Pelembap Muka Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature


Sudah agak lama saya tidak buat review produk kecantikan di blog. Akibat kesan alahan daripada produk kecantikan yang pernah diterima sebelum ini, membuatkan saya takut untuk mereview sebarangan produk lagi. Jadi apabila ditawarkan untuk membuat review produk pelembap muka untuk kulit kering yang bersifat water based dari HANSAEGEE NATURE, sangat berat hati saya hendak menerimanya.


Pelembap Muka Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature

Perasaan was-was dan bimbang tentulah bermain di minda. Bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kesan alergik sekiranya produk tidak serasi dengan kulit wajah, malahan juga blog saya boleh ditutup oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya produk kecantikan yang diiklankan mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya dan tidak berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bukan hal yang ringan kan?

Pelembap Muka Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature

Namun setelah saya mula buat sedikit bacaan di laman web dan membaca testimoni pengguna, terus hati saya yakin untuk menggunakan moisturizer water based dari Hansaegee Nature. Malahan kini, rasanya saya telah mula jatuh cinta dengan produk pelembap muka yang diberi nama Aqua Whitening Cream ini! Amat serasi dengan kulit wajah dan saya dapat melihat kesan positif di kulit saya kini.

Hansaegee Nature


Hansaegee Nature merupakan suatu jenama yang agak asing bagi diri saya. Jadi sebelum mula membuat review, saya selidik dahulu dimana letaknya kedai fizikal Hansaegee Nature untuk dapatkan keyakinan sebelum menggunakannya namun tidak saya temui. Walaubagaimanapun, banyak testimoni dan video pengguna yang saya temui berkenaan pelembap muka untuk kulit kering Hansaegee Nature ini di internet. Pelik kerana tiada kedai fizikal, jadi saya tanya secara langsung kepada pekerjanya. Oh, patutlah tiada kedai fizikal..


Pelembap Muka Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature


Rupa-rupanya Hansaegee Nature merupakan jenama kedai online yang menjual produk kecantikan dan penjagaan kulit 100% daripada Korea. Telah berada dalam pasaran Malaysia selama lebih daripada 8 tahun, produk kecantikannya telah menerima kelulusan daripada KKM. Jadi, jika saya cuba cari kedai fizikal Hansaegee Nature, memanglah tidak akan jumpa kerana ia hanya beroperasi secara online sahaja.

Pelembap Aqua Whitening Cream


Saya amat teruja setiap kali melihat titis air yang terbentuk selepas menggunakan pelembap muka Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ini. Pakai krim tapi titis air terbentuk? Betul! Perkataan aqua itu sendiri membawa maksud air yang menunjukkan ciri-ciri yang terdapat pada Aqua Whitening Cream. Tidak berminyak, tidak melekit dan mudah meresap ke dalam kulit wajah, moisturizer water based ini juga berbau wangi, memberi saya rasa tenang setiap kali menggunakannya.


Kandungan Utama


Kandungan utama yang terdapat dalam Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream adalah minyak biji Camellia Japonica yang memang terkenal sejak dahulu lagi dalam bidang kecantikan dan perubatan tradisional. Minyak ini dikatakan mampu mengekalkan kelembapan wajah dan menembusi ke bahagian lapisan kulit yang paling dalam untuk melindungi selnya.


Mengandungi paras asid lemak penting yang tinggi dalam minyak biji Camellia Japonica membantu menghalang kehilangan air dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan pencemaran alam sekitar. Oleh sebab itu tidak hairanlah mengapa Aqua Whitening Cream ini mudah meresap ke dalam kulit wajah dan mampu membaik pulih semula sel kulit yang telah rosak.

Pelembap Muka Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature

Selain itu, Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream juga mengandungi Niacinamide atau juga dikenali sebagai Vitamin B3 yang membantu melambatkan proses penuaan kulit. Seperti diketahui umum, Niacinamide bertindak sebagai sistem pertahanan pertama untuk melindungi kulit wajah daripada kesan kerosakan akibat pencemaran serta pendedahan terhadap sinar UV berlebihan.


Bukan itu sahaja, Niacinamide juga berperanan membaiki tanda-tanda kerosakan lampau yang menyebabkan kulit kelihatan lebih tua dan tidak berseri. Ia juga mengurangkan masalah garis halus pada wajah, mengatasi masalah pori terbuka, tona kulit tidak sekata, mengawal penghasilan sebum berlebihan serta menganjalkan kulit wajah yang kendur.

Pelembap Muka Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature

Kebaikan


Keistimewaan yang terdapat pada bahan utama daripada minyak biji Camellia Japonica dan Niacinamide membolehkan pengguna mendapat manfaat hasil daripada pemakaian pelembap muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Antara kebaikan tersebut adalah:


➤ Tidak menyumbat liang pori-pori dan tidak menyumbang kepada pembentukan jerawat.
➤ Membaiki kesan kemerahan akibat masalah sunburn
➤ Mengekalkan kelembapan dan mencegah kehilangan air pada kulit wajah
➤ Melindungi kulit daripada kerosakan kesan akibat UV dan pencemaran
➤ Meresap ke dalam lapisan kulit wajah untuk membaiki sel rosak
➤ Mengawal pembentukan minyak/ sebum berlebihan pada kulit wajah
➤ Menganjalkan dan melambatkan proses penuaan kulit


Cara Penggunaan Moisturizer Water Based Hansaegee Nature : Aqua Whitening Cream


Pelembap muka Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream yang bersifat water based ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, malah amat sesuai digunakan dalam keadaan cuaca panas sekarang kerana ia bukan sahaja melembap dan menghidratkan, malah memberi rasa sensasi sejuk dingin setiap kali dioles pada wajah. Hanya perlu sapukan sedikit krim pada wajah dan urut secara bulatan sebelum ditepuk kecil selama beberapa saat.


Pembentukan titis air akan muncul pada wajah dan jari menandakan penyerapan pantas kini mula berlaku. Penggunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream akan memberi kesan terbaik sekiranya digunakan sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Sapu dua lapisan pada waktu malam bagi meningkatkan kadar perlindungan kulit ketika sedang tidur.

Pelembap Muka Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature

Review Saya 


Kini saya telah mula jatuh cinta dengan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream. Saya telah merancang untuk membuat belian semula sekiranya krim yang saya gunakan ini habis. Tak mungkin habis terlalu cepat? Mengapa tidak kerana suami saya juga turut berkongsi menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream kepunyaan saya!

Pelembap Muka Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature

Saya mempunyai masalah kulit kering pada masa ini dan terdapat beberapa biji milia timbul di bawah mata. Oleh sebab itu, saya mengelakkan pengambilan pelembap dalam rutin harian kerana bimbang pelembap yang berminyak akan memberi rangsangan kepada biji milia untuk tumbuh dengan lebih cepat. Ini mengakibatkan banyak garis halus muncul dan proses penuaan tampak ketara di wajah saya.


Setelah penggunaan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream, kesan ketara yang dapat saya lihat pada kulit wajah adalah garis halus berkurangan dan wajah saya kelihatan lebih lembap dan anjal. Setiap kali saya terlupa untuk menggunakan pelembap muka Hansaegee Nature, saya boleh melihat perbezaan dari segi kekeringan kulit wajah dan keanjalannya. 

Faktor peningkatan usia yang semakin bertambah menyebabkan saya germbira melihat hasil positif sebegini pada wajah saya, nampak muda kan siapa yang taknak?


Bagaimana Cara Mendapatkan Aqua Whitening Cream?


Memandangkan Aqua Whitening Cream tidak dijual di kedai fizikal, jadi saya boleh mendapatkan produk keluaran Hansaegee Nature ini melalui atas talian. Hanya perlu ke laman web di bawah untuk melihat senarai produk yang dijual dan harga bagi setiap satu produk yang ditawarkan.


➤ Brand: Hansaegee Nature

Pelembap Muka Untuk Kulit Kering - Moisturizer Water Based | Hansaegee Nature

Jika masih ragu-ragu untuk mencuba produk Hansaegee Nature, apa kata lihat video pengguna di laman youtube atau baca testimoni pengguna yang telah dikongsikan di laman web. Saya pasti awak akan sangat berpuas hati dengan kesan positif selepas penggunaan pelembap muka untuk kulit kering Hansaegee Nature ini.


Saya tidak perlu risau lagi untuk mencari pelembap wajah untuk kulit kering saya selepas ini. Moisturiser water based dari Hansaegee Nature melengkapkan koleksi penjagaan muka harian saya. Terima kasih Hansaegee Nature!

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Balasan
    1. Best, maybe sebab serasi dengan kulit saya. Tapi memang best! Haha..

      Padam
  2. best pakai kalau jenis aqua ni sebab cepat meresap tak rasa melekit bila apply dekat kulit muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, betul tu. Nak pakai bawah mata pun tak risau takut jadi milia ke apa kan.

      Padam
  3. Balasan
    1. Best guna ni Ada, kalau nak tester..mai datang rumah. Hihi

      Padam
  4. ooh baru tau hansaegee takde jual dekat kedai fizikal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru tau wak, saspen je nak try mula2 sebab cari kedai tak jumpa2..dah pakai memang puas hati..

      Padam
  5. Wahh, dah boleh jadi influencer dah ni kak! hehe thanks for the review ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahha..tanak, tanak. Akak lebih berminat jadi makcik2 je dik..

      Padam
  6. berseri-seri laa ahkak kite lps ni ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala, pastu sebelum ni tak berseri ke? (tanya soalan gedik) Haha..

      Padam