Ringkasan Lockdown 2.0 Malaysia bermula 1 Jun Sehingga 14 Jun 2021

 

Lockdown kali ke 2.0 di Malaysia akan bermula pada 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021. Kalau sebelum ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan bermula 25 Mei sehingga 7 Jun, tetapi kini Malaysia memasuki fasa lockdown pula. Bermula tarikh tersebut, banyak sektor pekerjaan yang akan beroperasi dari rumah. Meski pun begitu, kami anak beranak dah terbiasa pula bila tibanya musim PKP hanya tetap habiskan masa bertiga sahaja macam biasa.


PKP 3.0 dan Lockdown 2.0

Masa inilah suami akan balik kerja lewat. Sektor lain berehat tapi suami pula bertambah kerja perlu dihabiskan. Mana taknya, kes Covid-19 meningkat bermaksud semakin ramai pesakit positif Covid yang perlu suami hubungi untuk dapatkan maklumat dan salurkan bantuan kesihatan. Semasa PKP 2.0 yang lepas, paling awal suami sampai di rumah adalah jam 9 malam. Pulang jam 1 atau 2 pagi itu biasa meski pun telah masuk kerja seawal jam 8 pagi. Pernah juga suami masuk kerja seawal jam 4.30 pagi demi untuk membuat saringan pelajar universiti yang baru pulang ke kampung.


Mujurlah sekarang suami hanya perlu membuat pantauan melalui panggilan telefon, jadi tak perlu lagi berurusan secara langsung dengan pesakit. Suami boleh pulang awal ke rumah sambil membawa pulang kerja bersamanya. Sampai di rumah, suami ada masa untuk habiskan masa sebentar bersama kami anak isteri sebelum masuk ke bilik untuk menyambung kembali kerjanya membuat panggilan telefon. Terbiasa dengan situasi tersebut, kami tetap gembira asalkan suami ada bersama.

Ringkasan Lockdown 2.0 Malaysia Jun 2021

Jadi kawan-kawan, saya menyeru agar marilah kita sama-sama mematuhi SOP yang telah dikuatkuasa oleh kerajaan demi untuk mengekang penularan Covid-19. Masih ramai yang belum menerima suntikan vaksin dan masih jauh perjalanan kita untuk berada dalam herd community, jadi apa kata jika kita duduk di rumah dan amalkan pemakaian mask setiap kali berada di luar. Tak lupa juga untuk hadkan masa berada di luar rumah dan keluar hanya ketika perlu sahaja.


Dengan cara ini, kita bukan sahaja menyelamatkan diri dan keluarga daripada jangkitan Covid-19 malah turut membantu frontliners yang telah bekerja keras selama ini. Semoga ada sinar untuk Malaysia kembali mencatatkan nilai satu angka pesakit Covid-19. Dan semoga kes kematian berkurangan kerana ada anak-anak yang sedang menanti kepulangan ibu bapa, ada suami yang sedang menantikan kepulangan isteri dan isteri yang mengharapkan kepulangan suami dalam keadaan sihat. In shaa Allah..


Berikut merupakan ringkasan lockdown 2.0 yang akan bermula esok. Untuk mereka yang sedang diuji samada dengan masalah kesihatan atau kewangan, semoga sabar dan tetap bertahan. Allah menguji kita sesuai dengan kemampuan dan semoga sentiasa dipermudahkan urusan setiap waktu.


Bagi Kawalan Pergerakan semasa Lockdown 2.0

  1. Dibenar mendapatkan keperluan harian dalam radius 10 km daripada kediaman.
  2. Dibenar mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir.
  3. Dibenar menghadiri urusan kes kematian dan bencana alam dengan kebenaran PDRM.
  4. Dibenar menghadiri urusan berkaitan vaksinasi dengan bukti berkaitan tarikh penerimaan vaksinasi.
  5. Dibenar mengendalikan bantuan bencana atau kemanusiaan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
  6. Tidak dibenarkan penjawat awam hadir ke pejabat kecuali untuk pekhidmatan perlu dengan disertai dokumen arahan rasmi dan pas pekerja. 


Bagi Kenderaan dan Pengangkutan Semasa Lockdown 2.0

  1. Dibenarkan 2 orang termasuk pemandu dalam kenderaan persendirian bagi mendapatkan barang keperluan harian dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir dengan kediaman.
  2. Dibenarkan 3 orang termasuk pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, keselamatan atau kecemasan dalam radius 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat yang paling hampir.
  3. Dibenarkan 2 orang termasuk pemandu teksi dan e-hailing.
  4. Dibenarkan beroperasi bagi pelabuhan dan lapangan terbang.
  5. Dibenarkan beroperasi bagi perkhidmatan pengangkutan awam laut dan darat terhad 50% kapasiti kenderaan.
  6. Dibenarkan beroperasi bagi kenderaan membawa pekerja seperti bas pekerja dan van pekerja terhad 50% kapasiti kenderaan.
  7. Dibenarkan beroperasi kenderaan perdagangan dan kenderaan yang membawa barangan perlu (essential) tertakluk kepada lesen pendaftaran kenderaan.
  8. Dibenarkan beroperasi Kenderaan Jabatan atau Kereta Rasmi Jawatan berdasarkan kapasiti kenderaan.

Sumber diambil daripada twitter @aisyahshahid.


Teruskan kekal berada di rumah dan elakkan berada di tempat sesak terlalu lama. Mandi apabila pulang ke rumah. Double mask jika perlu dan jangan lupa pakai mask setiap kali berada di tempat awam. Kita lindungi diri sendiri dan keluarga sekaligus lindungi insan tersayang di sekitar kita. Kita pasti boleh! #roadtozerocase.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. menarik juga kisah awak dan keluarga terutama melibatkan kes Covid-19

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak dah rasanya pengalaman dengan Covid ni..mampu bersabar je la..

      Padam
    2. tak lama lagi akan berakhir Covid-19

      Padam
  2. semoga rantaian covid-19 dpt diputuskan..amiin..

    BalasPadam
  3. semoga kes dpt menurun dgn cepat

    BalasPadam
  4. kata KJ kn bersabar siiikittt je lg...

    BalasPadam