Tiga Medium Pelaburan dengan Dividen

Ejulz iaitu salah seorang rakan blogger dari Sabah ada tanyakan tentang di mana dan bagaimana cara nak daftar pelaburan. Jadi hari ni saya nak share tiga medium pelaburan dengan dividen yang kita boleh apply samada untuk diri kita sendiri atau untuk anak-anak juga.


Sebelum saya teruskan, untuk pemahaman semua, compounding effect berlaku jika kita menyimpan atau melabur dalam bank atau syarikat pelaburan yang berikan dividen. Sebagai contoh, jika menyimpan di bank biasa, kita tetap diberi dividen tapi dalam nilai yang kecil anggaran antara 1% hingga 2% sahaja. Tapi jika menyimpan di ASNB, kita terima anggaran antara 5% hingga 7% dividen setahun.


Tiga Medium Pelaburan dengan Dividen


Kedua-dua simpanan akan alami compounding effect, tapi melabur di ASNB beri kelebihan besar kerana wang yang kita simpan lebih cepat membiak kerana terima jumlah dividen yang lebih tinggi. Mengikut Rule of 72, kita mungkin ambil masa selama 36 tahun untuk gandakan wang jika menyimpan di bank yang beri dividen 2% tapi jika melabur di ASNB dengan dividen 7%, kita hanya perlukan masa 10 tahun untuk gandakan wang pelaburan.


Ingat lagi tak Rule of 72? Kalau tak, boleh baca post saya yang terdahulu.


Medium Pelaburan dengan Dividen

Sebelum ini saya pilih untuk melabur di unit trust kerana dijanjikan dengan dividen yang tinggi dan saya tak nafikan memang dividen yang pernah saya terima sewaktu melabur di unit trust memang agak menggembirakan kerana mampu mencecah sehingga 14%. Walau bagaimanapun saya agak tak berapa berkenan dengan service charge yang dikenakan semasa mendaftar kerana ia agak tinggi iaitu 6%.


Jadi apabila dividen (14%) ditolak service charge (6%), anggaran dividen yang saya terima adalah 8% setahun. Walaupun lebih tinggi daripada pelaburan di ASNB namun saya juga perlu berhadapan dengan waktu kritikal bila mana pelaburan saya mengalami kerugian akibat market merudum. Ia benar-benar mengganggu emosi bila saya buka akaun dan nampak semua nilai negatif berwarna merah. Risau!


Kemudian saya mula cari medium pelaburan lain yang tawarkan dividen untuk saya rasai compounding effect sambil melabur tanpa perlu risau samada market sedang jatuh atau naik. Jadi ini adalah antara tiga pilihan medium pelaburan dengan dividen yang saya pilih dan labur sekarang.


1. KWSP

Ramai tahu yang saya tak bekerja, tiada pendapatan tetap dan tak dicarum oleh majikan. Jadi boleh ke kalau saya nak mencarum KWSP? Apa pilihan yang saya ada bila saya sendiri tak bekerja?  Ha, jangan tak tahu yang kita boleh mencarum KWSP sendiri. Dan bagi saya, melabur di KWSP lebih menguntungkan berbanding melabur di ASNB. Tak percaya? Jom saya terangkan.


Tiga Medium Pelaburan dengan Dividen


Macam yang kita tahu, majikan wajib mencarum KWSP bagi pekerja. Namun bagi mereka yang tak bekerja atau bekerja sendiri, kita boleh buat pilihan untuk mencarum sendiri. Berita baik bila kerajaan keluarkan insentif i-Saraan bagi membantu golongan yang tak dicarum oleh majikan. Sebelum itu, pendaftaran i-Saraan boleh dilakukan secara online di aplikasi KWSP.


Boleh baca tentang i-Saraan di sini ---> Apply i-Saraan RM250.


Dengan i-Saraan, kita dapat kelebihan untuk dicarum oleh kerajaan sehingga RM250 setahun bergantung kepada jumlah pelaburan (kena simpan maksimum RM1667 setahun untuk dapat maksimum RM250 caruman kerajaan tapi boleh rujuk balik dengan KWSP sebab yang ni requirement pada tahun 2022). Jadi, bila kita mencarum di KWSP, kita bukan sahaja dapat dividen malah juga dapat insentif i-Saraan. 


Tiga Medium Pelaburan dengan Dividen


Tapi mungkin ada yang kata melabur di KWSP leceh sebab susah nak keluarkan duit kerana cuma boleh dikeluarkan bila usia dah cecah 55 tahun saja. Kalau kita nak duit membiak dengan compounding effect, KWSP tempat terbaik untuk kita melabur. Compounding tak berlaku jika kita melabur hanya untuk setahun dua, makin lama melabur makin tinggi nilai compounding effect. Tapi kalau kita taknak melabur di KWSP disebabkan isu susah nak keluarkan, boleh sambung bacaan di bawah.


2. ASNB

Saya melabur di KWSP dan saya juga melabur di ASNB. Tapi kenapa nak melabur di dua tempat yang berbeza padahal kedua-keduanya tawarkan kadar dividen yang lebih kurang sama? Baik melabur di satu tempat saja, lagi senang dan lebih cepat wang berganda.


Tiga Medium Pelaburan dengan Dividen


Sebenarnya selain kerana kadar dividen yang tinggi berbanding simpanan di bank, saya juga pilih untuk melabur di ASNB kerana saya boleh keluarkan wang pelaburan saya pada bila-bila masa yang saya mahukan. Berbeza dengan KWSP, saya tak perlu tunggu sehingga usia saya mencapai 55 tahun untuk saya keluarkan wang di ASNB. Jadi sekiranya saya terdesak untuk gunakan duit, saya tahu saya boleh berharap pada wang pelaburan saya di ASNB.


Tiga Medium Pelaburan dengan Dividen


Selain itu, saya juga buka akaun pelaburan anak-anak di ASNB. Lebih mudah kini kerana saya boleh check baki akaun anak-anak dan buat simpanan duit raya mereka secara online dengan hanya menggunakan akaun saya sebagai penjaga. Anak-anak juga excited setiap kali saya tunjukkan jumlah simpanan mereka di ASNB. Paling penting, mereka boleh rasa kelebihan compounding sedari kecil dan mendidik mereka untuk belajar menyimpan seawal usia.


3. Tabung Haji

Tabung Haji merupakan salah satu medium pelaburan yang terkenal di negara kita. Bukan sahaja kerana ia merupakan platform mudah dan murah untuk mengerjakan Haji bagi umat Islam, malah bagi saya, salah satu keistimewaan Tabung Haji adalah kerana kita boleh pautkan akaun Tabung Haji bersama ke dalam akaun Maybank.


Tiga Medium Pelaburan dengan Dividen


Jika saya dah linkkan akaun Tabung Haji ke dalam akaun Maybank, saya hanya perlu buka satu aplikasi bank sahaja iaitu akaun Maybank tiap kali nak buat transaksi. Bila saya nak top up akaun Tabung Haji atau nak transfer duit daripada akaun tabung Haji, tak perlu saya ke kaunter TH lagi. Buka saja Maybank dan buat transaksi secara online. Senang!


Dividen yang diberikan oleh Tabung Haji juga lebih tinggi daripada simpanan di bank. Lagipun jika kita menyimpan di Tabung Haji, simpanan kita telah pun dizakatkan. Paling penting, daftar awal anak-anak untuk kerjakan Haji dan cukupkan simpanan minimum sebanyak RM1300 bagi melayakkan mereka mendaftar.


Diharapkan penerangan panjang lebar yang telah saya ringkaskan ini dapat menjawab soalan yang telah ditanya oleh Ejulz. Nasihat saya, jangan percaya dengan tawaran skim pelaburan di Telegram dan juga jangan percaya tawaran pelaburan dengan keuntungan segera yang kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Mereka adalah scammer. Tiada jalan singkat untuk beroleh keuntungan dalam pelaburan. All the best ya!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ohhh.. Ok2 faham.. kalau 3 platform kat atas tu alhamdulillah ejulz dah buat. Cuma lepas mula bayar komitmen rumah gaji dah paras hidung sikit.. hehe. terpaksa stop KWSP kejap. Insyaallah bila dah stabil nanti nak mula balik.. terima kasih atas penerangan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 lagi saya dari Swk yer.. hehehe

      Padam
    2. Eh, sorry! Ingat orang Sabah rupanya Sarawak ye.. hihi

      Padam
  2. saya pun dah buat ketiga-tiganya :)

    BalasPadam