja yg terkena..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..akak tengok balik gambar pun rasa takut betul. Yang masuk dalam berita tahun lepas tu, salah satunya tempat akak lah di Terengganu ni. Semoga tahun ni semua baik-baik saja..

      Padam
  5. semoga dijauhkan perkara buruk dengan bencana alam begini...banjr dan kemarau memang besar juga impaknya kepada manusia

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah aamiin..memang besar impak terutama pada orang tua dan yang tak berkemampuan. Semoga Allah lindung daripada bencana alam ni berlaku lagi..

      Padam
  6. dh mula banjir kat sana. semoga dipermudahkan semuanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, dah tak banjir di terengganu tapi mohon doakan supaya tak banjir lagi lepasni ye mama

      Padam