Cannis adalah aplikasi bersepadu pertama di dunia yang menyediakan pengguna dengan pelbagai fungsi di dalam satu apps. Ia mengumpulkan siaran langsung, e-dagang, diskaun beli belah, rangkaian sosial, video pendek, permainan dan pembayaran. Tujuh fungsi di dalam satu apps mudah alih Cannis ini telah memberntuk trend applikasi baru yang berjaya mengumpulkan 100 ribu pengguna dalam masa kurang daripada dua bulan setelah diperkenalkan.
Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri besar seperti teknologi, filem, kecantikan, kawalan ubat-ubatan, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama rakan strategik, Cannis telah memperluaskan pasaran dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq, Amerika Syarikat tidak lama lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Ching Eu Boon semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis, perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini sahaja seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar serta kecerdasan buatan (artificial intelligence), tetapi juga dalam bidang penggambaran, kawalan ubat-ubatan dan industri kecantikan.
Hasil analisis yang dijalankan mendapati, antara kategori yang paling banyak dilayari adalah kategori muat turun, permainan , hiburan dan aplikasi penyiaran video. Oleh yang demikian, aplikasi ini memerlukan kandungan kreatif bagi memenuhi permintaan pasaran pada masa akan datang.
Analisis keseluruhan bagi suku ketiga tahun 2018 menunjukkan App Store dan Google Play kedua-duanya mempunyai sejarah muat turun yang lebih tinggi dalam perbelanjaan pengguna. Ini menunjukkan trend pasaran apps yang terus meningkat bergantung kepada populariti penggunaan telefon pintar, penyediaan pembelanjaan tanpa henti dan potensi pembangunan yang besar. Cannis memberi tumpuan kepada industri yang paling cepat berkembang, menyediakan platform integrasi serta mewujudkan fungsi 7-dalam-1 yang kuat.
Mod Maya-Realiti digabungkan dengan Mod O2O
Apps Cannis bukan sahaja menggabungkan fungsi inovatif setiap bulan tetapi juga melabur dana besar secara selektif di industri tren luar talian. Tujuannya adalah untuk menyambung aliran perbelanjaan keseluruhan pengguna luar talian dengan pangkalan data dalam talian serta memulakan pembinaan model O2O. Selain itu, ia juga bertujuan bagi mengadakan promosi pemasaran awal, pembekalan ahli dalam talian dan luar talian dengan cekap serta melancarkan proses perkhidmatan penghantaran barangan 'back-end'.
Ahli Cannis bukan sahaja boleh menikmati diskaun dalam talian, termasuk pembelian di kedai runcit dan rakan kongsi strategik Cannis malahan mata ganjaran yang diperolehi dalam talian juga boleh digunakan sebagai diskaun sekaligus membantu pengguna menjimatkan wang. Selain itu, ahli Cannis juga boleh menyertai pertandingan yang direka dalam talian bagi membolehkan mereka memenangi hadiah utama melalui cara perkongsian.
Ketua Pegawai Operasi Cannis, Encik Mohammad Mustaqim Bin Abdullah menegaskan bahawa platform itu secara aktif akan menjalankan susun atur yang komprehensif untuk perkhidmatan dalam talian dan luar talian, supaya gedung yang sedia ada tidak lagi dibatasi oleh saiz atau sekatan serantau ruang. Melalui mod Cannis e-commerce dan keutamaan perbelanjaan, maklumat pedagang boleh diperolehi dengan kos terendah ke pasaran sasaran yang tepat sekaligus memaksimumkan keberkesanan pengiklanan.
Rakan Strategik Cannis
Rakan-rakan strategik yang hadir pada hari tersebut termasuklah Dr. Eco-Dr. Coco Alex; Produser Syarikat Produksi Da Motion, Encik Along; Pengarah Kreatif, Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Encik Chis Yen; Weber PDT Pusat Kesihatan Rawatan Kanser Prof Madaya Dr. Martin E. Roberts; Ketua Pegawai Eksekutif, Encik dan Dr. DNA Encik Jannings Lee.
Konsul Kehormat Republik Slovakia, Tan Sri Datuk Sri Tee Keat berkata bahawa Cannis mempunyai idea yang tinggi terhadap perkembangan trend. Melalui analisis pangkalan data yang besar, mereka secara tepat mempelajari keperluan sebenar pengguna. Budaya etnik yang kaya di Malaysia juga membantu mengembangkan perniagaan ke seluruh dunia bagi menarik rakan strategik pada masa hadapan, sama ada dalam pemasaran media atau strategi pembangunan.
Cannis yakin bahawa mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan budaya di Malaysia merupakan titik permulaan yang baik untuk mengembangkan Cannis dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app.
16 Ulasan
tahniah cannis..:)
BalasPadamTerbaik!
Padamwahhhh sampai ke US gituuu tahniah!
BalasPadamHarap2 tersenarai dalam Nasdaq nanti..
Padamwah hebatnya! tahniah Cannis
BalasPadamTerbaik!
PadamCongrats Cannis!
BalasPadamika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2018/10/harry-potter-mug-ceramic-tiles.html
Thanks Ika sudi singgah :*
PadamYayyy tahniah cannis
BalasPadamTerbaik!
PadamSemua ada.. 7 dlm satu. .Apps terbaik ni
BalasPadamKan? Memang terbaik!
PadamTahniah Cannis
BalasPadamMoga tersenarai dalam Nasdaq :)
Padamtahniah cannis
BalasPadamTerbaiklah Cannis..
BalasPadam