Katil Dua Tingkat Kayu untuk Bilik Tidur Anak-Anak

Pada awal perkahwinan dulu, kami menyewa sebuah rumah kecil yang cuma ada satu bilik tidur. Walaupun kecil tapi tak terasa sempit pada ketika itu kerana kami hanya tinggal berdua. Rumah dengan satu bilik tidur, satu ruang tamu, satu tandas dan satu ruang dapur itu kedengaran normal seperti sebuah rumah studio bukan? 


Namun begitu, rumah tersebut bukanlah rumah studio. Ia bersaiz kecil dan dibina hasil daripada lebihan batu-bata dan jubin yang digunakan untuk membuat rumah anak kepada tuan rumah. Setelah rumah siap dibina, tuan rumah jadikan ia sebagai rumah sewa. Saya yang pada ketika itu memang pantang melihat rumah berwarna-warni, terus setuju untuk menyewa di situ walaupun rumahnya sangat kecil.


Katil Dua Tingkat Kayu untuk Bilik Tidur Anak-Anak


Kami tidak dapat masukkan sofa di ruang tamu kerana jika tidak, jarak sofa dengan TV amatlah dekat dengan langkah hanya tiga atau empat kaki. Di dalam bilik tidur pula, jika kami masukkan katil bersaiz queen, tiada ruang lagi untuk kami berjalan. Kami solat hanya di ruang tamu dan meja belajar juga terpaksa diletakkan di ruang tamu.


Set bilik tidur yang kami ada, terpaksa ditinggalkan di rumah emak. Saya dan suami hanya tidur beralaskan tilam single yang saya miliki sewaktu belajar di universiti. Almari pula kami gunakan almari jenis kain dan sebuah kipas stand penghias dalam bilik tidur kecil kami. Kenangan awal perkahwinan bila disingkap kembali terasa manisnya. 


Maaflah, terimbau pula kenangan lama :P


Katil Dua Tingkat Kayu untuk Bilik Tidur Anak

Selepas berpindah keluar daripada rumah tersebut, kami berpindah ke rumah yang suami beli sekarang. Waktu awal berpindah masuk, suami belikan sebuah katil single untuk diletakkan di dalam bilik tidur Auni. Tapi pada akhir bulan lepas, katil tersebut mulai bermasalah. Kepala katil mudah loose dan terkeluar daripada lubangnya. Bila kami ketatkan bahagian kepala, bahagian lapik katil pula tercabut.


Disebabkan sekarang Auni dan Ameera dah makin membesar, keperluan kami juga sudah berubah. Kalau dulu kami fikir Auni boleh tidur seorang tapi sekarang mungkin dah tiba masanya mereka tidur berdua. Jadi bila katil satu tingkat itu rosak, mungkin inilah petanda yang dah tiba masanya untuk kami belikan mereka katil dua tingkat supaya Auni dan Ameera boleh tidur bersama dalam bilik mereka.


Katil Dua Tingkat Kayu untuk Bilik Tidur Anak-Anak

Senang bila ada bantuan Shopee. Suami buat carian melalui Shopee dan beli sebuah katil dua tingkat kayu yang dirasakan kena dengan budget. Sebelum buat belian, kami bincang terlebih dahulu untuk tukar dekorasi bilik anak-anak dan ubah mana yang perlu. Ameera mahukan bilik berwarna putih dengan katil juga berwarna putih. Jadi, tema kami untuk deko bilik mereka kali ini adalah putih.


Suami beli katil dua tingkat kayu untuk anak-anak di sini ---> Katil Dua Tingkat.


Sayang untuk lepaskan katil lama tapi kami juga tiada ruang untuk simpan ia di rumah. Jadi suami iklankan katil lama untuk dijual dan setelah selamat diterima oleh tuan baru, kami mula pasang katil baru dalam bilik anak-anak. Macam biasa, proses pemasangan ambil masa lama iaitu selama hampir empat jam dan aksi gaduh bergaduh manja pun macam biasa tak dapat dielakkan daripada berlaku.


Katil Dua Tingkat Kayu untuk Bilik Tidur Anak-Anak

Tak lupa juga sebelum pasang katil baru, kami cat semula bilik anak-anak daripada warna pink kepada warna putih. Pada awalnya kami plan nak cat keseluruhan bilik dengan warna putih tapi bila dah penat mengecat, akhirnya kami tinggalkan satu bahagian dinding dengan warna lamanya iaitu warna pink. In shaa Allah bila mood rajin menjengah, kami sambung kembali mengecat tapi yang pastinya bukan dalam masa terdekat (anak-anak kena tunggu makpak rajin dalam empat lima tahun lagi la kot nak cat balik).


Disebabkan kami buat belian melalui Shopee, jadi kami tak tahu bagaimana kekuatan katil, samada boleh menampung berat Auni dengan anggaran berat 37kg kini. Kami juga tak pasti samada katil cukup panjang tapi memandangkan suami dah buat belian, jadi kami berdoa sajalah semoga katil yang sampai nanti cukup panjang untuk Auni.


Review Katil Dua Tingkat Kayu untuk Kanak-kanak

Proses pemasangan agak mengelirukan pada awalnya dengan kehadiran nat yang pelbagai saiz. Kami juga beberapa kali buka dan pasang balik katil kerana tersilap pemasangannya. Tetapi bila katil sudah siap dipasang, ma shaa Allah cantik betul. Katil tidaklah sempurna seratus peratus kerana ada bahagian yang bercalar dengan cat yang terkopek sedikit tapi tak mengapalah, itu memang kami dah jangka akan berlaku.


Tak lepaskan peluang, saya cuba juga naik ke atas katil di tingkat bawah dan atas dan kedua-duanya menakutkan saya. Lapik kayu samada di tingkat atas atau bawah, keduanya menghasilkan bunyi 'krek' tiap kali saya naik ke atasnya. Kami fikir katil ini tentu tak dapat bertahan lama kerana kakak dan adik makin membesar, jadi berat mereka makin bertambah dan kemungkinan lapik katil boleh patah. Buntu, jadi apa nak buat ye?


Katil Dua Tingkat Kayu untuk Bilik Tidur Anak-Anak

Tukar tilam! Ha, itulah penyelesaiannya. Suami beli tilam di sini ---> Tilam Single.


Punca masalah kami adalah kami gunakan tilam lama yang dah tak anjal dan tak sekata untuk diletakkan di atas katil Auni dan Ameera. Bila bahagian tilam tak ada lagi keanjalan dan melendut di sesetengah bahagian, jadi berat beban yang berada di atas tilam hanya tertumpu pada satu bahagian menyebabkan ia beri tekanan pada kayu pelapik dan hasilkan bunyi macam nak retak.


Katil Dua Tingkat Kayu untuk Bilik Tidur Anak-Anak

Tapi bila kami tukar pada tilam baru yang ringan dan berspring, eh elok pula saya naik tanpa bunyi 'krek'. Padahal tilam yang baru ini lebih tebal berbanding tilam lama kami. Ha, itu maknanya berat beban ditampung sama rata ke seluruh tilam dan lapik kayu, jadi ia tak menyebabkan tekanan hanya pada satu tempat saja dan kami tak perlu risau lagi.


Jadi untuk keseluruhan, kami gembira dengan belian katil dan tilam untuk bilik anak-anak. Kami masih belum siap mendeko bilik Auni dan Ameera namun boleh dikatakan hampir 60% dekorasi bilik mereka telah siap. Bukan anak-anak je yang excited, mak ayah pun super excited jugak. Sekarang masing-masing dah pandai tidur dalam bilik sendiri. Semoga membesar dengan baik ye Auni dan Ameera.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. bila anak lebih daripada seorang inilah penyelesaian terbaik utk jimatkan ruang.

    baca entry ni buat sy teringat mak-makcik sy. bla anak dah bsr terpaksa beli katil double decker. diorg pn bli yg kayu jg. sbb tau anak2 dia ganas2 belaka😁smpi laa ni katil3 tu masih ada walaupun ada anak2 diorg yg dah kahwin. tp katil tu jg tmpt simpan brg laa... x guna dah utk tido

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul! haha..kat rumah mak saya pun katil dua tingkat dia dah jadi tempat simpan barang je. Nak-nak bila rumah selalu kena banjir, katil atas tu la tempat simpan barang

      Padam
    2. dah jd dwi fungsi. tmpt tido dan tmpt letak brg😁

      Padam
  2. Untuk anak-anak belum remaja sesuai guna katil bertingkat begini namun apabila sudah besar seperti tdk sesuai pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah betul, ada jugak cakap pada suami nanti anak-anak dah besar kita kena beli katil besi la pulak kot :D

      Padam
  3. seronoknya auni dan ameera dpt katil baru... sesuai kalau bilik kecil betil double decker katil mcm ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang bilik depa kecil liez, nak jimat space terpaksa buat macamni. Kalau letak katil dua buah kat bawah mungkin tak muat nak berjalan la nanti

      Padam
  4. Saya pun beli katil tingkat serupa ini juga kak utk anak2 😄. Karena ruangan kamar tak besar, daripada boros space kan, jadi memang hrs yang tingkat. Insyaallah kalo ada rezeki, baru bisa renovasi gudang atas untuk dijadikan kamar mereka 1-1.

    Rasanya kalk beli tempat tidur tingkat begini, memang hrs sekalian ganti kasurnya 😄. Dulu pas beli katilnya, sekalian diksh tilam. Tapi tak suka, Krn agak tipis. Jadi memang saya beli baru yg LBH tebal. So anak2 pun selesa tidurnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulla, tadi saya masuk ke dalam kamar anak dan baring atasnya. Memang tak risau nak naik sebab kasur baru lebih selesa dan selamat. Semoga ada rezeki fanny satu hari nanti bisa renovasi kamar anak 1-1 ya

      Padam
  5. dpt sy imagine betapa keciknya rumah sewa pertama dulu.. tp itulah kenangan manis saat selepas berkahwin kan? susah senang bersama... kalau ada gambar better ceritakan juga pada auni dan ameera... biar mereka tau yg ibu ayah bermula dr bawah.. saya dan suami pun suka cerita zaman kami mula² berumahtangga dulu... pernah hujung bulan tinggal rm10 je.. teringin nk mkn di kedai so order 1 je tp share 2 org mkn.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu saya pernah tulis di blog ini pasal rumah itu tapi sekarang saya dah revert ia pada draft saja. Jadi bila nak tunjuk pada anak-anak, saya buka saja di draft blog.

      Kenangan awal perkahwinan memang manis walaupun dalam kehidupan susah payah. Tak terasa susah pun waktu tu sebab ada suami yang banyak memanjai saya. Semoga perkahwinan kita ( termasuk kakmim dan pasangan) utuh sampai ke syurga..aamiin

      Padam
  6. makin berseri dgn katil dan tilam baru. cantik katil warna putih

    BalasPadam
    Balasan
    1. demi ambil hati anak tidur dalam bilik sendiri, kita buat macam yang depa nak..anak happy, makpak pun happy

      Padam