Resepi Biskut Cornflakes Coklat Sukatan Cawan Senang dan Sedap

Siapa je yang tak suka makan cornflakes kan? Nak-nak bila dah jadi biskut cornflakes coklat badam, memang tak dapat nak tolak kalau dioffer.


Disebabkan kami ada stok cornflakes yang banyak di rumah, jadi saya plan nak buat biskut cornflakes coklat. Yelah, bukan anak-anak je yang suka makan, mak pak diorang pun suka jadi bolehlah dijadikan kudapan time tengok tv nanti.


Tips Biskut Cornflakes 

Untuk resepi cornflakes ni, saya dah pernah buat dengan gunakan dua coklat berbeza. Pertama saya gunakan coklat biasa yang dibeli di Mydin dan kedua saya gunakan coklat compound Beryl's. Tapi memang terasa bezanya bila gunakan coklat berjenama Beryl's, coklatnya rasa lebih lembut dan premium. Mungkin sebab itulah harganya juga lebih mahal.


Boleh juga kalau nak cuba guna coklat yang lebih mahal macam callebaut, saya agak tentu rasanya lebih sedap. Makin sedap coklat yang digunakan makin sedaplah rasa biskut cornflakes nanti. Kalau nak makan sedap, apa salahnya kalau guna callebaut kan? Tapi jangan tanya saya rasanya macammana sebab saya tak pernah guna :p


Resepi Biskut Cornflakes Coklat Sukatan Cawan Senang dan Sedap

Untuk coklat Beryl's, saya lebih sukakan guna dark coklat kerana rasanya yang lebih kuat dan agak pahit berbanding milk coklat yang lebih lembut dan bersusu. Berbeza dengan suami, dia lebih sukakan rasa milk coklat. Saya gunakan coklat Beryl's kerana harganya yang lebih mampu milik dengan rasa yang lebih sedap berbanding coklat biasa. 


Untuk dapatkan badam yang rangup, badam perlu disangai terlebih dahulu. Sangai dengan cara panaskan badam dalam kuali tanpa minyak pada suhu kecil. Badam perlu dikacau sentiasa untuk elakkannya daripada hangit dan menjadi pahit. Tutup api bila rasa badam dah rangup atau boleh je cuba makan sebiji dua untuk pastikan yang badam betul-betul dah kering dan rangup.


Kebanyakan resepi biskut cornflakes coklat yang saya jumpa di internet disukat dalam sukatan gram. Tapi disebabkan saya lebih suka guna sukatan cawan, jadi memang menjadi kerajinan saya untuk sukat bahan mentah dalam bentuk gram dan ditukar ke dalam sukatan cawan :P


Namun disebabkan coklat compound sukar untuk disukat begitu juga dengan cornflakes kerana sifatnya yang tak memenuhi ruang, jadi saya main agak-agak sajalah kuantitinya dalam sukatan cawan. Yang penting rasanya tak terlalu manis dan mudah untuk saya buat biskut pada masa akan datang dengan gunakan resepi sukatan cawan yang saya dah tukar.


Mengikut resepi asal, saya perlu tambah mentega sebagai shortening masa nak cairkan coklat. Tapi bila saya tambah coklat, biskut jadi cepat cair dan lerai bila saya simpan pada suhu bilik. Setiap kali nak makan saya kena masukkan dulu biskut ke dalam peti ais untuk elakkan biskut cair dan lerai. Sebab itulah dalam resepi ini saya tak masukkan mentega semasa nak cairkan coklat. 


Jadi jomlah kita buat biskut cornflakes yang rangup dan sedap ni untuk menjamu tetamu waktu Hari Raya nanti.


Resepi Biskut Cornflakes Coklat Badam


Resepi Biskut Cornflakes Coklat Sukatan Cawan Senang dan Sedap


Bahan-bahan

5 cawan cornflakes (belum dihancurkan)

2 cawan coklat compound (saya guna coin shape)

Setengah cawan badam hiris

Paper cup


Cara Penyediaan

1. Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk dan hancur kasar menggunakan tangan.

2. Cairkan coklat compound secara double-boil atau panaskan dalam oven pada suhu 80 darjah.

3. Sementara menunggu coklat cair, sangai badam selama 3 minit di atas api kecil untuk jadikannya rangup.

4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk berisi cornflakes dan kacau rata. Masuk masa masih panas pun takpe, kalau lambat masukkan nanti coklat jadi keras pula.

5. Sudu masuk campuran ke dalam paper cup dan sejukkan dalam peti ais selama 10 minit.


Dah siap! Biskut boleh dimakan setelah siap walaupun tak dimasukkan ke dalam peti sejuk. Tujuan masukkan ke dalam peti sejuk adalah untuk pastikan biskut tak lerai dan melekat antara satu sama lain. Jadi selamat mencuba ya!

Catat Ulasan

0 Ulasan