Wajib ke anak 5 tahun dihantar ke tadika?
Saya selalu ditanya 'mengapa tak hantar kakak ke tadika?'. Memandangkan kakak telah mencapai usia 5 tahun dan berkelakuan agak matang, ramai yang kehairanan bila kakak masih belum bersekolah.
Saya selalu ditanya 'mengapa tak hantar kakak ke tadika?'. Memandangkan kakak telah mencapai usia 5 tahun dan berkelakuan agak matang, ramai yang kehairanan bila kakak masih belum bersekolah.
1. Belum sampai masanya ke tadika
Yang ni point utama. Dulu saya start belajar di tadika pada usia 6 tahun. Saya masih ingat hari pertama saya masuk ke sekolah, kawan-kawan sedang bermain plastisin. Saya excited tapi takut. Sehingga sesi persekolahan tamat pada akhir tahun, saya cuma dapat 3 bintang dari keseluruhan buku teks. Ramai rakan yang dapat lebih dari 10 bintang. Saya pada masa tu gembira dengan 3 bintang sampai menjerit-jerit. Sebaik sahaja masuk darjah 1, hari pertama saya masuk ke kelas saya dapat membaca tulisan yang digantung di dinding kelas. Yang peliknya secara automatik sedangkan saya tidak pandai membaca semasa di tadika dan sesi tahun 1 belum bermula. Saya dapat membaca sendiri tanpa bantuan guru atau kawan-kawan pada masa itu.
Jadi, saya taknak paksa kakak belajar pada usia sepatutnya hanya bermain. Saya mengajar kakak di rumah tapi dalam suasana santai dan bersahaja. Saya suruh kakak hafal ABC tapi tiada deadline. Kakak sepatutnya habiskan masa kanak-kanaknya dengan bermain, macam apa yang saya buat dulu. Saya mula ke sekolah pada usia 6 tahun dan mula lancar membaca pada usia 7 tahun. Kakak baru 5 tahun. Sudahlah sekarang pun kakak tak dapat bermain di luar macam zaman saya dulu. Saya tak mampu nak benarkan kakak bermain di luar kerana bimbang keselamatannya, takkanlah pula saya nak suruh kakak ke sekolah. Mana zaman kanak-kanak kakak yang sepatutnya bermain itu?
Hashtag saya bukan kejam..haha..
2. Nak habiskan masa bersama
Ini pun point yang kuat juga. Saya cuma ada masa dengan kakak pada usianya masih kecil ni. Apabila kakak dah start bersekolah, perlahan-lahan dia akan sibuk dengan pelajarannya dan saya pada masa tu akan hilang seorang kawan baik yang selalu bermain dengan saya. Masa yang ada untuk saya bersama kakak cuma 5 tahun sahaja. Bermula 6 tahun hingga ke universiti seterusnya berkahwin, dia tak akan jadi lagi seperti kanak-kanak sekarang yang selalu mengendeng tepi kaki saya. Jadi biarlah kakak habiskan masa dengan saya untuk satu tahun ini sahaja lagi.
3. Saya tidak bekerja
Saya seorang surirumah dan saya ada banyak masa di rumah. Meskipun kerja rumah takkan pernah habis tapi kerja menjaga anak adalah kemahiran saya. Saya suka bermain dengan mereka, menjaga dan memasak untuk mereka. Jadi tiada isu untuk saya jaga kakak sekarang. Lagipun kakak adalah salah seorang kawan baik saya selain suami yang selalu tiada di rumah. Saya enjoy habiskan masa dengan kawan baik walaupun kadang-kadang iman saya menipis jugak melayan kerenahnya yang mengada-ngada tu.
4. Saya suka mengajar
Saya pernah menjadi guru bagi kanak-kanak seawal usia 7 tahun sehinggalah dewasa yang berumur 20 tahun. Jadi saya ada sedikit ilmu yang boleh digunakan untuk mengajar kakak. Kanak-kanak seusia kakak perlu diajar dalam suasana menyeronokkan. Cipta suasana gembira, banyakkan aktiviti dan permainan. Saya percaya saya boleh lakukannya. Jika tiada idea, cari bahan di internet atau youtube. Jika tidak tahu teknik mengajar, boleh hadiri kelas. Yang penting di sini saya kena ada kesabaran yang tinggi. Kalau saya asyik rasa nak marah, saya takkan mengajar pada hari tersebut. Itu maknanya kakak kena cuti, kalau tak dia akan banyak kena marah dengan saya nanti. Haha..
Nanti saya kongsikan cara kami buat aktiviti di rumah tanpa kos yang tinggi, dengan hanya gunakan bahan terpakai.
Rasanya itu sahaja alasan mengapa tak hantar kakak ke sekolah pada usianya 5 tahun ni. Kesan sampingannya adalah dia selalu minta nak pergi sekolah sampai naik cemuh saya dengar soalan yang sama. Disebabkan kakak tidak ke sekolah, jadi saya tak perlu keluarkan duit untuk bayar yuran dan beli baju sekolah. Jadi saya gunakan duit tersebut untuk beli buku kakak dan alatan menulis yang lain.
Progress kakak?
Alhamdulillah kakak sudah hafal dan tulis A hingga Z tanpa merujuk buku. Kakak juga boleh tulis namanya dan nama panggilan kami di rumah. Dia sudah hafal doa makan, surah Al-Fatihah dan An-Nas. Kakak sangat suka mewarna dan melukis. Walaupun tidak ke sekolah, kakak masih boleh belajar di rumah. Jadi saya tiada masalah jika tidak menghantar kakak ke tadika.
Semoga kakak terus berjaya di dunia dan akhirat.

20 Ulasan
Terbaik.. smoga jd anak yg bijak nt..aamim
BalasPadamHttp://www.byshaz.blogspot.com
Aamiin..thanks LadyShah :)
PadamSetuju.. Anak2 kalau dapat didikan awal dari ibu bapa adalah lebih baik.. Insyaallah pahala sampai kat 'sana' kalau kita ajar anak2 mengenal alif ba ta..
BalasPadamIn shaa Allah ada ganjarannya Ejulz :)
Padamwahhhh
BalasPadambagus lah mengajar anak
jimat duit dan masa berkualiti bersama pun ada
Semoga anak-anak membesar dengan baik nanti..thanks Hans :)
PadamAlhamdulillah...sebenarnya bergantung pada pilihan ibu bapa sejak usia berapa untuk dihantar ke sekolah...ada yang memilih sedari usian 3 bulan sudah dimadukkan ke kelas tertentu....ada juga yang tidak ke tadika...umur 7 tahun terus masuk darjah satu...
BalasPadamSetuju.. bergantung pada ibubapa. Kalau rasa sesuai anak sekolah awal dan ada kekangan masa, apa salahnya hantar ke sekolah. In shaa Allah tahun depan kakak ke sekolah :)
PadamBagus la tu kak. Walau tak dihantar awal pon, asal ada ibu yg menjaga dan mngajar, itu lebih bagus kan. Selain dpt ajar dgn kebolehan diri sndiri, dpt jugak eratkn hubungan ibu dgn anak. Kan?
BalasPadamSetuju CikYan! Yang penting bonding time dengan anak tu paling penting :)
Padammembaca tentang anak-anak menyebakan hati terasa sayu dan pilu..
BalasPadambiasalah ujian berjauhan dengan anak-anak
Oh maaf ye up topik ni. Semoga Allah permudahkan urusan mrhanafi dan anak-anak..aamiin
PadamAlhamdulillah.. Semoga kakak akan sentiasa menghargai usaha sis.. Inilah masa yang tidak akan dapat ditukar ganti.. Setiap pilihan kita, tidak ada siapa pun yang boleh pertikaikan sebab setiap ibu dan ayah sentiasa mahukan yang terbaik buat anak-anak.. Sekurang-kurangnya pengalaman sis membantu sis mendidik kakak..
BalasPadamAlhamdulillah..kalau kakak tak sayang lagi taktau la. Tapi hasil dari pengalaman mendidik ni saya nampak cabang baru pulak yang saya boleh cuba teroka. Tak tau jadi tak, cuma Sha tolong doakan saya berjaya ye :)
PadamHana sokong sangat opinion akak heheh >_< kalau Hana pun mungkin akan buat perkara yg sama...
BalasPadamCuma ada limitation sikit untuk orang bekerja la Hana..akak pernah keje aritu, balik keje terus flat memang tak sempat tengok kakak belajar pun. So kalau Hana bekerja nanti, jangan paksa diri. Kalau jadi surirumah, ha..boleh cuba cara ni ye
Padampernah jugak baca artikel psikologi kanak2, jangan bebankan kanak2 dengan study kalau belum sampai waktunya. Zaman dia membesar ni biarkan dia main dulu & lebihkan aktiviti outdoor supaya ransangan dia bagus.
BalasPadamBetul tu..pernah jugak terbaca tajuk yang lebih kurang sama. Semoga anak-anak membesar dengan baik dan selamat hendaknya la kan
PadamBiar je anak-anak puas bermain
BalasPadamItu jugakla niat saya sebenarnya :D
Padam