Sejak berada di bangku sekolah, saya sering merasa hairan apabila melihat ada sesetengah golongan yang suka mengumpul koleksi barangan kecil seperti set rumah dan alatan dapur mini.
Seiring peningkatan usia, tahap kehairanan saya makin bertambah apabila mendapati kebanyakan golongan lelaki pula gemar mengumpul koleksi kereta mini kecil dan halus yang popular dikenali sebagai diecast. Tambah menghairankan apabila golongan ini terdiri daripada lelaki dewasa yang sanggup menghabiskan wang pada harga yang agak mahal bagi mengumpul koleksi kereta yang dikehendaki. Mereka sanggup menempah rak khas khusus bagi menempatkan koleksi diecast bagi mengelakkan daripada rosak akibat tangan-tangan kecil yang ingin menyentuhnya.
Pada ketika itu saya hanya terfikir, mengapa wujud lelaki yang bersifat pelik begini? Beli mainan tapi tidak mahu main pula. Kumpul real things kan lagi bagus daripada mainan yang hanya disimpan di rak, sanggup pula berhabis wang ringgit untuk membeli mainan kecil begitu. Macam budak-budak, aneh betul orang lelaki..
Tetapi itu dahulu, ketika saya masih tidak cuba menyentuh sendiri koleksi diecast ini. Atau mungkin juga saya pernah menyentuhnya tetapi tiada jiwa dan mata hati saya masih tertutup pada ketika itu. Sehinggalah seorang sahabat menunjukkan koleksi diecast milik suaminya yang sangat halus buatan dan comel, terbuka pula pintu hati saya untuk memilikinya. Katanya beliau, koleksi diecast mereka dibeli di MS Diecast Store.
Rambang mata saya melihat koleksi diecast beliau. Mengapa tidak? Cuba tengok gambar-gambar ini, cantik kan?
Jadi tidak hairanlah mengapa golongan lelaki dewasa sanggup menyimpan koleksi diecast mereka di dalam rak semata-mata tidak mahu dikerjakan oleh anak sendiri atau anak saudara. Iyelah, selain buatannya yang halus, harganya juga mahal. Tentu sayang jika dirosakkan oleh tangan si kecil kan? Saya juga baru tahu mengapa harga diecast ini mahal. Antara sebabnya adalah :
- Bahan - Bahan yang digunakan untuk menghasilkan diecast adalah berbeza. Ada yang dihasilkan dengan menggunakan PVC, campuran besi dan PVC, besi tebal atau sebagainya.
- Brand - Semakin elit sesuatu jenama diecast model yang dihasilkan, semakin mahal harganya.
- Nilai matawang - Faktor perbezaan currency antara negara menyebabkan harga setiap satu diecast berbeza mengikut negara pembuat. Selain itu kos penghantaran juga mempengaruhi peningkatan harga.
- Nilai ekslusif - Sesetengah model dihasilkan secara ekslusif dalam kuantiti yang kecil dan menjadikan harganya lebih mahal berbanding yang lain kerana jumlahnya yang terhad.
- Tahun buatan - Semakin lama tahun buatan sesuatu model diecast, semakin tinggi harganya.
MS Diecast Store
MS Diecast Store merupakan kedai atas talian yang menjual dan membekalkan koleksi diecast dari pelbagai negara di Malaysia. Mempunyai pelanggan tersendiri di kalangan peminat koleksi diecast, MS Diecast Store komited dalam memberikan kualiti terbaik kepada kesemua pelanggannya. Selain menjual dan membekal koleksi diecast dari serata dunia, MS Diecast Store juga menyediakan perkhidmatan mencari koleksi yang diinginkan oleh pelanggan terutama bagi model yang ekslusif, rare dan sukar didapati.
Menggunakan tagline 'Jenama Terkenal dalam Dunia Permainan Perhiasan', MS Diecast Store menawarkan pelbagai jenis jenama diecast buatan luar negara di kedai maya mereka. Antara jenama tersebut adalah :
Menggunakan tagline 'Jenama Terkenal dalam Dunia Permainan Perhiasan', MS Diecast Store menawarkan pelbagai jenis jenama diecast buatan luar negara di kedai maya mereka. Antara jenama tersebut adalah :
- Mini GT - Hong Kong
- Tiny HKC - Hong Kong
- Tomytec - Jepun
- Sany - China
- WSI Models -Netherlands
- Mammoet
Selain jenama di atas, terdapat pelbagai lagi jenama diecast yang ditawarkan di MS Diecast Store. Setiap jenama mempunyai keistimewaan tersendiri samada dari segi harga, kualiti buatan, kuantiti pengeluaran atau perincian semasa penghasilannya. Apa yang menarik, ada sesetengah diecast dihasilkan dengan reka bentuk unik dan menyerupai hampir 100% dengan buatan asal. Ketelitian penghasilan inilah yang menjadikan diecast amat berharga dan mempunyai nilai tinggi di kalangan peminatnya.
Setiap koleksi diecast turut dibezakan dengan skala dan saiz tertentu. Sebagai contoh, skala diecast bagi jenama WSI Models adalah 1 : 50 manakala bagi jenama Sany pula adalah 1 : 35. Jadi peminat diecast boleh mengagak saiz yang ingin dibeli dan boleh menempah rak simpanan mengikut skala setiap diecast pilihan mereka. Jangan lupa untuk tanyakan tentang skala diecast semasa membuat belian ya.
Bagaimana Membuat Tempahan?
Tidak susah pun untuk buat belian, hanya perlukan satu klik di laptop atau phone dan koleksi diecast akan terus dihantar ke depan pintu rumah. Pembelian tentulah melalui MS Diecast Store! Bagi stok tersedia, penghantaran akan dibuat samada secara pos atau COD di sekitar Kuala Terengganu sebaik sahaja selepas pembayaran dibuat. Manakala bagi pre-order, anggaran masa paling awal untuk menerima barang adalah selama 10 hari. Tentulah ambil masa sedikit kerana barang sampai daripada luar negara kan.
Untuk membuat tempahan dan melihat testimoni pembeli, anda boleh terus berurusan dengan Encik Muhammad Izzat melalui salah satu channel di bawah:
Facebook Fanpage : MS Diecast Store
Instagram : MS Diecast Store
No Phone : 017-959 8929
Rasanya saya sudah jatuh cinta dengan koleksi diecast daripada MS Diecast Store ini terutama kereta Honda FD Mugen RR yang berharga RM150 itu. Namun sempatlah juga saya sambar sebiji diecast untuk dibuat koleksi walaupun bukan Honda tersebut. Eh, koleksi ke? Sebiji je pun ada, bolehlah dari takde kan? Mana tahu mungkin selepas ini akan bertambah pula koleksi saya.
Cantik juga jika saya beli satu koleksi diecast yang sama dengan kenderaan milik kami sekarang dan letakkan ia di dalam kereta sebagai hiasan kan? Selain comel dan kiut, ia juga akan buat suasana dalam kenderaan nampak ekslusif. Nampaknya kena hubungi Encik Izzat sekarang ni, jom cepat!
26 Ulasan
nak minat bnda2 gni..duit kna masyukk..hihi
BalasPadamTapi bagi peminat diecast, tak kisah duit masyuk atau tak yang penting kumpul..diorang sanggup menabung tau CikNor..
Padamwah hebat ini...
BalasPadamsaya belum ada feel lagi dengan kereta diecast ini dan tak tahu suatu hari nanti lah
p/s: sedap pemulisan awak...seronok pulak baca
Amboi awak selalu puji penulisan saya, walhal penulisan awak tu lagi best..senang faham kalau membaca tau..
Padamboleh geng dgn member sy ni dia pun pengumpul kereta mcm ni jg...
BalasPadamAhahaha..saya belum boleh geng sebab tak berapa kenal jenis kereta ni. Tapi husband boleh geng la kot walaupun tak berapa kumpul lagi..
Padamterbaek.. hehe
BalasPadamThanks ejulz :)
PadamHaih lawa sungguh. Dulu cara fikir kita samalah, kenapa ada lelaki yang sanggup berhabis duit untuk koleksi begini. Rupanya lelaki memang kena ada hobi kot.
BalasPadamJangan hobi pelik pelik sudahla.. 😂
Betul tu husniey, orang kata lelaki kena ada hobi. Kita support je la walaupun kita pun rasa pelik dengan hobi diorang. Tapi jangan hobi pelik2 sudah. Tak keruan mak :P
PadamTerima ksh atas penulisan ini..
BalasPadamTeruja membaca..kikiki..
Sama2 encik Izzat, saya nak follow blog awak tak dapat pulak. Nanti kasi link blog ye, mana tau peminat diecast lain pun boleh follow jugak :)
PadamNampak menarik kereta kereta comel itu dijadikan hiasan..
BalasPadamKan? Nak2 kalau sama design dengan kereta owner, nampak macam baby kereta pulak..
PadamNi kalau syafi nampak sure dia minta. Kat rumah tu sampai dah takde tempat nk simpan koleksi kereta dia :p
BalasPadamKonfirm Ana! Saya yang taktau pape pasal diecast pun rasa happy bila tengok..syafi konfirmla lagi happy kalau nampak ni..
Padamkereta honda tu menarik >.<
BalasPadamCantik kan? Saya pun suka yang tu. Gimme five :D
PadamMrs. A pun mula-mula pelik juga orang dewasa ada hobi macam ni.
BalasPadamTapi bila dah jumpa tak pelik dah ialah hobi setiap orang tak samakan.
Macam cousin Mrs. A dia suka kumpul komik kadang-kadang layan juga cerita yang bersambung-sambung tu
Sekarang baru faham kenapa orang suka kumpul benda ni, tak pelik dah la..haha
PadamWahh comelnyeeee semua..
BalasPadamKiut kan? Suka tengok, semua pun comel2..
Padamwah cantik bila dah kumpul byk2
BalasPadamAah, kena beli banyak2 baru cantik nak susun..tapi dapat satu tu pun dah puas hati..
Padamada !! my late father macam nila. model kereta kapal terbang n lori yang dia kumpul. sanggup berabes duit nak beli ended up masuk susun dalam almari. since dia xda.. memang rindu kalo tengok koleksi2 dia. kadang ada yang menggamit memori sebab tlg bratur bayarkan ayah nak beli kete menan hahaha =')
BalasPadamSedihnya kalau jadi macamni. Nak simpan tak sanggup tapi kalau simpan tak sanggup pulak nak tengok..ya allah ya tuhanku, panjangkanlah umur ayah dan ibuku..aamiin
Padam