Review KKN di Desa Penari | Saya Kasi 5 Bintang!

KKN DI DESA PENARI | Kisah tentang enam orang anak muda yang menjalankan kerja lapangan di kampung demi memastikan mereka lulus pengajian universiti ni memang buat saya dan suami keluar panggung dengan rasa 'berbaloi bayar harga tiket dengan kualiti cerita seram yang best camni'.


Kami non stop bercerita tentang movie ni sepanjang perjalanan balik dan saya pun tak boleh nak lelapkan mata tiap kali nak tidur membayangkan watak yang ada dalam cerita KKN di Desa Penari ni. Jalan ceritanya logik, takde jump scare yang boleh buat sakit jantung, takde scene yang memualkan, pelakon tak kayu dan dapat menjiwai watak dengan sangat baik, runut bunyi yang jelas dan paling best video cinematography memang cantik meletup walaupun lokasinya dalam hutan terceruk yang meliar dengan akar dan pokok tak terjaga.


Berdasarkan Kisah Benar di Twitter

Alkisahnya movie KKN di Desa Penari ni merupakan garapan daripada kisah benar yang berlaku di Indonesia pada tahun 2009. Walau bagaimanapun kisahnya mula disiarkan oleh si pemilik twitter dengan twithandle SimpleMan pada tahun 2019. Demi menjaga nama baik mereka yang terlibat, sang penulis menggantikan nama mereka dan menutup nama lokasi kejadian yang katanya terletak di Pulau Jawa Indonesia itu.

Review KKN di Desa Penari | Saya Kasi 5 Bintang!

Untuk lulus universiti, pelajar di Indonesia wajib melakukan kerja lapangan dengan melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di kampung-kampung yang mereka pilih. Kisah Nur, Widya, Ayu, Widya, Anton dan Wahyu yang menjalani KKN (Kuliah Kerja Nyata) di Desa Penari ini menjebak mereka ke dalam suatu kisah misteri tragis yang meragut nyawa dua sahabat mereka.


Perjalanan awal ditempuhi 6 orang anak muda ini dengan menaiki van selama 4-5 jam dan seterusnya menyambung pula perjalanan dengan menumpang motorsikal penduduk kampung selama 45 minit lagi untuk tiba ke kampung tersebut membuka mata kami tentang kehidupan sebenar penduduk kampung di pedalaman Indonesia yang berada jauh dari kemodenan bandar. Malah kebanyakan kemudahan asas seperti bilik mandi dan tenaga elektrik sukar didapati dan menyulitkan kerja KKN mereka.


Kejadian mistik mula disedari mereka apabila banyak kejadian aneh dan menakutkan berlaku kepada Nur dan Widya, malah terjadi juga kejadian di mana Widya kerasukan lalu menari di hadapan rumah saat lewat malam serta misteri kehilangan Bima pada setiap malam juga menambah elemen saspen kami. Melihat dawuh menari dengan lenggok penari inang di malam gelap gelita dengan ditemani bunyi gamelan juga turut menaikkan bulu roma sepanjang menonton movie KKN di Desa Penari.


Kepercayaan Penduduk Pulau Jawa

Mengikut kepercayaan penduduk lama di Pulau Jawa, terdapat siluman ular digelar Badarawuhi yang berkuasa dalam menjaga keharmonian kampung sejak dahulu kala. Oleh sebab itu, mereka melakukan pemujaan dengan mengorbankan anak-anak muda yang masih perawan untuk hidangan Badarawuhi serta turut membina dewan tarian buat Badarawuhi bersenang-lenang.


Spoiler?

Badarawuhi yang berminat menjadikan Widya sebagai dawuh (penari) menjadikan rakan-rakan Widya sebagai sasaran dalam mendapatkan Widya. Bima yang menyukai Widya dan Ayu yang menyukai Bima menjadi kambing hitam kepada Badarawuhi. Kemuncak peristiwa bila mana Nur terserempak dengan Bima dan Ayu yang baru selesai berhubungan badan di tempat keramat, Tapak Tilas seterusnya menjadi punca roh mereka terperangkap di Tapak Tilas.

Review KKN di Desa Penari | Saya Kasi 5 Bintang!

Bima dan Ayu akhirnya mati dalam keadaan menyayat hati dan dipercayai roh mereka terperangkap di lokasi bekas tapak pemujaan, Tapak Tilas yang juga merupakan dewan tarian yang disediakan oleh penduduk kampung kepada penjaga kampung Badarawuhi. Baca di sini untuk cerita asal KKN di Desa Penari > SimpleMan. KKN di Desa Penari juga terdapat dalam versi buku ya.


Saya Beri Lima Bintang!

Bagi saya, jalan cerita KKN di Desa Penari ini logik bila mana ramai penduduk di Indonesia memang masih kuat dengan kepercayaan animisme dan negaranya sendiri sangat luas dengan kepadatan penduduk anggaran hampir 300 juta orang. Jadi memang tak mustahil masih terdapat lokasi penempatan penduduk yang berada jauh di ceruk hutan dengan keterbatasan pengangkutan jalanraya dan kemudahan elektrik dan air.


Digarap hasil daripada kejadian sebenar, saya tak dapat bayangkan bagaimana perasaan dan keadaan mereka yang terlibat dalam kejadian ini saat menonton tayangan movie yang penuh menyedihkan. Melihat rakan terperangkap dalam kepungan makhluk halus tanpa upaya membantu sahaja sudah cukup menyedihkan apatah lagi apabila melibatkan kematian, sesungguhnya ia pasti menjadi kejadian yang tak dapat dilupakan dalam hidup.

Review KKN di Desa Penari | Saya Kasi 5 Bintang!

Cerita ini sarat dengan pengajaran yang boleh dijadikan pedoman hidup. Jaga adab apabila berkunjung ke tempat orang dan jangan mudah terpedaya dengan godaan hawa nafsu. Meskipun movie ini diberi rated PG13 tetapi adalah disarankan untuk tidak membawa anak-anak untuk menonton bersama. Bukan sahaja cerita seram boleh menyebabkan anak nightmare malah turut dimasukkan bunyi desahan yang amatlah tak selesa didengari.


Untuk anda yang merancang nak tonton, apa lagi? Book tiket segera! 

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ramai juga rekemen filem ni tapi saya tido takde teman so tak berani la tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan tengok kalau takde teman tidur wak. Saya yang ada teman pun tiap kali tutup mata terbayang balik scene movie..serammm

      Padam
    2. Cam best tapi penakut...huhu

      Padam
  2. Teringin nak tengok film ni tetapi tu lahh. Tak berani sgt dan takut terbayang2. Tengok orang share sikit2 scene kt tiktok je

    BalasPadam
  3. Kakak Adda pun kata best.. Tapi Adda memang tak berpeluang la nak tengok.. Askar kecik ramai.. Lagi satu spesis penakut walaupun macam berani.. 😂

    BalasPadam