Persediaan Wajib Ada Bila Rumah Blackout

Bermula dengan notis gangguan bekalan elektrik selama hanya 6 jam namun kami berakhir dengan kepanasan dan kegelapan dari jam 9.30 pagi sehinggalah ke jam 11.30 malam.


Blackout sangatlah normal terjadi dalam hidup saya sedari kecil. Walaupun panas namun saya gembira pada ketika itu kerana semasa blackout, saya dan adik beradik akan dapat bermain bayang-bayang di dinding hasil daripada tempiasan cahaya lilin ke arah jari-jemari kami.


Namun apabila dewasa, saya yang kini menjadi ibu dan ketua pekerja domestik rumah tangga tak lagi rasakan suasana semasa blackout itu menggembirakan. Saya akan jadi orang yang paling sibuk mengeluarkan segala barang keperluan yang dimahukan saat blackout melanda.


Persediaan Wajib Ada Semasa Blackout 


Notis yang kami terima tidaklah panjang dan tak juga merisaukan memandangkan waktu gangguan hanya bermula daripada jam 9.30 pagi sehingga jam 3 petang sahaja. Jadi perancangannya, saya akan siapkan urusan mengemas rumah sebelum jam 9 pagi dan bersiap untuk keluar semasa ketiadaan elektrik memandangkan anak dan suami pun tiada di rumah. 

Persediaan Wajib Ada Bila Rumah Blackout

Jadi setelah semua kerja rumah selesai, saya masukkan tablet ke dalam beg dan bersiap untuk keluar. Lokasi yang saya tuju adalah perpustakaan negeri. Fikir saya, tentulah saya boleh siapkan satu atau dua kerja di pustaka dan akan pulang mengambil anak pada waktu tengahari lalu pulang ke rumah.


Tapi siapa sangka perpustakaan yang kebiasaannya sejuk dan menenangkan itu rupanya sama panas seperti ketika saya berada di rumah tanpa pendingin hawa. Saya yang saat itu baru sampai dan sedang memasang tablet terpaksa menyeka peluh yang mengalir turun dengan laju akibat kepanasan.


Tak puas hati, jadi saya tanyakan soalan pada staf mengapa suasana agak panas dalam perpustakaan. Nah, walaupun tak blackout di pustaka namun rupanya ada masalah pada sistem penghawa dingin berpusat mereka. Kecewa saya. Saya ambil keputusan untuk habiskan masa di dalam bilik multimedia kerana penghawa dinginnya yang sejuk dan tak bermasalah. 


Saya pulang ke rumah selepas mengambil anak balik daripada sekolah. Lega hati saat tiba di rumah kerana elektrik telah ada walaupun kadang-kadang lampunya malap dan sesekali cerah bersinar. Namun kegembiraan saya tak lama kerana sejam selepas itu, rumah kami kembali blackout. Dan blackout kali ini mengambil masa selama 6 jam lagi untuk dipulihkan!


Jadi di bawah, saya list kan perkara wajib ada di rumah sebagai persediaan menghadapi gangguan elektrik. Semoga semua ibu-ibu dapat buat persediaan awal dan dijauhi daripada menghadapi suasana blackout yang panjang.


Senarai Barang Wajib Ada Saat Blackout


1. Powerbank

Powerbank adalah antara barang terpenting yang saya rasa wajib ada dalam rumah saat blackout. Ini kerana, satu-satunya perkara yang kita boleh lakukan ketika blackout adalah menggunakan handphone. Kita perlukan handphone untuk habiskan masa kerana tak boleh menggunakan TV atau komputer. Kita juga gunakan handphone untuk hubungi TNB atau paling kurang untuk dapatkan perkembangan terbaru daripada JKK Kampung berkaitan bekalan elektrik.


Persediaan Wajib Ada Bila Rumah Blackout

Jadi, sudah pastinya bateri phone cepat menyusut dan kehadiran powerbank boleh membantu keadaan. Selain itu, kehadiran powerbank juga dapat menyelamatkan keadaan sewaktu blackout. Kita boleh charge semula lampu dan kipas rechargeable menggunakan powerbank bagi memastikan suasana ketika blackout tidaklah terlalu gelap dan terlalu panas.


2. Lampu rechargeable

Yang ni adalah alatan kedua penting yang wajib ada di rumah. Kalau zaman dulu, tak banyak pilihan lampu yang ada, jadi ibu ayah akan gunakan lilin atau torchlight untuk selamatkan keadaan semasa ketiadaan elektrik tapi sekarang tak lagi. Banyak pilihan lampu rechargeable yang dijual pada harga berpatutan mudah didapati sekarang.


Persediaan Wajib Ada Bila Rumah Blackout

Lampu rechargeable lebih mudah digunakan berbanding menggunakan lilin kerana ia tak melibatkan risiko kebakaran dan boleh dicas semula. Walaupun blackout, kita masih boleh mengecas lampu dengan menggunakan powerbank. Jadi sediakan beberapa biji lampu rechargeable di rumah dan jangan lupa untuk penuhkan baterinya supaya kita boleh bersedia awal saat blackout tiba.


3. Kipas mini

Sama seperti lampu, kipas mini rechargeable juga sangat membantu saat blackout di rumah. Ia murah, mudah digunakan dan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Paling penting, ia boleh dicas semula dengan menggunakan powerbank. Jadi walaupun sedang blackout dan kipas mini kehabisan bateri, asalkan ada powerbank yang berfungsi, kita takkan berada dalam kepanasan.


Persediaan Wajib Ada Bila Rumah Blackout


4. Mosquito repellent

Meski dengan bantuan lampu rechargeable namun dalam keadaan blackout, kehadiran cahaya amatlah minima. Dalam situasi ini pastilah banyak makhluk halus yang akan datang menemani. Jadi, nak elakkan daripada kita kehabisan darah akibat disedut oleh makhluk halus bernama nyamuk, ada baiknya ibu-ibu sediakan ubat nyamuk atau mosquito repellent di rumah.


Persediaan Wajib Ada Bila Rumah Blackout

Samada nak gunakan mosquito coil atau menggunakan semburan mosquito repellent di badan, kehadirannya amatlah membantu terutama bagi keluarga yang mempunyai anak kecil di rumah. Taknaklah tengok anak merengek kegatalan akibat digigit oleh nyamuk padahal segala persiapan menghadapi blackout telah kita sediakan sebaik mungkin kan?


Jadi ini adalah antara barang wajib ada di rumah supaya senang untuk kita bersedia waktu blackout datang menduga. Tapi bagi tiga benda awal di atas, jangan lupa untuk cas penuh dulu ya. Susah pula nanti bila dah blackout rupanya tak boleh guna pula barang-barang di atas sebab bateri tiada. Naya..

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. kalau sy kan... cukup.laa ada mancis dan lilin je hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat ni. Saya panas sikit je pun dah boleh buatkan hari tunggang terbalik :D

      Padam
  2. kalau malam hari....sesuai blackout...boleh tidur awal ...cuma panas sebab kipas atau tiada aircond

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mak je mungkin boleh tahan tapi anak2 lah yang tak tahan bila panas

      Padam