Macammana Cara Nak Elak Copy Paste Artikel di Blog

Perasan tak artikel yang kita tulis di blog mudah di copy paste oleh orang lain? Mudah kerana kita tak letak sekatan. Kalau kita dah sekat awal-awal, maknanya payah la sikit orang nak copy artikel yang kita tulis. So jom kita belajar macammana cara nak elak orang copy paste artikel kita di blog.


Sebenarnya sebelum saya tukar template latest ni, saya memang dah edit kod html untuk block sebarang aktiviti copy paste artikel di blog ini. Tapi selepas tukar template, saya lupa nak letak balik kod html tersebut. Makanya ternampak lah saya beberapa artikel saya dah masuk ke blog orang lain beserta pakej sekali dengan gambar.

Macammana Cara Nak Elak Copy Paste Artikel di Blog

Kalau dulu memang saya akan letak watermark di setiap gambar tapi sejak kekangan masa makin bertambah ni, tak sempat pula nak letak watermark. Jadi kalau gambar kena curi tu memang salah saya tapi kalau artikel kena plagiat tu terasa geramlah jugak. Geram sebab saya sendiri tak cuba elak.


Penat tau fikir ayat panjang-panjang hingga 1000 patah perkataan, kemudian senang-senang je di copy paste oleh orang lain atas alasan nak share pada orang ramai. Jika nak share, boleh je tekan butang share yang ada di bawah artikel. Tak perlu susah nak copy paste kan?


Jadi marilah kita mula buat sekatan pada mereka yang suka buat plagiarism ni. Btw, plagiarism tak baik tau. Berdosa. Sementara masih hidup ni, elakkan buat dosa. Sebab amalan kita pun tak banyak mana kan. Iklan sat, semoga dosa kita diampunkan..aamiin..


Disable Right Click?


Ramai blogger yang guna cara disable right click dengan harapan nak elakkan artikel di plagiat. Walaubagaimanapun, setelah saya cuba cara ni, ternyata artikel masih lagi boleh di copy paste walaupun right click dah disable. Apa susah, tekan je CTRL+C di keypad untuk copy dan paste dengan CTRL+V. Cuba buat, jadi tak?

Macammana Cara Nak Elak Copy Paste Artikel di Blog

Jadi sebenarnya cara ni agak tak sesuai untuk elakkan artikel di copy paste kerana cuma fungsi pada tetikus je yang disekat tapi masih boleh di plagiat dengan menggunakan keypad. Cuma kalau letak disable right click ni nampak cantik sikit lah sebab keluar note amaran kat skrin blog nanti dan orang tak boleh nak simply right click untuk copy artikel.


Nak disable right click? Boleh, ini caranya. Credit buat lanunsepet.blogspot.


Cara Disable Right Click

1. Klik masuk ke blogger dashboard > Klik Layout
2. Klik Add a Gadget dan pilih HTML/ JavaScript
3. Copy kod di bawah dan paste pada bahagian content. Save.
<script language="JavaScript">
<!--
var message="Function Disabled!";
///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}
function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false;
}
}
}
if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}
document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")
// -->
</script>

Bahagian tajuk boleh abaikan. Tapi saya letak sikit ayat nak kasi cantik pada blog sebab kotak tajuk akan keluar pada blog nanti. Pada bahagian yang bertanda kuning, boleh letak ayat yang awak nak keluar di skrin nanti.

Macammana Cara Nak Elak Copy Paste Artikel di Blog

Tapi fungsi disable right click ni tidak membantu seratus peratus untuk elak artikel di copy paste okeh. Artikel masih boleh di copy paste dengan menggunakan keypad. Jadi kalau taknak kena plagiat oleh si penekan keypad..boleh guna cara kat bawah ye..


Tambah Kod Sekatan pada HTML 


Cara ni tak susah sebenarnya tapi kena hati-hati bagi yang tak biasa. Sebab kalau tersalah delete atau tambah huruf walau satu aksara pun pada ruangan HTML boleh menyebabkan blog kita rosak. Tapi kalau ikut step-by-step kat bawah, in shaa Allah senang je.


Btw cara ini saya dah buat dan terbukti dapat mengelakkan artikel di copy paste kerana fungsi CTRL+C dan CTRL+V pada keypad dah disekat. Kalau tak percaya, cuba copy dan paste artikel saya ni dengan gunakan keypad, boleh tak? Btw credit pada blog masterxmyb.blogspot sebab kongsi ilmu ya.


Cara Disable Copy Paste di HTML


1. Log masuk ke blogger dashboard > Klik Theme > Klik Edit HTML
2. Klik pada bahagian content, kemudian dengan menggunakan keypad, tekan CTRL+F
3. Kekotak carian akan kelihatan dan masukkan kod ini di dalam kotak tersebut
<head>
4. Tekan Enter
5. Kemudian copy kod di bawah dan paste pada bahagian atas <head> sebelum ini
<!-- Disable Copy and Paste-->
<script language='JavaScript1.2'>
function disableselect(e){
return false
}
function reEnable(){
return true
}
document.onselectstart=new Function (&quot;return false&quot;)
if (window.sidebar){
document.onmousedown=disableselect
document.onclick=reEnable
}
</script>
6. Dah siap? Save.


Btw semua kod dalam blog saya ni boleh di copy paste. Jadi kalau awak nak buat cara kat atas, just copy je dan paste di blog awak ye. Kalau nak share dengan pembaca pun boleh, saya halalkan ilmu yang saya pun baru dapat dari orang ni. Cuma tak boleh copy artikel la sebab saya dah sekat..hehe.


Update Terkini
Saya tidak lagi menambah option ini ke blog untuk mengelakkan masa load page menjadi lambat.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. copy paste blog ni mmg dr dulu bermasalah. sy cuma buat disable right click je. then lg satu, artikel pula lbh kpd bersifat peribadi. kalau general mgkn lbh sng kn copy paste kot

    BalasPadam
  2. alhamdulillah sangat bermanfaat. tapi tu lah, kadang buat lah apa pun, boleh juga di copy paste nya. huhuhu

    BalasPadam
  3. Fiza pun buat perkara yang sama dgn awak kongsikan..

    BalasPadam
  4. memang laa orang yang kopipes ni adoiyaii..

    BalasPadam
  5. kdg2 saya rasa disable right clik ni nyusahkan saya juga tapi bagus utk protection blog kita kan

    BalasPadam
  6. perkongsian yang baik. dulu pernah jumpa 1 blog, dia copy sebijik2 semua artikel saya.. geram gila..

    BalasPadam
  7. eh, macam boleh je copy paste artikel ni guna mouse dan juga keyboard.
    Dulu kisah juga bab ni, sekarang dah malas fikir..janji kongsi benda baik baik okaylah.

    BalasPadam
  8. perkongsian yang baik, tapi kalau perkongsian yang baik dan bermanfaat tu kak ana okay je bergantung pada matlamat si peng copy paste tu kalau niatnya nak cari duit dengan cara ni tanggung lah sendiri di sana esok kan, kalau ambil yang baik dgn niat di kongsikan dan di panjangkan itu satu kebaikan juga, in shaa allah

    BalasPadam
  9. dulu selalu kena copy and paste ..

    sekarang sudah kurang kerana artiikel kurang menarik kot

    BalasPadam
  10. Sy baru seminggu buat blog nak masuk Google AdSense tu x dapat lagi

    BalasPadam