Nestlé Sumbang Bahan Bacaan Braille kepada Yayasan Orang Buta Malaysia


Selaras dengan matlamat Nestlé Malaysia untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat, Nestlé telah menyumbang bahan bacaan Braille bernilai RM45,000 kepada Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) pada 4 Februari yang lalu bertempat di Petaling Jaya. Bahan bacaan yang bersamaan 1,000 buku itu akan membantu 500 kanak-kanak buta dan cacat penglihatan.

Nestlé Sumbang Bahan Bacaan Braille kepada Yayasan Orang Buta Malaysia

Pn. Nirmalah Thurai, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Nestlé Malaysia berkata, “Kami amat komited untuk membawa perubahan bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan. Sebagai sebuah syarikat yang menyokong keterangkuman dan kepelbagaian budaya, kami percaya bahawa setiap insan sewajarnya diberi peluang yang sama untuk membaca dan menulis, termasuk golongan buta. Kecelikan braille adalah satu komponen penting dalam pendidikan kerana kemahiran ini membuka pintu dan menambah peluang untuk orang buta dan cacat penglihatan. Kami berharap sumbangan ini dapat membantu menambah baik kadar celik huruf dalam kalangan orang buta dan cacat penglihatan di Malaysia.”


Menurut En. Silatul Rahim Dahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama YOBM, “Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nestlé Malaysia kerana bermurah hati memberi sumbangan ini dan sekian lama menjadi penyokong kuat masyarakat buta. Sumbangan ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat kami, terutama sekali kanak-kanak. Di YOBM, kami percaya bahawa pendidikan boleh memutuskan kitaran diskriminasi dan kemiskinan, dan buku-buku ini pasti akan memberi peluang kesaksamaan kepada masyarakat kami.”

Nestlé Sumbang Bahan Bacaan Braille kepada Yayasan Orang Buta Malaysia
Nestlé Sumbang Bahan Bacaan Braille kepada Yayasan Orang Buta Malaysia


Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dengan seramai 328,000 orang kakitangan. Komited terhadap matlamat Nestlé iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat, prestasi Nestlé dipacu oleh strategi pemakanan, kesihatan dan kesejahteraan.  


Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna menerusi jenama dan produk yang bermutu tinggi. Nestlé juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana sahaja beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk halal. Ini sejajar dengan janji Nestlé untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha Nestlé menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook Nestlé di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. semoga anak2 ini semua dapat belajar dengan lebih selesa dan cemerlang =)

    BalasPadam
  2. Tahniah Nestle Malaysia kerana prihatin dengan golongan cacat penglihatan. Semoga dapat membuka mata ebih banyak pihak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, semoga lebih banyak badan lain yang keluar membantu golongan kurang berkemampuan seperti ini..

      Padam
  3. harap lbg byk syarikat korporat ikut jejak nestle ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..usaha yang baik semoga diteladani banyak pihak lain :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Semoga Nestle terus maju jaya dan berkembang pada masa depan :)

      Padam
  5. alhamdulillah..mereka juga sepatutnya lebih mendapat perhatian daripada orang ramai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga lebih banyak pihak yang tampil untuk membantu kan..

      Padam
  6. terbaek.. semoga bermanfaat kepada mereka yg memerlukan..

    BalasPadam