Seiring peningkatan usia, kulit wajah juga akan melalui fasa perubahan tersendiri. Bermula daripada kemunculan jerawat, kulit wajah akan mula dihinggapi jeragat dan seterusnya mengalami proses kedutan dan kulit kendur. Oleh sebab itu tidak hairanlah jika wang ringgit banyak dilaburkan oleh golongan wanita bagi tujuan kecantikan. Seperti sedia maklum, kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan.
Ada yang beranggapan masalah kulit kendur merupakan perkara biasa kerana semua orang akan melalui proses penuaan. Walaubagaimanapun penjagaan kulit wajah yang betul mampu melambatkan proses penuaan. Salah satu kaedah yang sering digunakan bagi mengatasi masalah penuaan ini adalah dengan cara penggunaan serum.
SERUM
Serum merupakan cecair pekat jernih yang bertekstur ringan dan bebas minyak. Ia mengandungi bahan aktif yang tinggi dengan vitamin dan antioksida bagi tujuan kecantikan wajah. Dihasilkan dengan molekul zarah yang halus membolehkan ia meresapi kulit wajah dengan cepat dan bekerja 10 kali lebih baik berbanding krim wajah biasa. Kandungan utamanya seperti vitamin, asid amino, peptida, bahan pencerah, agen antioksida dan agen pengelupasan mampu mengembalikan keanjalan kepada kulit wajah. Pemakaian serum ternyata lebih berkesan untuk mengatasi masalah penuaan kerana kandungan bahan aktifnya yang banyak dan pekat serta kebolehannya untuk diserap lebih cepat ke dalam kulit wajah berbanding krim pelembap biasa.
CARA PEMAKAIAN
Serum boleh dipakai selepas mencuci muka dengan pencuci atau boleh juga diaplikasikan setelah pemakaian toner atau essence water. Kebanyakan serum didatangkan dengan bantuan dropper atau penitis untuk memudahkan proses pemakaiannya. Ada juga yang didatangkan dalam bentuk kapsul. Selepas pemakaian toner, ambil masa selama 15 minit sebelum pemakaian serum dilakukan. Titis serum ke bahagian pipi, dagu dan dahi kemudian oles perlahan dengan menggunakan jari mengikut lawan arah bulu roma. Tunggu selama 10 minit sebelum mula memakai krim muka bagi membolehkan serum diserap sekata ke seluruh kulit wajah. Penggunaan sebanyak dua kali sehari adalah terbaik bagi mengaktifkan sel kulit daripada dalam.
5 SERUM TERBAIK UNTUK MASALAH ANTI PENUAAN
1. CLINELLE CAVIAR GOLD FIRMING SERUM
Selain menganjalkan kulit kendur, serum ini mencerahkan tona kulit dan mengurangkan bintik penuaan. Diformulasi dengan Triple-Gold Super Lifting and Firming Complex, ia mampu meningkatkan proses regenerasi sel, membentuk kontur V, meningkatkan penghasilan kolagen serta meningkatkan keanjalan kulit wajah.
2. NUTOX ADVANCED SERUM CONCENTRATE
Diformulasikan dengan sarang burung dan teknologi Actigenic+, serum ini membantu mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus dan kedutan pada kulit wajah. Algae Makro dan ekstrak gentian India, Actigenic+ pula mengaktifkan struktur kulit untuk menjadikannya lebih anjal dan tegang dalam masa yang singkat.
3. INNISFREE SOYBEAN FIRMING SERUM
Serum ini dihasilkan dengan gabungan antara soycol-G dan adenosine membantu menganjalkan kulit dan menghilangkan garis halus di wajah. Manfaat anti-penuaan dari ekstrak Jeju soybean yang dihasilkan melalui kaedah fermentasi membantu meningkatkan daya keelastikan kulit. Ia juga membentuk lapisan pelindung kulit untuk menjadikannya lebih cantik dan bertenaga.
4. OLAY REGENERIST REGENERATING SERUM
Serum yang ultra ringan ini memulihkan sel kulit mati dan memberi keanjalan kepada kulit wajah. Dirumus dengan Olay's Amino Peptide Complex II, ia menembusi permukaan kulit wajah sehingga 10 kali ganda untuk memberi kelembapan maksima. Tidak berminyak dan cepat menyerap, ia merupakan serum yang sesuai dimiliki oleh mereka yang mempunyai masalah kulit kendur dan kering.
5. VITAMIN E DR. BEAU SERUM
Meskipun hadir dalam bentuk kapsul seperti minyak ikan cord, namun serum ini bukanlah untuk dimakan. Vitamin E Dr. Beau Serum merupakan serum yang sesuai digunakan bagi mengatasi masalah penuaan kerana ia mengandungi almond oil yang bertindak aktif untuk menganjalkan kulit wajah dan merawat sel kulit mati. Ia juga mempunyai pelbagai manfaat lain yang amat sesuai digunakan bagi mereka yang berhasrat mendapatkan kulit gebu dan anjal pada usia emas. Saya juga pengguna serum Dr. Beau, jadi apa kata jika kita lihat apa manfaat Vitamin E Dr. Beau Serum ini secara terperinci.
Penggunaan Vitamin E Dr. Beau Serum seawal usia 25 tahun mampu membantu mengekalkan keremajaan kulit wajah sekaligus melambatkan masalah penuaan. Walaubagaimanapun, bagi mereka yang telah mencapai usia 30 tahun ke atas, masih belum terlewat untuk menggunakan serum ini kerana ia mengandungi pelbagai khasiat hasil daripada campuran 6 minyak semulajadi alam yang mampu membaiki sel kulit mati dan mengurangkan masalah penuaan.
Kandungan Utama di dalam Vitamin E Dr. Beau Serum
- Rosehip Oil - Melembut dan melembapkan kulit wajah
- Argan Oil - Mengawal lebihan minyak pada kulit
- Almond Oil - Mengurangkan kedutan dan merawat sel kulit mati
- Apricot Kernel Oil - Mengandungi Vitamin A,C dan E yang melindungi kulit daripada masalah akibat sinar UV dan memberi kelembapan terutama untuk kulit sensitif
- Wheatgerm Oil - Mengandungi Vitamin A, D dan E serta protein dan mineral untuk kesihatan kulit wajah
- Evening Primrose Oil - Mengandungi lemak Omega-3 yang memberi kesegaran pada kulit wajah
Cara Penggunaan Vitamin E Dr. Beau Serum
Manfaat Penggunaan Vitamin E Dr. Beau Serum
- Mengurangkan kedutan dan menganjalkan kulit
- Merawat dan membaiki sel kulit mati
- Mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- Mengatasi masalah kulit kering dan berminyak
- Membantu masalah eczema dan kulit sensitif
- Melindungi kulit daripada sinar UV
- Mengurangkan masalah pigmentasi
- Mencerahkan kulit secara semulajadi
- Memudarkan parut pada wajah
Kelebihan Vitamin E Dr. Beau Serum
- Mudah meresap ke dalam kulit wajah
- Bertindak sebagai pelembap dan pelindung muka
- Boleh dijadikan sebagai base make up
- Boleh digunakan bersama dengan foundation
- Boleh digunakan sebagai pelembap pada rambut, tumit, bibir dan bahagian badan yang lain
- Diperbuat daripada 100% bahan organik dan tiada campuran bahan kimia
- Sesuai digunakan oleh semua peringkat usia
- Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit.
Review Selepas Menggunakan Vitamin E Dr. Beau Serum
Saya baru sahaja menggunakan Vitamin E Dr. Beau Serum dan saya amat teruja dengan hasilnya. Meskipun pada awal penggunaannya, terasa seperti berminyak di muka namun rasa itu hilang selepas beberapa ketika kerana serum ini meresap cepat ke dalam kulit wajah. Jadi saya masih tertanya-tanya bagaimana campuran minyak ini boleh menghasilkan rasa yang tidak berminyak di wajah dan apabila ia kering, saya terasa seolah-olah tidak memakai serum di muka. Ia sungguh kering dan tidak berminyak!
Masalah pada kulit wajah saya adalah ia sedikit berminyak. Setelah beberapa hari penggunaan Vitamin E Dr. Beau Serum, saya dapati kulit muka saya lebih kering dan lembut. Ia seolah-olah memberi kesan neutral pada wajah kerana ia tidak menjadikan kulit saya sangat kering sehingga merengsakan kulit wajah. Kulit saya menjadi kurang berminyak tetapi masih lembut dan tidak terlalu kering.
Saya tidak mempunyai masalah jerawat atau jeragat di wajah, namun saya mempunyai masalah milia atau bintik kolesterol di bawah mata. Apa yang menariknya tentang Vitamin E Dr. Beau Serum ini adalah ia mampu mengurangkan masalah milia pada wajah kerana mengandungi minyak argan yang membantu mengawal penghasilan minyak atau sebum berlebihan. Saya amat berharap agar kesan jangka panjang penggunaan serum ini dapat mengurangkan atau menghilangkan terus milia di wajah saya. Buat masa kini saya dapat lihat kurangnya penghasilan minyak di muka setelah menggunakan Vitamin E Dr. Beau Serum.
Disebabkan ia diperbuat daripada sumber alami yang memang mahal harganya, saya pasti akan menghabiskan setiap titisan di dalam kapsulnya. Kapsul yang kuat dan tidak mudah pecah menjamin mutu dan kualiti serum. Saya sangat suka dengan bau serum yang lembut dan harum. Setiap kali menggunakannya di wajah, saya pasti tidak akan terlepas menikmati aroma harumnya. Saya akan memakai serum ini terlebih dahulu sebelum tidur untuk mewujudkan perasaan tenang dan selesa.
Cara untuk Memilikinya
Jika anda berminat untuk mendapatkan Vitamin E Dr. Beau Serum ini seperti saya, hanya layari laman web Dr. Beau Malaysia seperti di bawah:
Cara untuk Memilikinya
Jika anda berminat untuk mendapatkan Vitamin E Dr. Beau Serum ini seperti saya, hanya layari laman web Dr. Beau Malaysia seperti di bawah:
Facebook : Dr. Beau Malaysia
Youtube : Teja Herbs TV
Instagram : Dr. Beau Official
Hubungi : 016 - 963 3443
Harga : RM96 / 30 biji kapsul (100 gram)
12 Ulasan
Gud info !! Thanks for sharing
BalasPadamWelcome CikTie :)
Padamwahh bagus ni . tq for sharing
BalasPadamThanks Rabia :)
Padamserum mmg bagus untuk kulit wajah..
BalasPadamBetul tu, membaiki sel kulit daripada dalam..memang sesuai pakai pada usia saya sekarang :D
PadamAkak tertarik dgn serum Dr Beau - ingredients sgt mengkagumkan. Serum mmg penting utk melambatkan proses penuaan kulit, especially bila umur dah melebihi 35.
BalasPadamItulah yang saya start pakai serum sekarang ni kak..umur dah cecah 30-an memang kulit start berkedut :D
Padamsebotol tu boleh tahan berapa lama?
BalasPadamSebotol tu ada 30 kapsul, tahan untuk sebulan Anies :)
Padamsaya tak ada lagi serum untuk kulit wajah saya..boleh la try Dr Beau ni
BalasPadamTapi kulit muka awak glow glowing je saya tengok, kalau nak pakai serum nanti boleh cuba DrBeau ni :)
Padam