Tempat Menarik dan Unik di Penang Wajib Pergi


Dah lama saya tak jejakkan kaki ke Penang, craving sangat rasanya nak makan pasembor di Anjung Gurney dan nasi kandar di Deen's Maju. Saya juga rindu nak berjalan-jalan di Bukit Bendera dengan menaiki cable car serta bergambar di Penang Street Art yang unik tu.


Bila hati dah teruja, teruslah saya Google pasal Penang untuk cuci mata. Rupanya ada banyak lagi tempat menarik yang belum pernah saya lawati di sana. Tiga hari dua malam pergi Penang pun rasanya tak sempat nak cover semua tempat. Jadi untuk next trip staycation, wajib rasanya saya bawa anak-anak pusing Penang pula untuk melawat tempat menarik dan unik yang terdapat di sana.

Tempat Menarik dan Unik di Penang Wajib Pergi

Tambah teruja nak buat tempahan bilik penginapan bila tengok Hard Rock Hotel Penang ada buat promosi harga! Murah memang murah, mana nak dapat diskaun harga bilik murah di Hard Rock Hotel kecuali pada masa-masa macam ni kan. Jimat sikit belanja untuk penginapan dan dapat staycation kejap pun bolehlah janji lepas craving nak bercuti dan makan-makan sedap sambil tidoq di hotel mengadap laut.


Tempat Menarik dan Unik di Penang


Apa plan saya untuk next staycation di Penang? Punya excited nak bercuti, jadinya saya dah buat senarai tempat menarik dan unik yang akan saya lawati di Penang nanti. Harapnya saya berkesempatan untuk melawat kesemua tempat ini, tentu anak-anak seronok dan dapat pengalaman baru!

1. Penang Sky Walk

Dengar cerita, saya boleh lihat bandaraya Penang pada waktu malam daripada Penang Sky Walk yang berketinggian 249m di atas tanah. Tinggi kan! Sambil berjalan di atas gelas kaca yang terletak di tingkat 68, tentu seronok dapat mencuci mata melihat keindahan Penang dalam lampu neon sambil ditemani udara segar malam. Jika hanya ingin melihat pemandangan melalui ruang berkaca dan beraircond, saya boleh ke tingkat 65 menara ini. Pemandangan melalui atas tentu sangat cantik kan..


2. Magik World Penang (Phantamania)

Anak-anak tentunya sukakan sesuatu yang bersifat magikal dan menakjubkan jadi berkunjung ke Magik World Penang wajiblah berada dalam senarai tempat perlu saya lawati. Melalui pembacaan di Google, saya dapat tahu bahawa pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan magik di samping melalui sendiri perjalanan penuh misteri menjadi sebahagian daripada alam magik itu sendiri. Yang penting, saya perlu pastikan bateri handphone cukup untuk sesi merakam gambar magik dan mengambil video kenangan di sana nanti.


3. Dark Mansion

Dark Mansion atau dipanggil juga 3D Glow in the Dark Museum antara tempat yang saya tak sabar nak kunjungi. Anak-anak tentu gembira jika masuk ke muzium ini kerana mereka dapat melihat cahaya lampu berubah daripada 2D kepada ilusi optik 3D di sebalik susunan pokok-pokok yang kelihatan seperti magikal. Melalui misteri hutan tropika, jambatan bercahaya atau berjalan di dalam gelap sambil ditemani cahaya bintang pasti mengujakan mereka!


4. The Habitat

Saya pernah membawa anak-anak ke Bukit Bendera sebelum ini namun sayangnya saya tidak pula tahu tentang kewujudan The Habitat yang turut terletak di sana. Tentu suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan jika dapat berada di dalam hutan hujan tropika berusia 130 juta tahun sambil mendekati flora dan fauna pelbagai bentuk dan saiz. Melakukan aktiviti lasak di dalam hutan juga merupakan antara aktiviti kegemaran kami sekeluarga, jadi tentu anak-anak teruja dapat melihat dan mempelajari tentang hidupan hutan yang unik.


5. Jurassic Research Centre

Ada Jurassic Park di Penang? Oh tidak, sebenarnya ia bukanlah Jurassic Park tetapi Jurassic Research Centre yang merupakan pusat penyelidikan dinasour yang boleh dikunjungi oleh orang awam. Menggunakan teknologi animatronik, anak-anak pasti kagum melihat replika dinasour yang besar membuat gerakan dan mengeluarkan bunyi tersendiri. Disebabkan dinasour ini tidak berbahaya dan bukan merupakan dinasour sebenar, jadi anak-anak tentulah akan sangat gembira dapat melihat sendiri haiwan prasejarah terbesar di depan mata.

Tempat Menarik dan Unik di Penang Wajib Pergi

Ada banyak lagi tempat menarik lain yang saya harap dapat saya kunjungi di Penang seperti Wonderfood Museum, Audi Dream Farm, Taman Rimba Teluk Bahang dan Ghost Museum Penang. Tempat-tempat ini memiliki keunikan tersendiri namun saya yakin bahawa staycation singkat tak memungkinkan kami untuk menjejakkan kaki ke setiap lokasi ini. Tak mengapalah, masih banyak masa untuk kami melawat kembali Penang pada masa hadapan. Jadi buat masa ini, untuk next trip ke Penang saya akan cuba pastikan kesemua tempat di atas akan kami kunjungi. Oh yeah! Tak sabar nak jalan-jalan di Penang.


Jadi, saya dah boleh mula buat tempahan bilik di Hard Rock Hotel untuk lokasi percutian seterusnya iaitu PENANG!

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Penang, oh Penang, bila la akan dpt menjejakkan kaki semula di sana...? One day soon, Insya-Allah....🤲🏻😊

    BalasPadam
  2. welcome to penang.. saya orang penang tapi banyak lagi tempat2 best yg x pernah pergi lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tempat best kat Penang, lepas Covid dah reda..mohle kita ke Penang

      Padam