Berus Gigi Kanak-Kanak Jordan Step dengan Reka Bentuk Menarik


Penjagaan kesihatan gigi kanak-kanak perlu diterapkan seawal usia bayi lagi. Sebaik sahaja gigi bayi mula tumbuh, ibu bapa perlu memainkan peranan menjaga gigi mereka dengan aktiviti memberus walaupun terpaksa menggosok perlahan dengan hanya menggunakan kain. Penjagaan awal mampu mencegah gigi kanak-kanak daripada rosak dan kekuningan. Selain itu, pemakanan yang seimbang juga mampu memberi kekuatan kepada gigi agar lebih kuat dan sihat.


Semasa awal pengenalan memberus gigi kepada Auni, masalah yang sering saya hadapi adalah Auni tidak selesa dan gembira dengan proses tersebut. Katanya sakit dan pedih walhal berus gigi yang saya gunakan adalah yang bersesuaian untuk kanak-kanak seusianya. Mungkin Auni masih tidak biasa atau tenaga saya agak kuat semasa proses memberus dilakukan. Jadi saya berikan berus gigi kepada Auni untuk dia memberus giginya sendiri.

Berus Gigi Kanak-Kanak Jordan Step dengan Reka Bentuk Menarik

Setiap kali mandi dan sebelum tidur, saya akan minta Auni untuk memberus gigi. Bagi mewujudkan suasana gembira semasa proses terseut dijalankan, saya akan menyanyi lagu kanak-kanak tentang cara memberus gigi yang betul. Auni akan turut serta dengan cara mengikut arah pergerakan memberus gigi mengikut nyanyian saya. Aktiviti ini ternyata menggembirakan Auni dan dia sangat excited setiap kali ingin memberus gigi. Selain itu saya berikannya berus gigi yang cantik dan menarik agar Auni sentiasa rasa ingin memberus gigi. Ternyata cara ini juga berkesan.

Dalam memilih produk penjagaan gigi untuk Auni, saya sentiasa percayakan Jordan. Selain telah berada lama dalam pasaran iaitu sejak tahun 1927, produk Jordan juga dihasilkan dengan kualiti yang baik dan reka bentuk yang bergaya. Produk yang berasal daripada Norway ini telah berjaya dinobatkan sebagai antara tiga jenama berus gigi terbaik di Malaysia pada tahun 2017. Jordan telah mengeksport produk keluarannya ke 15 pasaran Asia dan Eropah.

Berus Gigi Kanak-Kanak Jordan Step dengan Reka Bentuk Menarik

Apa yang paling saya suka tentang berus gigi Jordan adalah Jordan memperkenalkan Jordan Step bagi berus gigi kanak-kanak buatannya. Jordan step mempunyai beberapa peringkat iaitu Step 1, Step 2, Step 3 dan Step 4. Bagi setiap turutan peringkat, berus gigi dihasilkan dengan reka bentuk yang ergonomik bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak. Jadi berus gigi Jordan Step sesuai digunakan bagi kanak-kanak bermula seawal umur 0 sehingga 12 tahun.

Berus Gigi Kanak-Kanak Jordan Step dengan Reka Bentuk Menarik

Kakak memang teruja apabila menggunakan berus gigi Jordan kegemarannya kerana ilustrasi gambar kartun yang menarik dan berwarna-warni. Selain itu, pemegang berus gigi Jordan juga dihasilkan mengikut saiz berbeza bagi memudahkan pegangan kanak-kanak semasa proses memberus gigi. Saiz pemegang berus gigi yang paling besar adalah bagi kanak-kanak berumur 0 - 2 tahun dan yang paling halus adalah bagi kanak-kanak berumur 9 - 12 tahun.

Kanak-kanak tidak seharusnya berkongsi menggunakan ubat gigi yang sama dengan ibu dan ayah. Kenapa? Hal ini kerana tahap kandungan fluoride yang terdapat di dalam ubat gigi dewasa adalah lebih tinggi berbanding ubat gigi kanak-kanak. Penggunaan yang berlebihan boleh merosakkan gigi kanak-kanak. Penggunaan ubat gigi Jordan adalah disarankan kerana ia mengandungi kandungan fluoride yang disyorkan serta tidak mengandungi SLS. SLS atau Sodium Lauryl Sulphate merupakan bahan kimia yang digunakan bagi bertindak sebagai agen penghasilan buih. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan alahan, keradangan pada paru-paru serta nafas berbau.

Berus Gigi Kanak-Kanak Jordan Step dengan Reka Bentuk Menarik

Auni sangat suka menggunakan ubat gigi Jordan kerana rasanya seperti buah dan berbau wangi. Paling penting, produk Jordan adalah halal. Saya harap agar Auni akan terus menjaga kebersihan giginya dengan memberus bersama produk Jordan supaya lebih bersih dan berkilat. 

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. anak sedara kite pon pkai ni juga..suka sgt diarg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak kita suka sebab ada gambar kartun dan comel..samala tu kot dengan reason dengan anak sedara awak :D

      Padam
  2. comelnya semua design berus gigi kids ni..budak2 pun lagi bersemangat berus gigi bila guna berus gigi macamni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari2 nak menggosok tak payah suruh dah, automatik gosok gigi sebab ada berus gigi comel :D

      Padam
  3. atototot si kecik tu awat comey naaau pegang toothbrush. yang dewasa ni pun tengok comey.. pendekatan yang kretip buat comey2 kasi budak2 suka berus gigi =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha..apebenda atototot ni siti oii..first time mak dengar ni :P

      Padam
  4. Halah2.. Comelnya.. Rasa nak beli jugak , buat collection.. XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahahah..alahai kakak cantik pun nak beli jugak. Ni mesti perangai kanak-kanak riang lagi ni :P

      Padam
  5. kenapa laa berus utk org tua2 x mcm ni jg hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berus gigi orang tua macamni, konfirm jualan laku macam pisang goreng panas :D

      Padam
  6. Alahai cutenya berus gigi. Rasanya berus gigi dewasa pun kena ada reka bentuk kereta ke, pedang ke baru best gosok gigi. Hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha..ramai orang dewasa yang request nak berus gigi macam ni. Bolehla lepasni keluar berus gigi dewasa colourful macamni pulak..

      Padam
  7. Menarik reka bentuknya.. anak-anak suka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak-anak pun semangat nak menggosok gigi lepas dapat berus gigi cantik ni..

      Padam
  8. tomey tomey semuanyaa...memang penting berus gigi anak seawal gigi pertama tumbuh lagi..yang penting beli berus gigi yg sesuai utk usia mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sisgee, dari kecil kena ajar gosok gigi kan..

      Padam
  9. Comelnya berus gigi jirdan nie.. menggalakkan anak anak memberus gigi..

    BalasPadam
  10. Syafi pun guna set berus dan ubat gigi Jordan ni. Suka dengan design dia. Comel sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gimme five! Kalau pergi kedai memang cari Jordan sebab boleh tukar2 kartun kat pemegang tu..

      Padam