Sumbangan RM100,000 daripada RMHC Malaysia Ceriakan 50 Rumah Anak Yatim Seluruh Malaysia


Ada sinar keceriaan yang dapat dirasai oleh anak-anak yatim daripada 50 buah rumah anak yatim seluruh Malaysia apabila menerima sumbangan bernilai RM100,000 daripada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) pada awal tahun ini. Setelah negara dihujani dengan pelbagai kemelut melanda seperti bencana alam dan pandemik berjangkit, ada sedikit sinar yang dapat mengubat lara di hati apabila RMHC Malaysia secara berterusan menyalurkan bantuan dalam misi menyokong kebajikan kanak-kanak di negara ini sejak 30 tahun yang lalu.


Menurut Presiden RMHC Malaysia iaitu Encik Azmir Jaafar, sumbangan yang disalurkan adalah hasil daripada sumbangan bersama pelanggan yang bermurah hati menyumbang ke dalam kotak duit syiling atau lebih dikenali sebagai "Tabung Merah" RMHC Malaysia dan melalui Kios Pesanan Sendiri (SOK) yang terdapat di lebih daripada 300 buah restoran McDonald's seluruh Malaysia, serta hasil sumbangan dan tajaan daripada rakan niaga, pekerja dan francaisi McDonald's. 


RMHC Malaysia komited untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia atas dasar kepercayaan bahawa kanak-kanak berhak membesar dengan sihat dan kuat serta menikmati zaman tumbesaran mereka dengan gembira. Encik Azmir yang juga merupakan Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia turut menjelaskan bahawa RMHC Malaysia berhasrat untuk memberi impak positif kepada mereka.

RMHC Malaysia Sumbang RM100000 kepada 50 Rumah Anak Yatim Malaysia

Proses penyampaian cek sumbangan telah dilaksanakan di pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan telah disempurnakan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun selaku menteri di kementerian tersebut. Datuk Seri Rina meluahkan perasaan gembiranya apabila melihat ada organisasi seperti RMHC Malaysia yang tampil untuk memberi kembali kepada masyarakat terutamanya pada masa-masa yang sukar kini. Beliau juga amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh RMHC Malaysia dan kemurahan hati semua rakyat Malaysia yang menggambarkan semangat #kitajagakita.


Sejak ditubuhkan pada Februari 1990, RMHC Malaysia telah memberikan impak positif kepada lebih 80,000 kehidupan kanak-kanak di Malaysia merangkumi bidang kesihatan, pendidikan dan kesejahteraan dengan pembiayaan melebihi RM30 juta melalui program Ronald McDonald House, Ronald McDonald Sensory Room, Gift of Smile dan program Back-to-School


Selaku organisasi bukan untung dengan misi untuk membuat, mencari dan menyokong program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang berkemampuan di Malaysia, RMHC Malaysia memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk terus menyalurkan bantuan dan sumbangannya kepada kanak-kanak kurang berkemampuan. Jadi jangan lupa untuk terus menyokong RMHC Malaysia dengan cara turut sama menyumbang samada dengan membuat belian di Kios Pesanan Sendiri (SOK) atau memasukkan wang ke dalam "Tabung Merah" RMHC Malaysia yang terdapat di setiap kaunter pembayaran McDonald's.


RMHC Malaysia juga memerlukan tenaga sukarelawan untuk membantu mereka dalam misi menyalurkan lebih banyak bantuan dan sumbangan. Jika ada yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau menderma, hanya hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-78433388 atau boleh juga layari laman web https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/. Untuk lebih maklumat lanjut mengenai RMHC Malaysia, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.


Semoga usaha murni daripada RMHC Malaysia ini mendapat sokongan pelbagai pihak dan akan ada lebih banyak badan yang turut sama meyalurkan sumbangan berterusan seperti mana yang telah dilakukan oleh RMHC Malaysia. Usaha kecil dan berterusan pasti akan membuahkan hasil yang setimpal, jadi jangan lupa untuk turut menyumbang walaupun sedikit kerana hasil sumbangan kita itu jugalah yang turut membantu adik-adik kurang berkemampuan untuk menguntumkan senyuman mereka pada hari ini.

Catat Komen

7 Ulasan

  1. anak-anak yatim hilang kasih sayang..

    mereka wajar dapat perhatian dan pembelaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, mereka juga perlukan kasih sayang dan perhatian kita. Semoga nasib mereka terbela selalu dan ada lebih banyak pihak tampil membantu.

      Padam
  2. bestnyaa kalau ada duit banyak boleh juga bantu mreka2 yang memerlukan. untung orang kaya kalau diorang guna duit ke arah macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak boleh banyak, kita bantu mana yang mampu kan.. semoga Allah permudahkan selalu usaha kita dan mereka

      Padam
  3. alhamdulillah masih ada yg prihatin..jom join giveaway AD
    https://www.anakdenesor.com/2021/01/mco-20-giveaway.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah nanti kita cari masa join ye wak. Selamat berGA :)

      Padam
  4. bagus usaha ni harus dicontohi semua pihak terutama para korporat. btw bg sy laa kan... kalau rm100k dibahagi kpd jumlah dlm 20 buah rumah kebajikan, tentu lg byk setiap rumah ni akn dpt sekaligus memudahkan operasi mrk... ni sekadar pandangan sy laa...

    BalasPadam