Program Komuniti McDonalds Sumbang RM594,800 Bantu Rakyat Terengganu


Seiring dengan nilai teras dalam memberi semula kepada masyarakat, sejumlah RM594,800 telah disumbangkan oleh syarikat khidmat segera terkemuka iaitu  McDonald’s Malaysia demi meringankan beban golongan masyarakat yang kurang berkemampuan di Terengganu melalui Program Komuniti. 

Program Komuniti McDonalds Sumbang RM594,800 Bantu Rakyat Terengganu

Program Komuniti yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia pada setiap tahun ini bertujuan untuk mendekati masyarakat di samping menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat. Saya juga berpeluang untuk turut sama berada dalam majlis penyerahan cek sumbangan yang diadakan pada 24 November lalu bertempat di McDonalds Gong Badak, Terengganu.


Antara inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Terengganu termasuklah, pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah.


Majlis penyerahan sumbangan dan bantuan pek Kembali ke Sekolah ini turut menerima kehadiran beberapa orang dif-dif kehormat termasuklah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu Yang Berhormat Dato Haji Yahya bin Haji Ali mewakili YAB Dato Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar selaku Menteri Besar Terengganu dan Encik Saidi bin Salleh merangkap Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Program Komuniti McDonalds Sumbang RM594,800 Bantu Rakyat Terengganu

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonalds Malaysia, Encik Azmir Jaafar, McDonalds sebagai syarikat terkemuka dengan reputasi yang kukuh di Malaysia amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat serta sentiasa memainkan peranan ke arah mewujudkan impak positif kepada masyarakat, terutama di sekitar kawasan operasi.


Agihan Zakat Perniagaan McDonalds Malaysia


McDonalds Malaysia merupakan syarikat perniagaan pertama di Malaysia yang telah menerima pengikhtirafan Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Pada tahun ini McDonalds Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Terengganu dengan menyempurnakan bayaran zakat berjumlah RM101,000.


Sejak diambilalih oleh Lionhorn Pte.Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi sejak tahun 2017, McDonalds sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam telah mula melaksanakan tuntutan mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan.


Inisiatif Pekerjaan untuk Belia Melalui SLDN McDonalds


Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonalds merupakan suatu program latihan yang berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonalds seluruh Malaysia dan 30 peratus pembelajaran teori di bilik darjah.


Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD), Kementerian Sumber Manusia sebagai salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda dan aspirasi negara.

Program ini merupakan sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan McDonalds Malaysia untuk membantu belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program, mereka layak bekerja di restoran McDonalds.

Program Komuniti McDonalds Sumbang RM594,800 Bantu Rakyat Terengganu

Setakat ini, terdapat seramai 650 pelatih sedang menjalani latihan SLDN McDonalds. Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma. McDonalds Malaysia amat mengalu-alukan penyertaan para belia dari negeri Terengganu untuk menjadi pelatih program SLDN McDonalds.


“Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing”, ujar Encik Azmir.


“Program Kembali ke Sekolah”


Seramai lebih daripada 1,900 orang kanak-kanak dari 65 sekolah di seluruh negeri Terengganu menerima pek “Kembali ke Sekolah” pada tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonalds Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonalds Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Program Komuniti McDonalds Sumbang RM594,800 Bantu Rakyat Terengganu

Dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta, Program “Kembali ke Sekolah” 2019 ini merupakan program yang terbesar setakat ini sejak dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu. Melalui program ini, seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek “Kembali ke Sekolah” menjelang tahun persekolahan 2020.


Pada tahun 2018, McDonalds Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek “Kembali ke Sekolah” bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Manakala pada tahun 2017 pula menyaksikan McDonalds dan RMHC membantu seramai 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.


Pek “Kembali ke Sekolah” yang bakal diagihkan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada McDonalds Malaysia serta RMHC Malaysia atas usaha murni membantu rakyat kurang berkemampuan di Terengganu melalui Program Komuniti. Sekiranya anda berminat untuk menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan RMHC Malaysia, sila hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. bagusnya memberi kepada yang memerlukan

    BalasPadam
  2. Bagus mcd adakan bantuan sebegini.. eh.. Comel awak.. mcm cikgu sekolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, eh..saya harap saya jadi guru besar wak..tapi cikgu pun bolehla :P

      Padam
  3. Program yang bagus dan sangat membantu mereka yang memerlukan bantuan persekolahan anak anak.

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Kan, semoga dapat diperluaskan lagi program seumpama ni..

      Padam
  5. usaha murni yang mesti dicontohi semua pihak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, jadi perintis untuk bantu insan yang memerlukan..

      Padam
  6. Alhamdulillah ade juge rezeki untuk anak-anak yang memerlukan di negeriku ini Terengganu

    BalasPadam