Activiti Cuti Sekolah Hujung Tahun Anak Tadika | Hanya tinggal 17 hari sahaja lagi sebelum sesi persekolahan tahun 2020 bermula. Tak sanggup membayangkan Auni yang kecil akan mula menginjak ke usia baru dan pasti akan kembali sibuk selepas ini.
Setiap hari bersama walau kadang perangainya menaikkan amarah namun saya masih seorang ibu yang bersifat protective, rindukan anak apabila jauh di sisi. Oleh sebab itu saya rancang cuti sekolah hujung tahun Auni dengan aktiviti yang sesuai untuk anak tadika seumpamanya lakukan supaya masanya terisi sempurna dan dia tidak kebosanan.
Aktiviti yang paling kerap saya lakukan bersama Auni adalah memasak dan membaca buku. Untuk menarik minat Auni membaca, saya bawa Auni ke perpustakaan setiap minggu dan pinjam buku dengan jumlah maksimum. Jadi, walaupun berada di rumah, saya masih boleh pastikan Auni membaca buku setiap hari.
Aktiviti Cuti Sekolah Hujung Tahun Anak Tadika
1. A Book A Day
Saya mulakan aktiviti A Book A Day sejak Auni mula pandai membaca. Wajib baca sebuah buku cerita kanak-kanak setiap hari di sebelah saya untuk saya mendengarnya. Apabila Auni sudah mula lancar membaca, saya wajibkan pula Auni membaca sebuah buku Bahasa Melayu dan sebuah buku Bahasa Inggeris setiap hari.
Bekalan buku? Pada awalnya, saya suruh Auni baca apa-apa buku yang terdapat di rumah. Apabila Auni semakin pantas membaca dan saya mula kehabisan buku untuk diberikan, saya bawa Auni ke perpustakaan untuk pinjam buku. Saya pilih buku yang nipis dan berilustrasi, serta komik dengan bahasa yang tidak keterlaluan untuk tarik minat Auni membaca.
2. Memasak
Bukan memasak makanan harian yang saya maksudkan. Ianya lebih kepada aktiviti membuat kuih dan baking. Antara kuih yang kami buat bersama adalah donat, jelly, cupcake dan brownies. Tugas Auni adalah meletakkan bahan-bahan yang telah saya sukat dan masukkan ke dalam bekas adunan. Manakala tugas mendeko pula akan dilakukan bersama oleh Auni dan Ameera.
Untuk aktiviti ini, dapur akan sedikit messy selepas proses membaking selesai. Agak memenatkan namun rasa penat hilang semasa melihat mereka berdua berselera menjamah hidangan yang siap disediakan. Anak-anak juga excited dan gembira walau hanya dengan mendeko kerana mereka juga boleh curi-curi makan coklat hiasan :D
3. Kraf Tangan Mudah
Untuk aktiviti kraf tangan mudah, saya buat carian sumber di Google terlebih dulu dan dapatkan bahan alat bantu mengajar (abm) di kedai Eco kerana harganya yang murah. Banyak aktiviti kraf yang kami lakukan bersama. Antaranya :
a) Muka manusia
4. Tanam Pokok
Sebenarnya aktiviti ni sudah lama saya buat cuma sebelum ini hanya saya seorang yang menanam. Malas saya lihat Auni mengotorkan baju dan tangan untuk tanam pokok kerana pada akhirnya saya juga yang akan kena mandikannya. Tapi sejak Auni dah besar ni, saya mula ajak Auni buat aktiviti menanam bersama. Auni excited setiap kali lihat pokoknya dah mula tumbuh dan bercambah. Saya pun gembira lihat pokok semakin banyak di rumah.
Proses percambahan pucuk keluar daripada tanah adalah amat mengujakan bagi kanak-kanak tadika seperti Auni. Saya selitkan juga sedikit ilmu ketika proses ini berlaku dengan memberitahu bahawa benda hidup memerlukan perkara asas untuk kekal hidup dan pergerakan pucuk dan akar berbeza disebabkan oleh rangsangan yang berbeza. Mudah.
5. Alat Bantu Mengajar (ABM)
Kehadiran abm amat membantu terutama sekali untuk menarik minat kanak-kanak tadika belajar perkara baru. Sebagai contoh, jika saya beritahu magnet mempunyai sifat menarik dan menolak tanpa bantuan abm kepada Auni, pasti susah hendak dibayangkannya. Oleh sebab itu, saya dapatkan abm yang murah dan comel di kedai Eco dan Mr.DIY sebagai membantu proses pembelajaran dan bermain Auni.
6. Bermain di Luar
Selain habiskan masa di rumah dengan aktiviti bersama, saya juga bawa Auni bermain di luar. Cuti sekolah hujung tahun kan, takkan asyik terperuk saja di rumah..kesian mereka kebosanan. Jadi sesekali saya bawa Auni dan Ameera ke taman permainan berdekatan untuk bermain. Selain itu, saya juga bawa Auni ke perpustakaan untuk sertai kelas aktiviti yang dianjurkan.Ada juga beberapa badan swasta yang mengajurkan kelas atau aktiviti buat kanak-kanak tadika seusia Auni sempena cuti sekolah hujung tahun ini. Antaranya adalah Kid's Play Mania yang mengadakan kelas baking dan bermain untuk si kecil. Saya juga bawa Auni bermain di Animation Planet dan jika ada kesempatan, mungkin saya boleh bawa Auni ke Pusat Kreativiti Sains lagi sebelum sesi persekolahan bermula.
Banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan surirumah seperti saya untuk habiskan masa bersama anak tadika tanpa belanja besar sempena musim cuti sekolah hujung tahun ni. Tapi bagi ibu yang keterbatasan waktu untuk buat aktiviti bersama anak-anak, usah risau. Tengok anak-anak membesar dengan sihat dan baik itu pun sudah cukup menggembirakan. Semoga anak-anak kita membesar jadi manusia berguna dan berjaya pada masa hadapan. In shaa Allah, aamiin..
Baca juga >> Wajibkah Hantar Anak ke Tadika?
22 Ulasan
Aktiviti-aktiviti yang menarik dan menyeronokkan untuk anak-anak. takdelah boring cuti sekolah tanpa aktiviti.
BalasPadamItulah emak sibuk duk plan aktiviti cuti sekolah ni, risau anak boring pulak kat rumah wak..
PadamRajinnya rini buat program dengan anak-anak. Akak tggu dua beradik ni besar sikit boleh buat aktiviti macam ni
BalasPadamHa..lagi senang akak sebab ada pembantu kakak dah besar kan. Nanti baby besar sikit boleh plan aktiviti sama2
PadamSeronoknya layan anak2 buat aktiviti masa cuti sekolah.
BalasPadamSaya dok simpan impian yang sama tapi asyik tertangguh je. :(
Rasa nak eksport Maryam gi tempat Auni.
Eh, jangan2..nanti Maryam jadi mangsa pelukan Auni dengan adik dia pulak kat rumah ni :D
Padamcomel je chef cilik masak cup cake dgn donut... kalau anak abuya tengok ni mesti nak tiru
BalasPadamApa lagi abuya? Bolehla ajak si cilik abuya main chef2 lepas ni..
PadamBagusnya aktiviti2 fizikal macam ni. Especially part pergi perpustakaan tu. Teringat zaman kanak2 dulu, memang muka ni je la hari2 dekat library kalau cuti sekolah.
BalasPadamKita geng lah, gimme five! Baca buku kat pustaka la moment paling best sebab takde orang kacau, sunyi pulak tu..
Padamseronok aktiviti sepanjang cuti diorang :)
BalasPadamHarap tahun ni mak masih rajin nak plan aktiviti cuti sekolah diorang ni lagi..
PadamSemua aktiviti tu menarik. Suka betul tengok chef cilik tu. Selamat tahun baru 2020. Semoga Auni semangat kembali ke sekolah. =)
BalasPadamSelamat tahun baru 2020 wak..alhamdulillah anak dara tu semangat lagi nak pi sekolah tahun ni. Harap berpanjangan lah..
Padambestnye masak n buat cupcake sama2.
BalasPadamRay nak join masak sama2? Jom mai main chef dengan kitorang la..havoc sikit..
PadamWah bagus pupil minat membaca Dari kecil lg
BalasPadamNak biarkan dia terbiasa membaca macam mak dia. Senang nak baca buku sama2 nanti :D
PadamWahhh bestnya!! aktiviti cuti Hana pun tak adventure macam ni ngehehe
BalasPadamEh, adventure ke? Haha..
Padammemang sangat best kalau ada anak-anak kecil ini...
BalasPadamtak lama lagi mereka akan membesar dan kita merindui saat-saat tersebut
Nak habiskan masa dengan mereka sebaiknya masa mereka kecil ni, bila dah besar tentu makin sibuk nanti. Semoga mereka membesar dengan baik..aamiin
Padam