Tips Travel dengan Anak Kecil : Barang Penting Yang Perlu Dibawa


Tips Travel dengan Anak Kecil | Travel bersama keluarga bukanlah suatu perkara yang mudah terutama buat mereka yang mempunyai anak kecil yang berumur setahun dan ke bawah. Percutian bersama anak kecil mestilah dilakukan dengan teliti dan teratur untuk memastikan semua yang turut berada dalam perjalanan berasa gembira dan enjoy. Yang penting, ibu bapa juga tidak stress sepanjang percutian.

Tips Travel dengan Anak Kecil

Kali ini saya nak share tips travel dengan anak kecil, apa barang penting yang perlu dibawa ketika perjalanan semasa dalam percutian. Bila emak tidak panik dan stress sepanjang perjalanan, percutian pun akan jadi lebih menyeronokkan.


1) ALAT HIBURAN, TOYS ATAU EDUCATION TOY MUDAH TRAVEL


Semasa sedang packing baju, emak jangan lupa untuk bekalkan bersama satu atau dua buah toys untuk anak bermain ketika dalam flight atau sepanjang travel. Untuk membantu emak supaya anak tenang dan tenteram sepanjang percutian, emak boleh bekalkan gadget informatif seperti Ebookku Islamic, Buku Islamic Berbunyi dan Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop


Gadget seperti ini akan membuatkan anak leka untuk meneroka sesuatu perkara baru. Selain itu, ia juga berinformatif dan menghiburkan. Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop sebagai contoh, dapat membantu menenangkan anak dengan fungsi white noise untuk bayi di bawah usia sebulan, lullaby (lagu dodoian anak) ketika bayi ingin tidur serta terdapat fungsi butang alunan dengan bunyian pantai yang mampu menenteramkan mood bayi sekaligus membawa bayi ke alam mimpi. 

Education Toys and e-Books

Bukan itu sahaja, terdapat butang surah-surah terpilih buat peneman anak ketika sedang travel. Jika anak peminat tegar kartun Omar dan Hana, ibu bapa harus dapatkan Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz ini kerana ada beberapa lagu hits dari kartun Omar dan Hana buat hiburan hati anak sepanjang perjalanan semasa bercuti.

FB/IG: Mamazie Kerlazz
https://www.facebook.com/mamaziekerlazz/
Hubungi: 018-3962999
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/uT7E1qTNj5eCb9Qa6


2) MAKANAN BAYI KHAS UNTUK SI PICKY EATERS KETIKA TRAVEL


Emak-emak tentu tahu jika bayi lapar atau tidak makan pada waktunya semasa perjalanan akan menyebabkan mereka resah dan merengek. Percutian tentu akan jadi merimaskan jika ini terjadi. Buat anak yang cerewet makan dan picky eaters, lain pula halnya. Emak akan pening kepala memikirkan makanan apa yang ingin disediakan buat si anak kecil yang terlalu memilih ini.


Saya nak suggest emak yang ada masalah anak cerewet makan untuk mencuba Baby Sadoo buat si kecil mereka. Makanan ini boleh dinikmati si kecil yang berumur dari usia 6 bulan sehingga 3 tahun.  Selamat untuk bayi kerana tidak mengandungi garam, gula dan pengawet tambahan, jadi Baby Sadoo amat sesuai dibawa travel untuk memudahkan percutian keluarga.

Tips Travel dengan Anak Kecil

Dibuat khas oleh bekas jururawat berdaftar yang pernah bekerja hampir 7 tahun bersama Sime Darby Medical Center, Baby Sadoo ini lengkap dengan semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi. Sebotol Baby Sadoo dilengkapi dengan semua nutrien yang diperlukan seperti karbohidrat, protein dan fiber. 


Apa yang paling penting, emak hanya perlu panaskan Baby Sadoo dan tak sampai seminit, Baby Sadoo sudah tersedia untuk dimakan oleh si kecil. Botol berkualiti Baby Sadoo yang tahan haba  boleh dipanaskan samada di dalam microwave atau water heater. Jadi, walau di mana pun emak sedang travel, tiada masalah untuk suapkan si kecil dengan makanan sihat dan berkhasiat.


Tersedia dengan menu menarik dan sedap serta dihasilkan secara semulajadi, emak tak perlu pening kepala memikirkan makanan yang ingin dibawa ketika travel dan percutian. Di mana sahaja anak merengek kelaparan, hanya perlu panaskan botol Baby Sadoo dan suap si kecil makan, samada di dalam kereta, train atau flight. Food-on-the-go ini amat praktikal buat emak si kecil picky eaters.

Tips Travel dengan Anak Kecil

Baby Sadoo merupakan antara Makanan Bayi No. 1 di Malaysia khas untuk tackle selera anak cerewet makan dan telah terbukti berkesan dengan lebih daripada 3000 testimoni daripada emak yang berpuas hati.  Selain itu, Baby Sadoo juga banyak membantu ibu bekerjaya yang tidak sempat menyediakan makanan sihat dan berkhasiat untuk anak-anak dirumah atau sebagai bekalan di rumah pengasuh.


Ramai emak di Malaysia memilih untuk bawa bersama Baby Sadoo yang convenient for travelling ni. Recommended sangat. Senang dan selamat. Kalau emak ingin dapatkan Baby Sadoo atau berminat untuk mendaftar sebagai agen reseller, boleh follow 👇

FB / IG: Baby Sadoo HQ
https://www.facebook.com/babysadoobabyfood/
https://www.instagram.com/babysadoohq
Hubungi: wasap.my/60196649388/babysadoobabyfoodsblogger
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/JDftjtTaECCiyJ4RA


3) IZLIYAH KITCHEN BABY FOOD


Sekiranya si kecil sudah boleh makan, jangan lupa untuk bawa bersama bekalan makanan instant buat mereka. Instant di sini bermaksud mudah disediakan tetapi sihat kerana tidak mengandungi bahan terlarang yang belum mampu ditapis oleh usus bayi.

Baby Food

Apa kata emak dapatkan makanan instant daripada Izliyah Kitchen yang menyediakan makanan bayi segera (mudah disediakan) ketika travel. Pastinya memudahkan kerja emak semasa travel kerana tidak perlu membawa periuk nasi serta segala bahan mentah untuk dimasak. Daripada penyediaan bahan mentah sehingga alatan memasak, semua itu boleh dilupakan seketika semasa percutian.


Produk Izliyah Kitchen mempunyai sijil HALAL yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Produk ni juga sama sekali tidak mengandungi bahan pengawet dan gula sintetik. Mudah disediakan dan mesra travel. Hanya bancuh bubur segera bersama air panas dan ia sedia untuk dimakan oleh si kecil. Yang paling penting, produk Izliyah Kitchen bebas bahan pengawet dan menyihatkan.

Tips Travel dengan Anak Kecil

Terdapat beberapa jenis makanan bayi di Izliyah Kitchen iaitu:
  • Bubur (ada bubur kasar dan bubur halus)
  • Biskut (ada pelbagai perisa seperti kurma, kismis dan pisang)
  • Serbuk perasa (ada serbuk ayam, serbuk bilis, serbuk sayuran dan serbuk buahan)

FB/IG: 
https://www.facebook.com/izliyahkitchnowner/
Hubungi: 017-772 3571


4) PENYELAMAT ANAK DARI BATUK & SELESEMA


Kasihan apabila melihat si kecil tercungap-cungap sukar bernafas akibat hidung tersumbat atau berkahak. Anak tentu tidak lalu makan dan kelihatan pucat jika mengalami masalah ini. Malah, jika tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa si kecil! Jadi amatlah penting untuk emak sentiada standby barang penting ini ketika travel dengan si kecil.


Ramai yang bertanya, ada ke sapuan bayi yang boleh membantu rawat masalah ini secara semulajadi? Jawapannya ADA! Gunakan sapuan bayi Mamz. Paling penting Mamz telah menerima pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibuat dari bahan semulajadi Habbatus Sauda, ianya memang sesuai untuk bayi. 

Penawar Batuk Bayi

Mamz Spray merupakan penawar bagi masalah utama bayi seperti kahak, selsema dan batuk. Sesuai digunakan oleh bayi seawal dalam pantang sehingga berusia 6 tahun, ia juga sesuai digunakan sebagai sapuan harian bayi walaupun telah sihat bagi menggantikan minyak telon. 


Sapukan selepas mandi agar antibody bayi semakin kuat dan sapukan sebelum tidur agar bayi tidur lebih lena. Kalau emak ingin tahu lebih lanjut mengenai Mamz, boleh terus ke laman web www.mamz.com.my atau boleh juga lihat https://www.facebook.com.my/MamzOfficialHQ. Klik link di bawah untuk baca beribu testimoni yang telah mencuba Mamz buat si kecil mereka.

FB/IG: 
https://www.facebook.com/MamzOfficialHQ
Hubungi: 019-6449092
www.wasap.my/60196449092
Laman web: www.mamz.com.my


5) SNACKS & BISKUT SIHAT UNTUK ANAK KECIL


Bubur bayi segera keluaran Rush Baby Food dalam bentuk flakes beras semakin mendapat permintaan tinggi di kalangan emak di Malaysia kerana ianya mudah disediakan dan selamat. Hanya perlu dibancuh dengan air panas, bila-bila masa sahaja boleh disediakan sama ada di dalam kereta, train, flight atau di tepi pantai.


Rasanya yang sedap dengan aroma harum seakan masakan emak di atas dapur membuatkan bubur bayi Rush Baby berbeza dari yang lain. Terdapat dua pilihan iaitu beras putih dan beras perang. Bancuhan flakes sahaja pun dah licin bayi makan apatah lagi jika di tambah dengan perasa Serbuk Buah Mango, Serbuk Ayam atau Serbuk Purple Sweet Potato yang juga dikeluarkan oleh Rush Baby Food. Tabur-tabur je dah siap, tak perlu masak pun. Senang bukan?

Tips Travel dengan Anak Kecil

Bukan sahaja bubur, malah Rush Baby juga turut menghasilkan biskut bayi dengan nama Bone Broth Cookies. Mula diperkenalkan pada November 2017, ianya terus menjadi bualan emak-emak yang lebih prefer homemade baby food. Apa yang istimewanya tentang biskut bayi ini, salah satu kandungan di dalamnya ialah chicken bone broth.


Banyak khasiat dan manfaat yang boleh didapati daripada chicken bone broth dan ternyata ianya sangat bagus untuk perkembangan bayi seperti yang dinyatakan oleh Dr Suriyakhatun, iaitu seorang Doktor Perubatan Homeopathy. Kelebihan lain yang ada pada biskut bayi ini ialah ia tidak terlalu gebu dan tidak mudah hancur. 


Jadi, seawal 7 bulan bayi sudah boleh mencuba Bone Broth Cookies ini walaupun belum tumbuh gigi. Terdapat 3 pilihan rasa iaitu kurma yang sering menjadi best sellerapricot raisin dan avocado cheese. Ketiga-tiga biskut ini diadun menggunakan bahan yang berkualiti seperti unbleach flour, anchor unsalted butter, puree buah sebenar, tepung jagung dan juga chicken bone broth.


Buat emak yang sedang merancang percutian atau yang sedang bercuti, boleh dapatkan makanan bayi keluaran Rush Baby Food ini daripada agen-agen berdekatan atau daripada butik-butik baby terpilih seperti Tateh, One Baby World, Yons dan banyak lagi. Boleh juga layari terus sosial media Rush Baby Food HQ seperti di bawah untuk dapatkan info lebih lanjut.

FB/IG: https://www.facebook.com/RushBabyFoodHQ/
https://instagram.com/rush_baby_food_hq
Hubungi: 0199559334


Emak tentu sudah tahu barang penting apa yang perlu dibawa ketika bercuti bersama si kecil kan? Tips travel dengan anak kecil ini amat penting tau kerana percutian tidak akan menggembirakan jika anak meragam, begitu juga ketika travel. Jadi pastikan emak rancang sebaik mungkin dan semoga mendapat pengalaman percutian yang menyeronokkan bersama anak kecil anda!

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Food toys dan minyak sapu mmg wajib bawa kalau travel.dgn baby atau anak.kecil, nowadays byk produk yg travel friendly for baby ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, memudahkan ibu2 nak travel. Dah tak perlu fikir nak beri keselesaan camner kat anak-anak kan. Semua dah tersedia yang cepat dan selamat.

      Padam
  2. Travel dgn ank kecik ni mmg kena siapkan keperluan tu betul2, dgn adanya produk travel yg gini memudahkan kita sbg parents semasa travel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..kalau anak tak selesa, lagi lah emak ayah pening nak travel. So baik prepare semua keperluan sebelum travel..

      Padam
  3. boleh share link ni kat kakak CR .. sng ada semua kan..lengkap..thanks 4 sharing Rini,

    BalasPadam
  4. Good tips! ikut tips mudah-mudahan bende penting xde yang tertinggal

    BalasPadam
  5. toys dgn susu mmg benda wajib kalu tertinggal sanggup patah blik betul tak? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Tapi kalau jauh dah tertinggal, kita beli baru je la..buat stok bulan depan terus..haha

      Padam
  6. tengok packaging comel2 cemtu hahaha
    yang dewasa pun rasa sedap je nak try makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, join makan tu afdal. Berkongsi rasa kata orang :D

      Padam
  7. good tips.. memang mencabar sikit bila bawa anak kecil travel.. tapi kalau pandai handle tentu travel tu akan jadi seronok kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..paling penting anak happy, kalau tak satu family moody je sebab anak menangis, makpak sakit kepala dengar..

      Padam