Kena Kuarantin Alami Simptom Covid 19


Kena Kuarantin Alami Simptom Covid 19 | Ramai kawan-kawan sedia maklum yang suami saya bekerja dalam sektor kesihatan. Jadi apabila berlaku kes covid 19 di Malaysia dengan super spreader kes daripada jemaah tabligh, maka suami saya turut terlibat dalam usaha mencari Person Under Investigation (PUI) atau contact rapat kepada pesakit positif covid 19 yang terdapat di sekitar daerah Kuala Nerus Terengganu.


Pada awalnya saya tak berapa risau memandangkan suami beritahu yang sepanjang proses dijalankan, dia mengenakan suit PPE lengkap dari kepala ke kaki. Dia juga maklumkan telah diberi suntikan wajib untuk mengelakkan dari terkena sebarang jangkitan virus (btw ini bukan vaksin untuk corona virus). Jadi hati isteri yang duduk di rumah menunggu suaminya pulang selepas kerja tidaklah terlalu gundah gulana.


Suami Rasa Nak Demam - Hari Pertama


Hati saya hancur berkecai apabila selepas hari ketiga bermula usaha mengesan PUI, suami yang sedang menonton tv bersama kami sekeluarga beritahu yang dia rasa nak demam. Petangnya sebaik sampai ke rumah, suami telah maklumkan kepalanya sakit namun saya tak risau sangat kerana dia memang selalu sakit kepala tiap kali pulang dari tempat kerja. Tapi hati jadi risau bila suami sebut nak demam kerana salah satu antara simptom covid 19 adalah demam.


Disebabkan kami dah mula dup dap risau jika ada sebarang perkara tak diingini berlaku, jadi pada malam tersebut, kami sepakat untuk tidur di bilik berlainan bagi mengurangkan risiko jangkitan pada anak-anak (sekiranya ada). Suami tidur di bilik tetamu berseorangan. Meskipun begitu, kami masih bersentuhan tangan dan menghabiskan masa bersama menonton tv dan suami masih bermain dengan anak-anak.


Sakit Kepala- Hari Kedua


Keesokan harinya suami ke tempat kerja dan saya lakukan rutin harian seperti biasa. Perintah Kawalan Pergerakan tak terguna pakai oleh pekerja dalam sektor kesihatan, jadi rutin harian kami berlalu seperti biasa. Saya bersalaman tangan dengan suami di muka pintu sebelum melambainya pergi ke pejabat serta menyambutnya pulang seperti biasa. Suami maklumkan telah makan panadol di pejabat kerana sakit kepala dan kami masih tidur berasingan pada malam itu. 


"Abang Sakit Tekak, Rasa Susah Nak Nafas"- Hari Ketiga


Hari ketiga jatuh pada hari cuti Israk Mikraj, suami masih perlu bekerja seperti biasa. Seawal pagi ke tempat kerja dan selamat pulang ke rumah pada waktu Maghrib. Usai siap membersihkan diri dan solat maghrib, kami habiskan masa menonton tv bersama. Suami beritahu seperti ada sesuatu yang tak kena pada tekaknya. Dengan menggunakan torchlight, saya suluh ke bahagian tekak suami namun tak nampak apa-apa kesan seperti bengkak atau luka.

Kena Kuarantin Alami Simptom Covid 19

"Macam ada benda kat tekak abang, rasa macam tersekat. Dada abang pun sakit ni, susah nak nafas sikit". Betapa takutnya hati saya bila suami cakap begitu. Isteri mana yang tak risau bila setiap hari dihidangkan dengan kes peningkatan jumlah pesakit covid 19 dan suami pula adalah salah seorang yang bertanggungjawab mencari contact rapat kepada kes positif tersebut. Sekarang, suami dah ada hampir kesemua simptom biasa bagi pesakit covid 19 iaitu demam, sakit tekak dan kesukaran bernafas :(


Menjadi frontliner memungkinkan mereka juga mudah mendapat jangkitan sekaligus merisaukan hati saya. Risau kerana melalui pembacaan saya, anggaran kes kematian yang berlaku melibatkan pesakit positif covid 19 adalah sebanyak 20%. Saya juga bimbang sekiranya anak-anak terdedah kepada risiko itu. Jadi saya cadangkan suami ke hospital untuk buat check up samada suami positif atau tidak.


Dapat MC 5 Hari dan Perlu Kuarantin Seorang Diri


Tak tunggu lama kerana suami juga bimbang, jadi dia ke hospital berseorangan pada jam 9 malam. Pulang ke rumah pada masa saya dan anak-anak sudah tidur dan dia mulakan kuarantin di bilik tetamu seorang diri. Kami berhubung dengan menggunakan whatsapp dan segala makan minumnya perlu di hantar ke bilik. Suami hanya buka pintu sekejap dan bercakap dengan menggunakan mask di muka. 


Kami perlu jarakkan diri sekiranya ingin bercakap, suami di dalam bilik dan saya berada 1meter di luar bilik. Segala bekas makanan suami  perlu dibasuh dengan menggunakan glove dan baju-bajunya dibasuh berasingan. Kami masih belum terima laporan daripada hospital mengenai simptom suami namun saya sangat berharap keputusannya nanti negatif covid 19.


Tiada pelukan, tiada alas bantal perutnya, tiada ciuman, tiada tangan yang mengurut kaki saya setiap kali saya mengadu penat dan ada anak-anak yang tengah rindukan abi mereka untuk main bersama. Saya juga kini sudah naik pangkat menjadi ketua keluarga interim. Urusan membeli barang rumah, buang sampah ke tong sampah besar, di samping tugasan biasa seorang isteri iaitu memasak, menjaga anak-anak dan menguruskan hal rumah jatuh di bahu saya seorang. Penat namun saya amat berharap suami baik-baik sahaja. Sesungguhnya saya sangat sayang kepadanya.


Stay Home and Be Safe


Jadi buat mereka yang masih degil ingin keluar rumah pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuatkuasa, mohonlah jangan jadi selfish dan pentingkan diri sendiri sangat ya. Tak kisahlah awak duduk di Mont Kiara dan tiap hari suka berjoging atau awak cuma budak Kampung Padang Midin yang suka keluar lepak tiap petang, fikirkan pasal keselamatan diri orang lain walaupun awak tak berapa sayangkan diri sendiri.


Orang lain terutamanya golongan frontliners terpaksa bertungkus-lumus untuk selamatkan nyawa mereka yang positif covid 19 hingga tak sempat menunaikan solat pada waktunya dan terpaksa qada dalam keadaan kritikal, malahan ada yang terpaksa sewa rumah berjauhan dengan anak bini sebab takut merbahayakan keluarga, eh awak senang-senang nak berjoging sana sini sebab jalan clear tak ramai orang. Sombong betul kan perangai tu.


Geram tau golongan camni tapi taknak membebel banyak-banyak, dah besar panjang kan semua boleh fikir sendiri. Semoga dalam masa terdekat vaksin untuk covid 19 berjaya dicipta dan virus corona ni akan hilang lenyap terus dari muka bumi. In shaa Allah aamiin..sama-samalah kita berdoa dan lakukan solat hajat pohon pada Allah serta jangan lupa untuk sentiasa bertaubat. Takut tak sempat bertaubat, Allah dah tarik nyawa pula :(


Tapi satu perkara yang saya masih geram lagi, lambat betul result nak keluar. Dah masuk hari keenam suami kena kuarantin kerana alami simptom covid 19 tapi keputusan samada positif atau negatif belum dapat lagi. Lambat betul tau. Patutlah tiap kali update negeri yang positif kes covid 19 di Terengganu asyik cantik je result, padahal result test tak dapat-dapat. Negeri lain dah update, kita tak dapat-dapat lagi ni ha..pishaangggggg...

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Semoga awak, suami dan anak-anak terhindar dari wabak bahaya. doa semuanya sihat. update lagi nanti ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah suami negatif diah, terima kasih tau untuk doa :*

      Padam
  2. i hope he'll get well soon. in shaa Allah. اَÙ…ِين ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†
    be strong akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah he's negative Ray. Thanks for the du'a :*

      Padam
  3. allahuakhbar. yang baca pun rasa seram apa lagi yang melalui. mudah2 cepat sembuh dan jauhla dari ujian ni.

    take care yaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah suami negatif, thanks awak untuk doa. Take care juga ya :*

      Padam
  4. Semoga negatif result test tu. Be strong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks akak untuk doa, alhamdulillah result suami keluar negatif :*

      Padam
  5. Saya ikut prihatin atas kejadian ini dan mendoakan suami kak Nurzarini cepat pulih kembali kesehatannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah result suami negatif, thanks awak untuk doa :)

      Padam
  6. Asalam, simpati..banyakkan bersabar ya. Berdoa sungguh2 pada Allah..pasti Allah mendengar doa orang beriman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wak, terima kasih untuk doa ye. Alhamdulillah result suami negatif :)

      Padam
  7. Semoga dipermudahkan segala urusan dan keputusan tu negatif. Aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah suami negatif, thanks awak untuk doa :*

      Padam
  8. skrg lg risau. bimbang gelombang kedua. mrk yg br blk dr luar negara cuma kuarantin dlm rumah je sedang kn covid sblm ni tersebar dlm negara melalui org yg msk ke negara kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betulla wak, virus dah bermutasi sekarang dengan 10x ganda lebih cepat menjangkiti manusia. Memang sekarang lebih cepat effectnya, risau nak keluar..

      Padam