Sabtu, 29 September 2018

Susu Kambing Nufael dengan 7 Khasiat Semulajadi Kurangkan Masalah Bayi Kuning


Kebelakangan ini, ibu bapa sering berhadapan dengan masalah bayi kuning atau baby jaundice sebaik sahaja dilahirkan. Meskipun masalah bayi kuning merupakan masalah yang biasa terjadi, namun ia tidak harus dipandang ringan kerana mampu meragut nyawa si kecil jika tidak dirawat segera. Masalah bayi kuning terhasil apabila organ dalaman bayi seperti hati masih belum cukup matang untuk berfungsi dengan sempurna sebaik sahaja bayi dilahirkan. Ini menyebabkan hati tidak mampu memproses bilirubin, iaitu sejenis pigmen kekuningan yang terdapat di dalam darah sekaligus meningkatkan paras bilirubin. Peningkatan paras bilirubin dalam darah ini boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otak sehingga merencat perkembangan bayi yang boleh membawa kepada masalah-masalah lain seperti kekejangan otot, masalah pendengaran serta maut.


Susu Kambing Nufael dengan 7 Khasiat Semulajadi Kurangkan Masalah Bayi Kuning


Antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah kekurangan enzim G6PD, jenis darah berbeza antara ibu dan bayi serta kadar penyusuan bayi yang rendah. Rawatan selepas kelahiran bagi bayi yang mengalami masalah kuning adalah dengan menggunakan fototerapi. Rawatan ini mampu menukarkan kompleks bilirubin kepada keadaan mudah larut agar dapat dibuang melalui air kencing dan najis. Oleh itu, ibu perlu menyusukan bayi secara kerap bagi mengurangkan paras bilirubin dalam darah melalui proses pencernaan. Selain rawatan selepas kelahiran, ibu bapa juga boleh mengurangkan risiko masalah kuning pada bayi sebelum kelahiran melalui pemakanan yang baik dan seimbang. Ibu hamil disarankan mengambil makanan tinggi khasiat seperti susu kambing, kurma, buah delima, madu serta minyak zaitun.


Susu Kambing Nufael


Susu Kambing Nufael dengan 7 Khasiat Semulajadi Kurangkan Masalah Bayi Kuning


Jika mengamalkan makanan berkhasiat tinggi menjadi masalah buat ibu kerana rasanya yang kurang enak dan sukar didapati, kini ibu hamil tidak perlu risau lagi. Susu kambing Nufael dengan gabungan 7 jenis makanan sunnah serta tanpa perisa, pewarna dan gula tambahan boleh menjadi pilihan anda. Selain tidak hamis dan sedap, ia dihasilkan dengan makanan sunnah yang berkhasiat tinggi iaitu madu, kurma, buah delima, kismis, manna dan minyak zaitun. Menggunakan produk tenusu daripada susu kambing sebenar dalam penghasilannya, Nufael merupakan 100% organik dan sesuai diminum oleh seisi keluarga. Apa yang penting, pengambilan susu kambing Nufael membantu mengurangkan risiko bayi kuning dan memberi pelbagai kebaikan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Susu kambing Nufael mengandungi kebaikan hasil daripada campuran 7 bahan organik yang sesuai diamalkan seawal dalam kandungan sehingga ke usia emas. Ibu hamil boleh mengamalkan susu kambing Nufael seawal kandungan 1 bulan dan amat disarankan pengambilannya ketika kandungan berusia 3 bulan. Susu kambing Nufael adalah tinggi kalsium dan magnesium yang dapat membantu mengawal pembentukan tulang dan gigi bayi. Kandungan asid folik di dalam kurma pula membantu pembentukan sel baru yang amat diperlukan dalam tumbesaran janin bayi. Selain itu, fruktosa yang terdapat dalam kurma bertindak sebagai pembekal tenaga tanpa memberi kesan terhadap kandungan gula dalam darah. Jadi ibu hamil tidak perlu gusar tetang paras gula sekiranya mengambil susu kambing Nufael sebagai minuman harian.



Bagi ibu yang mengalami masalah alahan dan muntah semasa kehamilan, pengambilan susu kambing Nufael boleh membantu mengurangkan masalah tersebut kerana ia mengandungi madu yang terkenal bersifat sebagai anti radang. Kandungannya juga kaya dengan antioksida membantu meningkatkan kesihatan tubuh dan perkembangan bayi. Vitamin A yang terkandung dalam minyak zaitun pula berupaya meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta mencegah risiko penyakit kepada ibu hamil. Dengan campuran manna atau arabic gum dalam susu kambing Nufael, masalah sembelit yang sering terjadi kepada ibu hamil dapat dielakkan kerana andungan serat yang tinggi membantu melancarkan proses pencernaan.

Pengambilan susu kambing Nufael oleh ibu hamil ternyata pilihan yang bijak bagi mengurangkan risiko semasa kehamilan, samada risiko bayi kuning atau penyakit. Hanya dengan satu kotak, ibu hamil boleh menikmati manfaat daripada 7 jenis bahan organik berkhasiat tinggi untuk perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Apa yang penting adalah kandungan susu kambing Nufael yang kaya dengan makanan sunnah ini adalah halal dan toyyiban!


Keunikan Susu Kambing Nufael


Susu kambing Nufael adalah berbeza daripada susu kambing lain yang terdapat dalam pasaran kerana ia menggabungkan 7 bahan semulajadi yang berkhasiat tinggi di dalam satu kotak untuk memastikan kesihatan dalaman ibu dan anak terpelihara. Selain itu, ia tidak mengandungi campuran susu lembu dan sumber tenusu luar selain bebas pewarna, pengawet dan gula tambahan.

Selain sesuai diminum oleh ibu hamil, susu kambing Nufael juga sesuai diminum oleh anak-anak yang mengalami alahan terhadap susu lembu. Ibu yang menyusukan bayi juga digalakkan untuk mengamalkan susu kambing Nufael kerana khasiatnya akan disalur terus kepada bayi semasa proses penyusuan. Ibu yang sedang dalam proses menghentikan penyusuan susu dada atau wean-off juga boleh menggantikan susu kambing Nufael sebagai minuman susu harian buat anak-anak.


Susu Kambing Nufael dengan 7 Khasiat Semulajadi Kurangkan Masalah Bayi Kuning


7 Bahan Semulajadi dan Khasiat yang Terdapat dalam Susu Kambing Nufael


Disebabkan susu kambing Nufael dihasilkan oleh gabungan 7 jenis makanan sunnah berkhasiat tinggi, maka kebaikan setiap bahan adalah berbeza. Bagi memudahkan ibu memahami kebaikan yang ditawarkan oleh susu kambing Nufael, disenaraikan antara kelebihan dan manfaat setiap jenis makanan organik yang terdapat dalam susu kambing Nufael seperti di bawah:


Susu Kambing
✔ Meningkatkan kecerdasan otak dan tulang bayi
✔ Membantu sistem penghadaman lebih baik
✔ Mudah dihadam berbanding susu lembu
✔ Susu kedua terbaik selepas susu ibu
✔ Menguatkan jisim tubuh yang sihat


Kurma
✔ Membantu pembentukan sel baru dan bertindak sebagai asid folik tambahan
✔ Mengawal pembentukan gigi dan tulang
✔ Menstabilkan tekanan darah
✔ Mengatasi masalah darah beku ketika bersalin


Madu
✔ Membantu pertumbuhan fizikal dan mental bayi
✔ Mengurangkan alahan bagi ibu hamil
✔ Mencantikkan kulit ibu dan bayi
✔ Sebagai antibiotik semulajadi


Buah Delima
✔Mengurangkan risiko pre-eklampsia dan kekejangan
✔ Mengelakkan komplikasi seperti anemia
✔Sumber antioksida


Minyak Zaitun
✔ Mengurangkan tanda rekahan atau stretch mark
✔ Memudahkan proses kelahiran
✔ Menguatkan imuniti bayi


Kismis
✔ Menstabilkan tekanan darah dan kurangkan risiko stroke
✔ Menjadikan sistem pencernaan lebih baik
✔ Meningkatkan selera makan


Manna
✔ Tinggi prebiotik untuk bekalkan bakteria baik dalam tubuh
✔ Meningkatkan sistem imunisasi badan



Kebaikan Susu Kambing Nufael


Selain membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan ketika hamil, susu kambing Nufael juga sesuai diamalkan oleh pelbagai peringkat usia. Antara golongan yang amat disarankan mengambil susu kambing Nufael dalam diet harian adalah seperti:


Susu Kambing Nufael dengan 7 Khasiat Semulajadi Kurangkan Masalah Bayi Kuning



1. Kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas
✔ Mengurangkan masalah kembung perut dan penghadaman
✔ Meningkatkan kecerdasan fikiran dan penumpuan
✔ Menaikkan selera makan


2. Wanita dan lelaki dewasa
✔ Mencantikkan kulit
✔ Membekalkan tenaga tambahan
✔ Mengurangkan masalah insomnia
✔ Mengurangkan masalah kembung perut dan penghadaman


3. Warga emas
✔ Menguatkan tulang dan gigi
✔ Meningkatkan imunisasi badan
✔ Membekalkan tenaga tambahan



Testimoni Pelanggan yang Mengamalkan Susu Kambing Nufael


Berikut adalah beberapa testimoni pelanggan yang telah berpuas hati dengan susu kambing Nufael.







Cara Dapatkan Susu Kambing Nufael


Susu kambing Nufael merupakan produk daripada Feedmilk, iaitu satu jenama pakaian terkenal bagi penyusuan bayi di Malaysia. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan susu kambing Nufael, anda boleh lakukannya dengan melayari mana-mana laman sesawang di bawah untuk sebarang maklumat:

Laman sesawang untuk belian : Susu Kambing Nufael
Laman sesawang : Nufael Susu Kambing
Instagram : @nufaelsusukambing.hq
Instagram founder : @anyspaloma


Susu Kambing Nufael dengan 7 Khasiat Semulajadi Kurangkan Masalah Bayi Kuning


Jika anda ingin walk-in sendiri, anda boleh ke alamat HQ Feedmilk seperti yang tertera di bawah;

No 9, Jalan Keluli, AK7/AK,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No untuk dihubungi : 016-840 4932

Sekiranya anda berminat untuk menjana pendapatan dengan Susu Kambing Nufael, disarankan agar anda mendaftar di >> Pengedar Susu Nufael untuk menjadi pengedar. Anda berpeluang untuk menikmati nilai keuntungan seperti stokis dengan hanya modal dropship. Ramai yang berpuas hati dengan produk susu kambing Nufael ini. Lihat apa kata mereka yang telah merasai kesannya:

Daftar segera sebagai pengedar sekarang!
Jangan lambat kerana tawaran adalah terhad.

46 ulasan:

  1. susu kambing memang terbaik sebab sunnah nabi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tapi nak minum yang fresh, tak best..hamis sangat. Nufael sedap..

      Padam
  2. susu kambing mmg dah terbukti keberkesanannya slps susu ibu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, pilihan terbaik lepas susu ibu..

      Padam
  3. wah menarik...

    info ini sangat berguna untuk ibu-ibu yang mengandung sebagai persediean awal agar anak tidak terkena masalah kuning

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mrhanafi bolehlah suggest pada bakal wife minum susu nufael ni time preggy nanti tau :P

      Padam
  4. susu kambing memang bagus...

    BalasPadam
  5. Baguslah susu nufael ini.. AM suka sbb mengandungi buah delima, kurma dan kismis.. AM bagi tiap2 malam anak2 AM minum sebelum tido.. boleh elakkan kembung malam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke? Baru tau tentang kembung perut tu. Thanks AM kongsi info :)

      Padam
  6. This sounds really good, my both girls also have jaundice problems cause my blood type, should have gave this a try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybe we have same blood type since my kids also got jaundice problem. Just too late to know about this product, will start with next baby :p

      Padam
  7. byk dah susu kambing di pasaran.
    tetiba byk brand. bagus la. bila byk, company akan berlumba-lumba offer terbaik, kan.
    kita sebagai pembeli akan beruntung bila dpt brg yg berkualiti tinggi.
    semua lapisan umur boleh ekk minum susu nufael ni. bagus la. beli satu, utk seisi rumah :)
    aida lom pernah cuba any susu kambing. bcoz dulu kala pernah try, tak dpt nak terima dek hidung dan tekak :) ha ha ha ha...
    terbaru ni, ntah la. lom try kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..sama macam saya masa muda2 dulu. Dah tua ni terpaksa telan jugak tak kisah sedap ke tak sedap sebab sindrom mak2 dah berlaku terutama bila pregnant. Semua jadi lalu nak makanlah..

      Padam
  8. Dulu kalau dengar susu kambing susah skit nak minum maybe sebab baunya Yang hamis kut . Sekarang dah ada susu formula susu kambing rasa lebih berani nak cuba .Banyak khasiat susu kambing ni. Lepas ni nak cuba brand Nufael pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nufael sesuai untuk kecantikan juga tau awak. Boleh try minum Nufael, untuk kecantikan dalaman..

      Padam
  9. Masa mengandung anak kedua dulu pon suka minum susu kambing..memang Fateh xde kuning pon..2x je check darah.. Best kalau minum susu kambing kalau tak hamis ni..nnt nak try la Nufael..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepasni saya nak consistent minum susu kambing time pregnant. Bila datang buah M tu yang susah tu, baby keluar terus warded sebab kuning..

      Padam
  10. Selama ni tahu susu kambing bagus untuk baby tapi rupanya ibu mengandung pun dah boleh consume susu kambing. Susu Kambing Nufael ni produk baru ye. First time dengar. Bagus produk ni sebab ada baca 7 bahan organik semula jadi ada dalam susu kambing ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan baby yang minum susu kambing wak, bahaya..ibu pregnant yang kena minum untuk salurkan khasiat dia kepada baby..memang bagus Nufael ni sebab semua bahannya adalah organik dan sunnah

      Padam
  11. Susu kambing sedap ! Wah boleh elakkan kuning baby ye , nanti preggy kena try sbb dulu amalkan jgk susu lain tp kkena gak kuning huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita tapi salah saya juga sebab tak minum consistent aritu. Tunggu next baby pulak..

      Padam
  12. wahh ini susu kambing fattah anas. suka tengok adik fattah anas. pandai produk nufael pilih duta. Iday belum ada anak lagi tapi akan recommend dekat kawan-kawan yang ada anak dengan masalah jaundice. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel kan tengok adik Anas? Lepasni Iday pregnant pun boleh try jugak ye :)

      Padam
  13. Masalah jaundice memang menakutkan para ibu. Sedih kalau anak kena kuning dan kena ambil darah. kasihan anak. dah tahu cara nak cegah kuning dari awal boleh la ibu mengandung siap sedia minum susu Nufael masa mengandung lagi. Bahan-bahan pun organik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju diah, tapi itulah. Lambat jumpa Nufael. Baby ke3 nanti saya nak consistent minum susu kambing Nufael..aamiin..

      Padam
  14. TB pun minum susu kambing jugak masa pregnant hari tu.. Sebab hubby kata elok minum susu kambing.. insyaAllah anak tak kena kuning masa lahir nanti.. Alhamdulillah.. rezeki harraz lahir memang takde kuning lansung.. Apa2 pun semua Allah yang tentukan kan.. TB suka susu kambing yang tak berbau hamis ni.. Nufael ni ramai yang kata sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap dan tak hamis. Saya minum juga susu kambing masa pregnant tapi tak consistent. Keluar baby, kuning tinggi terus warded..

      Padam
  15. Wah..serius ke boleh turunkan kuning baby? Sebab bukan susu kambing x sesuai bwah 1 thun ke? Ke i salah(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahah..comella soalan awak..bukan untuk baby minum wak, untuk mak baby minum masa tengah pregnant. Kalau baby bawah 2 tahun tak sesuai minum susu kambing ni :D

      Padam
  16. Wah boleh amalkan ni sebab saya pun tengah preggy yang no 4.bolehlah elakkan baby kena kuning

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke? Sesuai untuk awak minum kalau macamtu..semoga dipermudahkan ye..

      Padam
  17. Teringin nak minum susu kambing.tapi tekak ni xleh terima susu selain susu HL.tengok khasiat dia pun banyak ni.Dulu masa mengandung konon nk minum susu last2 xleh telan sebab loya melampau2 haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, saya masa pregnant minum susu kambing rasa macam best pulak. Terbalik dengan masa sebelum pregnant, memang taknak susu kambing..

      Padam
  18. Susu nufael makin viral ya sekarang semenjak duta produk ini adalah adik Anas sendiri. hehe. Tapi itulah SR tak pernah cuba minum susu kambing. hehe mungkin akan cuba nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe masuk dalam wishlist dulu wak. Nanti terasa nak minum susu kambing, boleh terus order je..

      Padam
  19. Bagusnya susu ni ada kurma juga ya. Mmg bagus sbg antibodi untuk mengelakkan bayi dr penyakit kuning, tapi maklahnyg wajib minum kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maklah yang kena minum. Kalau anak yang minum, bahaya..baby lagi tu :D

      Padam
  20. Sounds like good for those who have babies. Since it can also reduce jaundice, hence every mommy should give this a try. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Absolutely, can recommend to your pregnant friends too :)

      Padam
  21. Baguskan dah ada macam-macam pilihan untuk parent nak bagi susu. Unik lah nama dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nama comel je. Tapi paling penting khasiat tu terbaik :)

      Padam
  22. wah banyak rupanya kelebihan susu nufael ni. kalau betol boleh jadi ubat budak kuning nanti nak kena recommand kat kawan-kawan lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sebab pemakanan ibu masa pregnant kena jaga. Kalau tak jaga kemungkinan terkena kuning kat baby tu tinggi. Recommend pada member ye :)

      Padam