Cara Lihat Insight Blog Guna Google Search Console Insight

Beberapa hari lepas, saya terima email daripada Google Search Console, yang mengatakan satu feature baru telah ditambah ke dalam akaun Google Console, di mana saya kini boleh lihat Insight bagi blog saya.


Boleh tengok insight blog? 

Cara Lihat Insight Blog Guna Google Search Console Insight

Wah, ini sudah bagus! Kalau sebelum ini nak tengok insight blog, saya hanya lihat pada ruang statistic di blogger.com atau sesekali saya akan buka Google Analytics (tapi kebiasaannya saya hanya lihat bilangan pageview saja kerana terlalu teknikal jadi agak susah saya nak faham), tapi sekarang dah lebih mudah kerana melalui Google Insight, saya boleh lihat kedudukan post yang ada di blog saya, samada di kedudukan tertinggi atau tercorot, sedang mendaki atau sebaliknya.


Jadi bila saya dah tau kedudukan post yang tercorot, saya boleh kemaskini content post tersebut untuk naikkan kedudukannya di ranking Google. Ha, bagus tak? Tapi semuanya bergantung pada tahap kerajinan jugaklah :P


Cara Lihat Insight Blog

Cara nak lihat insight blog menggunakan Google Search Console Insight ni senang sangat. Saya hanya perlu ke laman Search Console Insight Google dan klik pada Open Search Console Insight. Lalu saya akan terus di bawa ke laman insight blog. Ha, senang kan?


Jadi apa yang ada di Insight blog ni? Ini adalah antara insight yang kita boleh lihat 👇


Cara Lihat Insight Blog Guna Google Search Console Insight
Boleh tengok growing dan popular content dan jumlah klik dari Google

Cara Lihat Insight Blog Guna Google Search Console Insight
Not sure pasal Search Impact ni tapi im happy to see ada tanda right hijau tu haha

Cara Lihat Insight Blog Guna Google Search Console Insight
Post yang ramai orang cari di blog saya


Jadi apa kelebihannya bila ada insight blog ni? Kelebihannya kita boleh tau topik yang orang selalu cari melalui blog kita, jadi boleh banyakkan lagi post content sebegitu dan bagi post yang tercorot pulak, kita boleh tambah informative content dalam post tersebut yang mungkin boleh naikkan kedudukannya dalam Google page. Tapi macam yang saya kata kat atas tu la, bergantung kepada tahap kerajinan jugaklah 😬


Korang dah check ke insight blog korang? Kalau belum, ha sila check menggunakan link kat atas okeh.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Baru lepas cuba. Rasanya lebih banyak data yang patut dipaparkan. Posting2 terkini tidak masuk list pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak tengok insight yang lebih details, awak boleh tengok di Google Analytics..yang ni memang secara terperinci.

      Pasal insight posting baru pulak, biasanya posting baru ambil masa untuk naik ke page Google jadi tak ramai yang nampak post baru ini dan kurang di click pembaca, kemungkinan sebab itu insight bagi posting baru tiada.

      Kalau nak cepat naik ke page Google, boleh paste link di Google Console supaya Google boleh crawl lebih cepat. Btw ini pendapat saya je ye :)

      Padam
    2. Terima kasih, sangat berguna, Data2 ini buat kita lebih bersemangat.

      Padam
    3. Setuju sangat! Thanks jugak wak sebab sudi singgah blog saya :)

      Padam
  2. saya belum cuba lagi bukak benda alah semenjak sekian lama...asyik sibuk menulis jer sampai benda yang basic terlepas pandang...terima kasih mengingatkan blogger oldbies macam saya hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahah..saya sendiri pun bukan newbie lagi wak. Tapi harapnya perkongsian yang sikit ni bermanfaatlah untuk awak ye :)

      Padam
  3. saya baru cuba dan masih dalam 'pemantauan google' lagi...
    btw thanks for sharing👍👍👍

    BalasPadam