Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim


Jika sebelum ni saya sering ke Pulau Pinang melalui jalan darat menggunakan jambatan tapi kali ni kami mencuba jalan air pula untuk ke sana iaitu dengan menaiki feri. Pengalaman pertama kali masuk ke Pulau Pinang menaiki feri bersama kereta ini merupakan pengalaman baru buat kami.


Excited dan teruja, itulah yang boleh digambarkan. Benda jarang jumpa kan, jakun juga kami sekejap. Jadi saya abadikan perjalanan pergi ke Pulau Pinang menaiki kereta dengan feri di Terminal Sultan Abdul Halim ini dalam blog sebagai kenang-kenangan. Jadi Auni dan Ameera dah tak boleh claim mereka belum pergi lepas ni :D

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim
Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim


Perjalanan mencari terminal feri tidak susah walaupun pada asalnya pening juga kami melihat list lokasi terminal feri yang terdapat di Pulau Pinang dalam aplikasi maps. Hairan juga terminal mana patut kami tujui namun setelah melakukan sedikit carian pantas di internet, kami sepakat bersetuju bahawa lokasi feri yang dicari terletak di Pangkalan Sultan Abdul Halim.

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim

Terminal ini juga dikenali sebagai Pangkalan Feri Butterworth, jadi jangan risau jika tertukar ye kerana ia merupakan lokasi yang sama. Feri akan membawa penumpang dari Pengkalan Sultan Abdul Halim ke Jeti Pengkalan Raja Tun Uda yang terletak di Georgetown. Jadi setelah destinasi ditetapkan, kami pun bergerak laju menuju ke terminal.

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim

Sepanjang perjalanan, mata kami bekerja keras melihat signboard yang banyak terdapat di sepanjang jalan bagi mengelakkan terlepas simpang, jenuh nak pusing balik kalau terlepas simpang nanti. Sebaik tiba di pintu masuk terminal, kami dikenakan bayaran sebanyak RM7.70 bagi sebuah kenderaan.

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim

Tak kisah berapa orang yang berada dalam kereta, bayaran masuk hanya dikira berdasarkan jumlah kenderaan sahaja. Manakala tiket masuk jika datang secara individu pula adalah RM1.20 bagi dewasa dan RM0.60 bagi kanak-kanak. Murah bukan? Macam harga naik bas pada zaman 90-an dulu pula. Perjalanan pula hanya mengambil masa lebih kurang 15minit sahaja untuk sampai ke Jeti Georgetown.


Bersiar-siar dalam Feri



Sebaik kereta selamat di parking, kami terus naik ke tingkat atas feri untuk melihat pemandangan laut  daripada atas. Ramai juga yang berada di dalam kenderaan masing-masing dan hanya berada di tingkat bawah. Kehadiran motorsikal dan kereta memenuhi ruang di tingkat bawah feri membuatkan saya  rasa teruja pula.

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim
Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim

Di tingkat atas, kami sempat menjamah sedikit buah-buahan sebagai kudapan sambil menikmati pemandangan laut yang membiru. Kudapan ringan seperti buah-buahan dan makanan ringan serta air minuman ada dijual di bahagian atas feri. Tandas juga disediakan bagi mereka yang ingin menjawab seruan alam, jadi usah risau ye.


Bukan sahaja motorsikal dan kereta, basikal, beca dan lori 6 tayar juga dibenarkan menaiki feri ini tau. Operasi feri pula bermula seawal jam 5.20 pagi sehingga 12.10 pagi pada setiap hari. Sudahlah harga tiket murah, perkhidmatan feri juga berterusan walaupun pada hari minggu dan cuti umum. Terbaik kan?

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim

Perjalanan menaiki feri tidak memualkan. Malahan Auni dan Ameera boleh bergerak  bebas tanpa perlu dipegang kerana feri bergerak pada kelajuan perlahan. Kami excited berjalan ke sana sini sambil bersiar-siar dalam feri tapi penumpang lain steady je duduk bersembang di tempat masing-masing.

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim
Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim

Nampak sangat macam kami first time naik feri, padahal naik feri dah biasa cuma jadi excited sebab bawa kereta naik feri bersama-sama kot. Ataupun dah tua-tua ni baru terasa nak enjoy benda-benda kecil macam ni, macam orang kata 'enjoy every little things'. Haha..


Nak Naik Lagi Tak Feri Lepas Ni?


Tentulah kami akan naik lagi feri dengan kereta selepas ni..

Bila dah hampir sampai ke Jeti Georgetown, kami cepat-cepat turun ke bawah untuk elakkan daripada bersesak keluar apabila tiba dan bimbang kereta kami akan block jalan pula kerana lambat keluar daripada feri.

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim
Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim

Bila dah keluar daripada jeti, kami semua ramai-ramai menjerit bye-bye kepada feri. Entah bila kami akan naik lagi. Untuk perjalanan santai sambil makan angin, kami tentu akan pilih menaiki feri bersama kereta kerana perjalanannya lebih tenang dan enjoyable sambil boleh tengok pemandangan laut. Tetapi untuk perjalanan pantas dalam urusan kerja, rasanya melalui Jambatan Pulau Pinang adalah pilihan terbaik.

Pergi Pulau Pinang Naik Kereta di Feri Terminal Sultan Abdul Halim

Apa pun kami enjoy menikmati perjalanan dengan feri bersama kereta. Jadi bagi yang belum pernah menaiki feri ke Pulau Pinang dengan kereta, boleh cuba jalan alternatif ini selain melalui Jambatan Pulau Pinang. Suasana baru, pemandangan baru dan pengalaman baru. Lagipun tak perlu keluar kereta pun jika rasa malas nak berjalan-jalan atas feri. Stay je dalam kereta dan biarkan feri bawa awak jalan-jalan. Enjoy your trip! Adios!

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. best kan sesekali naik feri ni? saya kalau dok lama sikit kt penang memang akan naik feri...

    BalasPadam
  2. Lama x naik penang sejak adik dah pindah ke Selangor...

    BalasPadam
  3. Terbaik.. Memang best sesekali bawak kereta naik feri ni. Bukan dapat menyaksikan pemandangan laut, tapi boleh bagi rehat kepada pemandu kita yang mungkin dah drive lama dari jauh...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Syoknye pi penang len kali kita pi lagi k.

    BalasPadam
  6. sekali sekala mmg seronok kan

    BalasPadam
  7. nampaknya harga tiket kapal feri malaysia sm indonesia tak jauh beda kak

    BalasPadam
  8. saya naik moto kadang2 balik kerja guna feri, kadang2 jambatan..

    BalasPadam
  9. Ana pernah juga bawa kereta naik feri di penang last year. Teruja sangat. Terkejut juga memula tu sebab murah giler harga dia kan. Next time wajob repeat naik feri ni.

    BalasPadam
  10. Lama la tak naik feri.. best kan dpt hirup bau laut..

    BalasPadam
  11. tak pernah naik feri dengan kereta. maybe kena try sekali lepas ni

    BalasPadam
  12. The Best ni, saya jarang naik kereta feri

    BalasPadam