Buat Duit Online dengan Intellifluence

 

Pernah dengar Intellifluence? Saya pun baru beberapa minggu mengenali Intellifluence. Kalau bukan disebabkan blogger Shalimar yang promotekan dalam group, rasanya memang saya tak tau dan tak terfikir pun untuk mendaftar sebagai influencer Intellifluence. 


Sebelum ini, saya hanya mendaftar dan tinggalkan begitu sahaja. Langsung tak lengkapkan maklumat diri secara terperinci dan juga tak masukkan links bagi sosial media saya. Disebabkan saya ada banyak masa lapang semalam, jadi saya luangkan sedikit masa untuk mengemaskini akaun Intellifluence dan selepas itulah baru saya tergerak hati untuk berkongsi cerita tentang Intellifluence setelah mendapat job pertama saya!

Buat Duit Online dengan Intellifluence

Kebetulan ada lima review job yang sedang available pada ketika itu, jadi saya karang sedikit ayat permohonan untuk mendapatkan online job berbayar di Intellifluence. Siapa sangka salah satu daripada tiga permohonan yang saya hantar semalam telah diterima hari ini? Dan bayarannya masyuk! USD100! Tentulah saya gembira ;D


Oleh sebab itulah hari ini saya ingin kongsikan kepada kawan-kawan tentang Intellifluence, iaitu suatu platform buat duit yang kita boleh lakukan secara online di rumah dengan bayaran USD. Berbaloi kan?


Apa Itu Intellifluence


Pendek kata Intellifluence adalah platform bagi blogger dan influencer untuk mendapatkan review job atau menulis artikel berbayar. Bukan kaleng-kaleng, bayarannya adalah dalam USD. Jadi apabila diconvert ke dalam MYR tentulah lebih masyuk. Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun Paypal dan kita boleh menetapkan bayaran minimum yang ingin diterima.


Kita juga boleh memilih job yang dirasakan sesuai, samada untuk dikongsikan di sosial media, di blog atau samada untuk menulis artikel atau membuat video di Youtube. Semua terserah. Markah penuh pada profile influencer adalah sebanyak 100% dimana ia mempengaruhi brand untuk membuat pemilihan influencer. Oleh itu, sebolehnya kita dapatkan markah 100% okeh (tapi markah saya pun baru 85%). Tapi jangan risau tentang markah, ikut sahaja arahan yang tertera dan amat mudah untuk dapatkan markah penuh nanti.


Buat Duit Online dengan Intellifluence


Untuk details tentang pembayaran, saya masih belum boleh ceritakan panjang lebar kerana saya belum lagi melakukan tugasan pertama saya dan masih belum menerima bayaran. Jadi saya akan update semula post ini setelah mendapat bayaran gaji pertama saya dengan Intellifluence. Btw, awak boleh klik link di bawah untuk mula mendaftar di Intellifluence:


KLIK UNTUK MENDAFTAR INTELLIFLUENCE


Kalau awak berminat nak cuba buat duit online dengan Intellifluence, perkara pertama yang saya cadangkan awak perlu ada ialah akaun PayPal. Duit akan dimasukkan ke akaun PayPal, jadi cepat-cepatlah create satu akaun PayPal okeh. Selepas itu awak boleh mula mendaftar dan jana pendapatan tambahan dengan Intellifluence. Goodluck :)

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Adda pun baru buat job yang pertama.. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang kan? Saya baru dapat job kedua hari ni, bangun tidur tengok2 nak kena accept pitch kat phone. Happyla :D

      Padam
  2. Syu pun baru jer join. Tapi macam blur2 sikit.Sebab tak berapa tahu.Hi3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada share tips sikit kat komen section blog Syu. Harap membantu ye..

      Padam
  3. Untuk awak yang mempunyai keupayaan menulis dengan baik ...tentu amat sesuai.

    inilah kerja Gig atau freelance yang bagus diceburi oleh mereka nak buat duit dalam US Dollar

    BalasPadam
    Balasan
    1. En Hanafi punya level penulisan lagi bagus dari saya..En Hanafi tanak join ke? Btw kalau nak register, klik link kat atas okay :D

      Padam
  4. Nampak mcm menarik tp fikir pulak penulisan tak bagus sgt hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penulisan saya pun tak bagus juga wak. Apa kata try dulu, mana tau ada rezeki kan..

      Padam
    2. Dh daftar acc tp perasan utk blog yg guna domain boleh masukkan link kecuali pakai blogspot

      Padam