Terpijak Landak Laut di Pulau Kapas

 

Pulau Kapas! 


Saya telah beberapa kali pergi ke Pulau Redang, tapi tak pernah sekali pun saya jejakkan kaki di Pulau Kapas sehinggalah suami bawa saya dan anak-anak ke sana pada bulan lepas. Apa yang saya tak tahu tentang Pulau Kapas adalah rupa-rupanya Pulau Kapas dekat sahaja dengan rumah saya! 


Hanya 10 minit perjalanan menaiki bot daripada jeti Marang, kami sampai ke pesisir pantai di Pulau Kapas tanpa mabuk laut dan pening kepala. Daripada rumah ke jeti Marang pula, kami hanya ambil masa lebih kurang 20 minit, jadi keseluruhan masa yang kami ambil adalah selama 30 minit untuk menikmati hari di Pulau Kapas. 


Cemas Terpijak Landak Laut di Pulau Kapas


Selain dekat dengan rumah, apa yang menariknya dengan Pulau Kapas adalah kecantikan pantainya setanding dengan Pulau Redang. Selama ini saya ingatkan airnya kurang jernih dan kebiruan memandangkan saya seringkali dengar orang beritahu pulau tercantik di Malaysia adalah Pulau Redang manakala Pulau Kapas berada di tangga ketiga sahaja namun rupanya saya salah..


Landak oh Laut


Kami tidak perlu menyertai aktiviti island hopping untuk melihat kawanan ikan berwarna-warni berenang bersama-sama. Hanya berenang di tepi pantai sambil menggenggam sedikit roti pasti akan menarik perhatian kawanan ikan untuk menghampiri kami! Kami juga tak lupa untuk memakai alat snorkel bagi menikmati pemandangan dasar laut.


Teruja saya dan anak-anak melihat keramahan ikan mencuri makanan daripada tangan kami. Tanpa segan silu turut menggigit jari saya dan Auni hingga buatkan Auni takut untuk memberi makan lagi. Namun tidak bagi saya, digigit pun tak mengapalah asalkan saya dapat lihat kawanan ikan mengelilingi saya.


Cemas Terpijak Landak Laut di Pulau Kapas

Paling tidak dapat dilupakan saat saya bermain kejar-kejaran dengan Auni di dalam air. Waktu itu air sedang surut dan saya berenang agak jauh daripada Auni menuju ke tengah laut. Tiba-tiba waktu berpijak, terasa ada duri tajam menusuk ke telapak kaki. Risau dan takut, cepat-cepat saya angkat kaki dan lihat.


Nah, ada anggaran 4 batang duri panjang berwarna hitam melekat di telapak kaki saya. Anehnya bila ditarik, ianya patah dan tak sempat saya keluarkan. Setiap satunya sangat lembut hinggakan setiap kali saya tarik, setiap kali itu jugalah duri tersebut patah. Kaki saya mula sejuk dan perasaan saya mula seram..


..sejuk bila memikirkan yang saya telah terpijak landak laut kerana apa yang saya tahu landak laut beracun. Oh, choi! Cepat-cepat saya menjerit pada suami untuk tolong tarik saya agar dibawa ke tepi pantai supaya saya boleh mencabut keluar setiap duri tersebut sebelum bisanya meresap masuk ke tubuh. Haish..saspens tau.


Cemas Terpijak Landak Laut di Pulau Kapas

Bila sampai ke tepi pantai, kami cuba mencabut kesemua duri namun tak berjaya sebaliknya duri telah patah hingga ke dasar dan lebihan duri yang berada dalam telapak kaki saya tidak dapat dikeluarkan. Kebetulan terdapat seorang pekerja resort yang peka dengan situasi saya, beliau berusaha membantu saya mengeluarkan duri tersebut.


Jangan Korek Keluar tapi Ketuk


Kata pekerja tersebut, duri landak laut tidak berbisa kerana bisanya tidak berada pada bahagian duri. Walau bagaimana pun, saya tidak boleh mengorek keluar duri yang berada dalam telapak kaki kerana kaki boleh membengkak jika dikorek keluar. Pekerja tersebut mengambil sebatang kayu halus dan dipukul di bahagian telapak kaki pada sekitar bahagian yang tertusuk duri tersebut.


Boleh tahan lama dan pedih juga kaki saya menahan setiap pukulan, terasa seolah berada di sekolah pula saat didenda guru BM kerana mendapat keputusan peperiksaan C semasa tingkatan 3! Namun demi ingin memastikan duri keluar daripada kaki, saya tahankan sahaja kepedihan tersebut.


cemas-terpijak-landak-laut-di-pulau-kapas

Malangnya semua duri masih utuh berada dalam kaki saya meski kesakitan kaki merajai akibat dipukul bertalu-talu. Abang resort pun dah mula penat memukul dan kaki saya pun makin bertambah sakit akibat dipukul. Akhirnya kami mengalah dan pekerja tersebut kongsikan satu tips untuk kami keluarkan duri landak laut dengan cara mudah.


Kencing Pada Bahagian ditusuk Duri


Ya, awak tak salah baca. Pekerja tersebut minta suami untuk kencing pada telapak kaki yang ditusuk duri landak laut tersebut. Dan sepanjang perkahwinan, itulah kali pertama saya dikencing suami. Sampai hati namun saya relakan saja..ahaha :P


Apa rasionalnya kencing pada duri yang menusuki kaki pun saya tak tahu tapi demi untuk mengeluarkan duri tersebut, kami tetap lakukannya. Dan apabila di Google, ternyata tujuan kencing pada bahagian ditusuk duri landak laut adalah untuk mengurangkan kesakitan pada bahagian tersebut.


Walaupun pedih pada kaki akibat ditusuk duri landak laut namun ia tak membataskan pergerakan saya untuk meneroka setiap bahagian yang terdapat di Pulau Kapas. Malahan pada keesokkan paginya, saya mampu berjalan lebih satu kilometer di sepanjang pantai untuk menikmati pemandangan di sekitar pulau.


Cemas Terpijak Landak Laut di Pulau Kapas

Seronok rasanya menikmati hari di pulau setelah sekian lama terperap di rumah akibat PKP. Selepas ini kami merancang untuk menempah penginapan di camp site yang disediakan di Pulau Kapas pula. Kami terjumpa camp site secara tidak sengaja semasa sedang berjalan menerokai kawasan sekitar. 


Namun kali ini saya nak bersedia dengan kasut boleh renang yang saya akan beli di Shopee nanti. Kalau awak nak tengok-tengok juga, boleh klik di sini >> Kasut Renang. Semoga kejadian terpijak duri landak laut tak berlaku lagi selepas ini. Aamiin..ngeri wak >_<


Walau bagaimana pun tahun ini kami tak sempat untuk ke Pulau Kapas lagi kerana pulau akan ditutup bermula bulan Oktober. In shaa Allah tahun depan saya kongsikan pengalaman bercuti di pulau sambil menginap dalam khemah ya. Kalau awak merancang nak bercuti di Terengganu, boleh lihat >> Senarai Hotel Tepi Pantai di Terengganu sebagai rujukan ya.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. adudu baru tau petua tu..habis tu setelah di kencing tu dapat x keluarkan duri tu?saspen pula kite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kita google, katanya kencing tu untuk redakan kesakitan wak bukan nak keluarkan duri macam staff tu bagitau. Tapi entahlah sebab sama je rasa lepas kena kencing tu, yang pasti hati i sakit kena kencing dengan suami sendiri..haha

      Padam
  2. What!!!kencing kat bahagian tertusuk duri? suami yg kena kencingkan? kalau yang blom kawen acaner...hehehehe....aduhai...sakit tak agaknya kena duri tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang belum kawen kena kencing kat kaki sendiri la kot kak..haha. Tapi staff tu bagitau ramai je geng2 dia budak pulau yang terpijak landak laut, so member-member kencing la kat kaki geng tu..aiyokk..taktau

      Padam
  3. Baru tahu itu tips dia la ya kena kencing kan

    BalasPadam
  4. best ny aktiviti ..pulau kat ganu cantikkkk.. sakit ny kene duri landak laut.mujur pekerje di situ tahu macam mn nak settle kan kes2 macam ni.. haha.. jarang ade petua kne kencing tempat luka..mungkin air kencing ade bahan yg boleh matikan kuman ke ap dari duri tu ke ek..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybe la jugak wak sebab bila Google, ramai share tips kencing ni. Tapi seriyes cantik wak Pulau Kapas ni. Dah boleh rentas negeri ni kan? Jomla kita..eh, tahun depan la mai. Tahun ni pulau dah tutup kot..

      Padam
  5. lain mcm je petuanya. tp bgs jg utk ambil tahu. yelah. kita pn bkn selalu ke laut kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, cuma maybe lepas ni kalau nak mandi laut kena pakai kasut swimming terus. Selamat dari marabahaya..

      Padam