Monyet Pantai Teluk Cempedak Tarik Perhatian Pengunjung


Saya sekadar memenuhi cuti petang dengan berjalan di Pantai Teluk Cempedak pada hari Isnin yang lalu. Kebetulan suami bawa kami bercuti ke Pahang, jadi peluang bersiar-siar di tepi pantai yang terkenal ini tidak kami lepaskan.

Monyet di Pantai Teluk Cempedak Tarik Perhatian Pengunjung

Kali ini saya agak terkejut dengan sambutan yang kami terima sewaktu bersiar-siar di sini. Mana tidaknya, pelbagai jenis dan saiz monyet terdapat di sini dan kesemuanya menyambut kedatangan kami dengan mesra. Apa yang menariknya, mereka siap bergurau senda di tepi pantai dan di atas batu seolah-olah tidak risau dengan kehadiran kami. Malahan kami pula yang berasa risau dengan kehadiran mereka, bimbang jika kumpulan monyet menyerang hendap secara tiba-tiba.


Sebelum ini saya pernah ke Pantai Teluk Cempedak tetapi jumlah monyet pada ketika itu tidaklah sebanyak ini. Sepanjang laluan menaiki jambatan di kawasan berbatu, sukar untuk saya lihat kehadiran monyet kecuali di dalam kawasan bersemak. Tetapi lain pula keadaannya kini. Kawanan monyet dapat dilihat berada di kedai makan serta bergayut di wayar elektrik dan bumbung kedai. Selain itu, di sepanjang laluan jambatan, kebanyakan monyet yang berada di situ menghabiskan masa di tepi jambatan sambil bermain dengan ahli keluarga. Monyet yang berada di tepi pantai pula sibuk bermain kejar-kejar manakala yang berada di atas batu, berkumpul beramai-ramai. Agaknya sedang membawanglah tu.

Monyet di Pantai Teluk Cempedak Tarik Perhatian Pengunjung

Perasaan takut dan risau menyelubungi diri saya semasa menaiki jambatan. Iyelah, kami berjalan di atas jambatan dan kawanan monyet ini bermain di sebelah kami. Malahan ada juga yang mengikut kami kemana pergi, ingin minta makanan agaknya. Kakak asyik pegang tangan saya sepanjang perjalanan, manakala mulut saya pula asyik nak menjerit sahaja. Risau kalau-kalau monyet menggila tiba-tiba. Jika mereka hanya menjerit tak mengapa tetapi bagaimana jika mereka menarik barang yang saya bawa atau gigit anak-anak saya?
Nauzubillah..gerun betul rasanya.

Monyet di Pantai Teluk Cempedak Tarik Perhatian Pengunjung

Tidak sempat sampai ke penghujung jambatan, kami terus berpatah balik. Tak sanggup berlama-lamaan di atas jambatan memandangkan semakin banyak pula monyet yang mengikuti kami. Kebetulan terdapat dua ekor biawak sedang mencari makanan di dalam air di bawah jambatan, lalu banyaklah monyet yang memuncungkan mulut dan memanjangkan kepala untuk meninjau keadaan biawak tersebut. Dah macam manusia gayanya. Sambil melihat pemandangan sambil membawang >_<




Ternyata sudah lama saya tidak jejakkan kaki ke Pantai Teluk Cempedak. Meskipun begitu, pemandangan di tepi pantainya masih cantik seperti dahulu. Banyak kedai makan yang dibina dan pelbagai aktiviti menarik dijalankan di sekitar pantai. Terdapat beberapa gerai jualan dibuka di tepi jalan untuk menjual hasil kraftangan. Pentas kecil untuk persembahan nyanyian juga disediakan.

Monyet di Pantai Teluk Cempedak Tarik Perhatian Pengunjung
Monyet di Pantai Teluk Cempedak Tarik Perhatian Pengunjung

Selain itu, kedai menjual barangan seperti di downtown juga turut disediakan. Jika ingin menunaikan ibadah solat, jangan bimbang kerana surau disediakan berhampiran tandas. Jika ingin lebih meriah, jangan lupa untuk datang pada hujung minggu kerana lebih banyak aktiviti yang dijalankan.


Jika anda ingin bercuti di Pahang, jangan lupa untuk melihat monyet di Pantai Teluk Cempedak. Telatah mereka memang comel :)

Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. ramainyaaa!!ada yang ikot balik tak tuu?hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut balik, kita kasi jual je tepi jalan nanti..untung maaa :D

      Padam
  2. Banyaknya !! Mungkin salah satu sebab kita selalu bagi diorang makanan itu yang jadi diorang tak takut nak berkeliaran dekat situ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin jugak tu. Rasanya kalau meniaga kedai makan kat situ memang stress nak menghadap diorang ni..huhu

      Padam
  3. Balasan
    1. Dah mintak izin tu sebelum snap gambar, tu dia behave tu :D

      Padam
  4. takut betul kalau jumpa monyet..lagi2 kalau ada carry makanan..takut kena kejar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut kan. Kitorang singgah ke Zoo Teruntum, beli air kelapa kat dalam tu. Alih2 monyet tu datang nak rampas air, takut rasanya..

      Padam
  5. Sebelum pernah pergi tapi tak jumpa pulak.. tp selalunya kalau monyet kategori pelancongan kurang bahaya tetapi masih perlu berhati-hati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, hati2 sebab tak boleh nak jangka apa yang mereka nak buat kan..

      Padam
  6. lama betul sy x g pantai cempedak...rs nyer dulu x jumpa pun mana2 monyet kat situ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, sekarang ni bila tengok banyak monyet kat situ rasa macam terkejut pulak.

      Padam
  7. entry khas
    http://ejulz.blogspot.com/2018/08/mood-blogwalking-negeri-asal-nurzarini.html

    BalasPadam
  8. dah lama tak pgi pantai teluk cempedak. last pgi masa rombongan sekolah masa form 3 dulu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi..tu lama betul tu. Btw sekarang awak dah umur berapa? :D

      Padam
  9. Bestnya jalan jalan.. kalau kat selangor ni kat bukit melawati yang banyak monyet atau lotong dan budeng.. jinak jinak mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat Bukit Melawati tu ada monyet ye? Tak selalu pi sana tapi pernah pergi dulu tak jumpa pulak monyet. 2 kali je rasanya pergi tengok view atas tu..

      Padam
  10. kalo sekor dua ok gi.. banyak2 cemtu takut.. hehe comel tu comel tapi takut =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah perasaan kitorang time kat sana. Comel tapi takut. Nak tengok keletah diorang tapi takut nak berdiri dekat :D

      Padam
  11. seram gak monyet2 ni..umah saya..,belakang tu penuh dengan monyet maklum la..hutan...ehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah mak saya di kampung pun banyak monyet juga belakang rumah sebab ada pokok buah2an. Kalau musim buah tu memang berebut dengan diorang je la..

      Padam
  12. Alahai ramainya monyet kat situ. Zumal kekadang cuak tengok monyet tu takut dia serang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita..tapi monyet kat sini tak serang pun, datang dekat nak mintak makanan adalah. Tapi still takut jugak..

      Padam
  13. kalau jalan kat jambatan tu lagi banyak. seram juga. ana kalau nampak lari cepat2 sebab monyet2 ni suka merampas makanan. notty sgt. haha

    BalasPadam