Tak Sangka Bil Elektrik Turun Bila Buat Cara Ini!

 

Bermula PKP pertama pada awal tahun lalu, saya perasan bil elektrik di rumah naik mendadak lebih daripada kebiasaan. Kalau dulu bil yang perlu dijelaskan hanyalah sekitar RM110 dan ke bawah, namun kami agak terkejut apabila bil yang diterima pada ketika itu berjumlah RM160.


Meskipun nilainya tidaklah sebesar mana dibandingkan dengan mereka yang menerima bil elektrik sehingga mencecah empat angka, namun kami masih mempersoalkan mengapa bil elektrik yang kami gunakan sebelum ini boleh meningkat secara tiba-tiba.


Kalau dikatakan kami menggunakan elektrik secara berlebihan, agak mustahil kerana saya sebagai surirumah dengan suami yang bekerja serta anak-anak kecil tidaklah menggunakan tenaga elektrik tinggi kecuali di saat menggunakan pendingin hawa.


Sejak daripada itu, nilai bil elektrik di rumah terus meningkat naik dengan purata sebulan sebanyak RM170. Tiada jalan lain, kami hanya buat bayaran seperti biasa tanpa ada rancangan untuk cuba mengurangkan penggunaan tenaga elektrik sedikit pun.


Namun bermula pada bulan lepas iaitu September 2021, saya mula terfikir untuk cuba kurangkan penggunaan elektrik dengan satu cara ini untuk lihat kesannya pada bil seterusnya. Apabila tiba hari bil elektrik sampai ke rumah, saya sudah boleh tersenyum gembira, trick itu menjadi rupanya! 


Tak Sangka Bil Elektrik Turun Bila Buat Cara Ini


Bil yang kebiasaannya berjumlah RM170 kini berkurangan sehingga RM50! Bil yang kami terima pada kali ini bernilai sekitar RM110 sahaja. Wow sangat! Cuba awak lihat gambar perbandingan bil elektrik yang saya terima pada bulan lepas dengan bulan ini. Banyak kan penurunannya?


Jom saya kongsikan cara yang saya buat itu!


Jimat Elektrik | Tutup Suis Penapis Air 

Buat satu cara ini sahaja dah dapat membantu mengurangkan lebih sepertiga daripada bil elektrik yang kami terima. Dalam masa sebulan ini, setiap kali sebelum tidur saya akan tutup suis penapis air berjenama Coway yang saya guna di rumah.


Selain pendingin hawa, penapis air juga adalah antara barangan elektrik yang menggunakan banyak tenaga. Ini kerana, motornya perlu sentiasa bergerak untuk memanas dan menyejukkan air bagi kegunaan setiap masa. Jadi, proses ini memerlukan penggunaan tenaga elektrik tanpa henti.


Pada masa kami tidak perlukan air panas atau sejuk (tentulah pada waktu malam kerana nak tidur kan), jadi saya tutup suisnya untuk menjimatkan penggunaan elektrik. Saya lakukannya pada setiap malam selama sebulan dan hasilnya bil elektrik yang lebih rendah! Yey! 


Tak sangka cara ini boleh membantu jimatkan penggunaan tenaga sekaligus mengurangkan bil elektrik yang perlu dijelaskan setiap bulan. Saya akan jadikan cara menutup suis penapis air ini sebagai sebagai rutin setiap hari selepas ini. Awak pun boleh cuba buat benda sama, kita tengok menjadi atau tidak trick ringkas namun berkesan ini. Selamat mencuba!

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. beza banyak juga tu, kadang ada buat juga tutup penapis air kat rumah tapi itulah selalu terlupa..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal2 buat dulu, saya pun selalu lupa juga. Tapi bila dah sampai bil ni, makin semangatlah rasanya nak tutup :D

      Padam
  2. tq for the tips..tak terfikir pulak nak tutup suis air tu. Bil ammi pun hmmmm naik bukan sembarangan lepas pasangan penapis air bulan 2 haritu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami dah pasang penapis air dekat 3 tahun jugak tapi dulu bil rendah je. Tapi sejak PKP first memang terus mencanak naik. Nasib baik suis coway boleh on off kan..huhu

      Padam
  3. sy xde penapis air tp plug yg x guna mmg akan cabut terus

    BalasPadam
  4. banyak kurang tu zarini ...huhuh... ummi rumah ade unifi.ni kalau macam2 off mesti jimat bnyk jugak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat rumah ni pun pasang unifi wak. Tapi leceh kalau tutup suis Unifi sebab dulu pernah buat time balik kampung. Bila dah balik rumah nak on wifi, problem pulak. Terpaksa call unifi center untuk check. Jadi suis unifi jarang kami tutup kecuali time nak tinggalkan rumah lama sikit

      Padam
  5. Tips yg sgt bermanfaat bagi mereka yg menggunakan water heater & penapis air minum. Benda simple ja, tapi blh jimat hingga RM600 setahun. Thanks for sharing! :D

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Kan? Sekarang dah buat rutin tutup setiap malam dah..

      Padam
  7. petua yang sangat bagus...

    in shaa Allah mahu juga cuba

    BalasPadam