Enam Idea Mudah Bekal Bento ke Sekolah dengan Ayam Brand


Menyediakan bekal makan tengah hari untuk anak-anak dan diri sendiri semakin popular di Malaysia, dan sebenarnya mudah sahaja. Pilih Ayam Brand™ sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.

 

Resipi berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.

 

Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.

 

Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi anda sendiri.


Tips Menyediakan Bekal Bento 

Berikut adalah beberapa petua jika anda baru belajar menyediakan Bento box:

  • Kanak-kanak gemarkan makanan yang nampak menarik. Gunakan pelbagai warna
  • Tambahkan bahan kesukaan mereka seperti jagung, tomato, kacang pea dan lobak merah ke dalam makanan utama untuk lebih serat
  • Tambahkan buah-buahan atau salad kecil kepada bekal makanan
  • Potong makanan menjadi kecil supaya mudah untuk dimakan. Untuk sandwic, potong menjadi bentuk segi tiga atau segi empat atau gulungkan dan potong melintang. Untuk nasi, buatkan bentuk bebola atau gunakan pemotong untuk membuat bentuk yang comel.
  • Hidangan Bento box akan dimakan pada suhu bilik 3 hingga 4 jam selepas disediakan. Sentiasa pastikan makanan dimasak kecuali buah-buahan dan salad
  • Basuh dan keringkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimasukkan ke dalam bekal makanan
  • Masukkan sudu dan garpu serta tisu basah ke dalam Bento box kerana kanak-kanak mungkin terlupa membasuh tangan sebelum makan

1. Burger Tuna Bergedel

Isi tuna dan kentang yang diletakkan antara roti burger pasti menjadi sambutan hangat buat kanak-kanak. Tambahkan Tuna Omega 3l, ketumbar, sedikit cili merah, bawang merah dan telur kepada kentang lenyek. Buatkan bentuk patty, goreng sedikit sehingga perang di kedua-dua belah. Potong roti burger, tambahkan daun salad dan sedikit sos tomato (jika perlu), tutup dengan roti burger yang satu lagi dan letakkan di dalam Bento box. Hiaskan dengan sedikit lagi daun salad.
 
Idea bekal bento ke sekolah Ayam Brand

Petua berguna: Daun salad menghalang burger menjadi basah dan lembik, jadi mentega tidak diperlukan. Potong burger bersaiz penuh menjadi dua bahagian kecil supaya mudah dimakan oleh kanak-kanak.


Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 10 minit    
Jumlah hidangan: 3


2. Pasta Tuna dan Jagung

Masak pasta mengikut arahan pada paket. Keluarkan air dari pasta yang telah dimasak dan gaulkan dengan Ayam Brand Tuna Omega 3, jus lemon, tomato ceri dan Ayam Brand Cup Corn sehingga sekata. Kemudian ambil sebahagian dan masukkan ke dalam Bento box termasuk untuk anda juga. Mudah sahaja.

Idea bekal bento ke sekolah Ayam Brand

Petua berguna: Masak pasta pada malam sebelumnya, keluarkan air, simpan dalam peti sejuk dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sebelum mencampurkannya dengan sos untuk menjimatkan masa. Tambahkan kiub timun, daun saderi yang dipotong atau lobak merah yang dikisar untuk lebih serat, tekstur dan rupa yang menarik.


Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 10 minit    
Jumlah hidangan: 2


3. Sushi Roll Saba Mayo

Kanak-kanak gemarkan sushi kerana ia seronok dimakan. Resipi ini menggunakan roti sandwic untuk menggantikan nasi dan menghasilkan sushi yang berwarna-warni, berkhasiat dan comel. Potong dan buang kulit roti daripada roti sandwic. Lenyekkan roti menggunakan penggelek, letakkan Ayam Brand Saba Mayonnaise, tambahkan selapis lobak merah yang dihiris dan gulungkan dengan padat. Potong dengan teliti menggunakan pisau yang tajam supaya lapisan gulungan dapat dilihat dengan jelas. Susun di atas daun salad dalam Bento Box. Siap untuk dimakan!
 
Idea bekal bento ke sekolah Ayam Brand

Petua berguna: Timun yang dihiris juga boleh digunakan sebagai ganti lobak merah. Jika anda ada nori sheet, letakkan sandwic yang telah dilenyekkan ke atas kepingan rumpai laut ini dan gulungkannya.
Kulit roti yang dipotong tadi boleh dibakar dan dicicah dengan saba mayo untuk snek yang menyelerakan untuk diri anda.


Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 5 minit    
Jumlah hidangan: 1


4. Nasi Goreng Tuna

Bagi kebanyakan keluarga di Asia, nasi goreng menjadi hidangan wajib bekal makan tengah hari kerana hampir setiap isi rumah pasti ada menyimpan lebihan nasi di dalam peti sejuk. Berikut adalah resipi nasi goreng yang mudah dan enak dimakan begitu sahaja, atau digandingkan dengan Telur dadar berinti tuna.
 
Idea bekal bento ke sekolah Ayam Brand

Tumis bawang putih dan lobak merah, tambahkan nasi dan kicap, kemudian gaulkan sehingga rata. Seterusnya masukkan Ayam Brand Tuna Chunks in Water untuk protein, dan Ayam Brand Sweet Cup Corn untuk serat, rasa manis dan rangup. Cepat dan enak. 


Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 10 minit    
Jumlah hidangan: 2


5. Patty Telur Tuna

Patty telur ini penuh dengan protein dan sesuai digandingkan dengan nasi goreng tuna. Campurkan Ayam Brand Tuna Omega 3, telur, tauhu lembut, ketumbar, cili merah dan bawang merah, dan tuang campuran ini ke dalam kuali dan bentukkan patty kecil. Goreng sehingga masak sepenuhnya. Masukkan ke dalam Bento box bersama nasi goreng.
 
Idea bekal bento ke sekolah Ayam Brand

Petua berguna: Hiaskan dengan sos tomato berbentuk smiley face untuk lebih kawaii!


Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 10 minit    
Jumlah hidangan: 2


6. Tuna Pita Tanpa Mayo

Roti pita mudah dimakan oleh kanak-kanak kerana intinya tidak mudah tumpah seperti sandwic yang penuh. Cuba alternatif tanpa mayones untuk hidangan Bento box yang mudah disediakan dan enak. Campurkan Ayam Brand Tuna Flakes in Sunflower Oil, Ayam Brand Sweet Cup Corn dan tomato ceri untuk membuat intinya. Potong roti pita menjadi dua bahagian, lapikkan bahagian dalamnya dengan daun salad atau campuran salad dan timun. Akhir sekali, masukkan campuran tuna tadi. Hidangan yang seimbang dan menyelerakan.

Idea bekal bento ke sekolah Ayam Brand

Petua berguna: Daun salad atau campuran salad menghalang roti pita menjadi basah dan lembut.


Masa penyediaan: 5 minit    
Masa memasak: 5 minit    
Jumlah hidangan: 2


Ikuti @ayambrandmy dan gunakan hashtag #bekalayambrand dan #ayambrandmy pada ciptaan hidangan kotak bento anda yang menggunakan mana-mana produk Ayam Brand. Anda berpeluang memenangi hadiah menarik! Peraduan berakir pada 31 Oktober 2020.
 

Cuba lebih banyak resipi ringkas, mudah dan enak daripada Ayam Brand di  https://www.ayambrand.com.my/index.php/recipes,https://www.ayambrand.com.my/recipe/recipes-video.html,  laman Facebook https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia dan menerusi Instagram  di  https://www.instagram.com/ayambrandmy/ untuk menambah lebih banyak pilihan hidangan menyihatkan untuk anak anda. Kekal selamat dan sihat.

Catat Komen

9 Ulasan

  1. mana bento utk sy? lapo dah ni hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aip! Budak besar no bento-bento okeh. Pi tapau je kat kedai tu :P

      Padam
  2. Balasan
    1. Takdelah rajin pun awak, sekali sekala bolehla buat bento. Selalunya bangun pagi tak jumpa bahan, masuk je la apa adanya dalam tupperware tu buat bekal :D

      Padam
  3. menariknya bento ayam brand leh buat ni kat anak2 nice idea

    BalasPadam
  4. Wah, good info kak. info ini boleh dijadikan rujukan ibu bapa yang lain dalam nak menyiapkan bekpes anak2x pagi before ke sekolah. terbaik kak. huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai jugak untuk awak lepas dah jadi ibu nanti..jangan malas buat bento anak tau. Hihi :P

      Padam
  5. tuna masak buat apa pun sedap..

    BalasPadam