Melabur dalam PMB Investment Berhad Ok Ke?

 

Ramai yang masih belum tahu tentang kewujudan PMB sebagai salah satu medium pelaburan di Malaysia. Jika ditanya tentang pelaburan yang lain, cepat sahaja jawapan akan diperoleh. Namun apabila disebut PMB Investment, ayat yang keluar adalah "tak pernah dengar pun, ok ke?". Jadi hari ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai PMB Investment Berhad. 


PMB Investment Berhad merupakan anak syarikat kepada kumpulan Pelaburan MARA Berhad atau dahulunya lebih dikenali sebagai Amanah Saham MARA Berhad. Biasa dengar kan Amanah Saham MARA? Ya, yang itulah. Cumanya penjenamaan semula nama pada tahun 2014 ini menyebabkan ramai yang tidak tahu tentang kewujudan PMB. Selepas ini jika awak diperkenalkan dengan PMB Investment, boleh terus set dalam minda yang ia adalah Amanah Saham MARA, cuma rebranding sahaja. 


Melabur unit amanah PMB Investment


PMB Investment Berhad telah 54 tahun berada dalam pasaran. Penubuhan awal Amanah Saham MARA Berhad adalah pada 24 Jun 1967 dan merupakan 100% milik kerajaan. Bidang kuasa utamanya melibatkan aktiviti pembiayaan, pelaburan, pengurusan aset, khidmat nasihat korporat dan perkhidmatan pelaburan data.


Amanah Saham MARA Berhad melancarkan unit amanahnya yang pertama pada April tahun 1968 yang dikenali dengan nama Kumpulan Modal Bumiputera Pertama. Namun kini dana tersebut telah ditukar namanya menjadi PMB Dana Al-Aiman. 


Pada awal penubuhannya, pelaburan yang diperkenalkan oleh Amanah Saham MARA bersifat konvensional. Namun sedikit demi sedikit, Amanah Saham MARA mula melabur dalam dana patuh syariah yang lebih baik untuk menawarkan pulangan kepada pelanggan dalam bentuk dividen yang bersih dan suci mengikut ajaran Islam. Jadi PMB Investment mula menukar dana bersifat konvensional pada awalnya kepada patuh syariah satu demi satu.

 
Dua dana terakhir unit amanahnya yang diperkenalkan telah berjaya diumum patuh syariah pada Mac 2014. Oleh sebab itu, PMB telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menukar aktiviti terkawalnya daripada pengurusan dana yang bersifat konvensional kepada pengurusan dana Islam yang patuh syariah bermula November 2014. 


Sehingga kini PMB Investment telah mempunyai 14 dana unit amanah yang bersifat patuh syariah dengan 5 daripadanya mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan. Namun begitu, jangan terkejut pula jika saya katakan pelaburan di PMB juga mempunyai risiko. Bakal pelabur perlu faham bahawa setiap pelaburan yang bersifat patuh syariah tidak mempunyai nilai dividen serta pulangan keuntungan yang tetap dan pelabur juga berkemungkinan berhadapan dengan risiko kerugian.


Ini kerana, agama Islam itu sendiri bersifat adil. Konsepnya sama seperti situasi jika suatu jualan mengalami keuntungan, setiap pihak yang terlibat termasuk pelabur menerima manfaat. Namun jika suatu jualan mengalami kerugian, pelabur juga perlu menanggung risiko tersebut. Tetapi tak perlu risau kerana risiko kerugian ini boleh diminimumkan dengan cara top up semasa harga sedang jatuh serta dollar-cost averaging bagi mendapatkan harga purata yang lebih rendah.


Melabur unit amanah dalam PMB Investment


Oleh sebab itulah pelaburan jangka masa panjang dalam unit amanah adalah lebih baik bagi menyeimbangkan nilai keuntungan dan kerugian serta merendahkan jumlah bayaran bagi cas yang dikenakan semasa pelaburan dilakukan. Jadi, jika ingin melabur unit amanah, pastikan wang yang digunakan itu bukanlah wang kecemasan, sebaliknya wang yang tidak digunakan.


Pelabur boleh membuat pelaburan secara cash atau epf, mengikut mana yang dirasakan sesuai oleh pelabur serta boleh membuat pilihan samada ingin melabur lump sump atau autodebit bagi pilihan pelaburan secara cash. Apa yang menariknya, pelaburan ini boleh dilakukan secara atas talian sahaja tanpa perlu pelabur berjumpa agen. Jadi jika pelabur mempunyai wang tepi yang tidak digunakan, boleh terus membuat transaksi secara atas talian. Mudah kan?


Kesimpulannya, melabur unit amanah dalam PMB Investment ok ke? Tentulah ok kerana PMB menawarkan dana ekuiti patuh syariah terbaik di Malaysia. Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi saya untuk maklumat berkaitan PMB Investment okay :)

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tak pernah dgr lagi pelaburan dlm ni. Kena ada simpanan walaupun skrg ramai yg tgh sesak nk guna duit

    BalasPadam
  2. saya ada beli unit trust PMB lama dulu, masa tu masih lagi Amanah Saham MARA..Dana Al-Aiman..masih bertahan sampai sekarang..

    BalasPadam
  3. saya satu bidang yang saya suka ialah pelaburan.

    sekarang belum bersedia lagi.

    In shaa Allah akan datang

    BalasPadam
  4. x penah dgr nama pelaburan ni. tp kewujudannya suatu inisiatif yg baik. menggalakkan org ramai cerdik kewangan

    BalasPadam