Cara Tempah Tiket Flight dengan Apps Traveloka


Tahukah anda bahawa Hari Raya Aidilfitri akan tiba 19 hari sahaja lagi?

Bagi yang berada jauh di perantauan, adakah anda telah menempah tiket penerbangan pulang ke kampung halaman? Jangan lambat, pastikan anda membuat tempahan segera untuk mengelakkan  masalah timbul di kemudian hari.

Cara Tempah Tiket Flight dengan Apps Traveloka

Dalam proses membuat tempahan tiket penerbangan yang berkualiti adalah penting untuk memilih syarikat yang menawarkan tiket dengan harga murah, boleh dipercayai dan efisien.
Bagi saya, Traveloka pilihan utama.

Selain menyediakan pilihan harga murah yang dikemaskini setiap hari, Traveloka juga menawarkan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan efisien. Proses tempahan dapat dilakukan di rumah tanpa perlu melakukan transaksi jual beli tiket di kaunter. Tidak perlu bersusah payah memandu, mencari parking, beratur dan berpenat lelah semata-mata ingin menempah tiket penerbangan.

Hanya lakukan di rumah, semuanya di hujung jari anda.

Cara Tempah Tiket Flight dengan Apps Traveloka

Apa itu Traveloka?

Traveloka merupakan satu platform tempahan penerbangan dan hotel yang terkemuka di Asia Tenggara. Ia menawarkan lebih daripada 100,000 penerbangan dan 100,000 hotel di Asia Pasifik untuk pilihan pelanggannya dan sentiasa komited dalam menawarkan kadar penerbangan dan kadar hotel yang paling murah setiap hari.

Dalam bahasa mudah, Traveloka mengumpulkan pelbagai syarikat penerbangan dan hotel berbeza di bawah satu bumbung untuk memudahkan pelanggan membuat bandingan harga dan perkhidmatan yang ditawarkan. Traveloka membantu dan memudahkan pelanggan membuat pilihan tanpa perlu membuka carian lain di internet.

Tidak tahu cara membuat tempahan tiket penerbangan di Traveloka?

Jangan bimbang, saya akan kongsikan cara yang mudah untuk anda mula membuat tempahan hari ini. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah install dahulu apps Traveloka di Google Play Store.

Cara Tempah Tiket Flight dengan Apps Traveloka

Memandangkan penduduk di Sabah akan menyambut dua cuti utama iaitu Pesta Menuai dan Hari Raya Aidilfitri dalam masa terdekat, jadi apa kata jika saya kongsikan cara untuk membuat pembelian tiket flights from Kuala Lumpur to Kota Kinabalu dengan cara yang mudah dan selamat melalui Traveloka.


Cara membuat belian tiket penerbangan di Traveloka


1. Buka apps Traveloka (install dari Google Play Store)

2. Klik Penerbangan

3. Masukkan maklumat yang diminta.
Tetapkan pilihan laluan sehala atau dua hala.
Kuala Lumpur sebagai tempat pelepasan dan Kota Kinabalu sebagai destinasi.

4. Klik Cari

5. Pilih daripada tawaran syarikat penerbangan yang ditawarkan.
Waktu pelepasan adalah berbeza bagi setiap penerbangan.
Pelbagai syarikat penerbangan ditawarkan samada daripada MAS, Air Asia, Malindo Air
dan banyak lagi. Klik pada pilihan anda.

6. Anda akan dibawa ke laman berikutnya.
Lengkapkan maklumat diri bagi tujuan pembayaran.
Isi semua yang berkaitan dengan tepat.

7. Buat bayaran.

8. Siap!


Inginkan tips bagi dapatkan tiket pada harga murah?

Pastikan anda membuat tempahan awal. Jika ingin harga super jimat, 6 bulan atau setahun sebelum berlepas anda sudah boleh mula menempah tiket penerbangan. Selain itu, jika anda telah mendapat harga terendah, terus buat tempahan. Jangan tunggu kerana harga akan berubah setiap hari. Bimbang harga akan mencanak naik pula keesokan hari.

Pastikan maklumat diri dan nombor telefon yang betul dimasukkan semasa proses tempahan. Ini kerana, e-ticket akan dihantar terus ke telefon bimbit dan akan diperlukan semasa proses pendaftaran. E-ticket merupakan tiket masuk anda, jadi jika anda tidak menerimanya, bagaimana anda ingin menaiki kapal terbang?

Jadi pastikan maklumat yang anda masukkan adalah tepat.

Anda boleh membuat bayaran tempahan samada secara online atau menggunakan kad kredit. Jangan lupa, Traveloka juga menawarkan senarai hotel pada kadar yang murah. Jadi, anda tidak perlu membuka laman web atau apps lain untuk membuat tempahan bilik hotel. Hanya klik pada Hotel di menu utama untuk membuat carian mengikut budget anda.

Cara Tempah Tiket Flight dengan Apps Traveloka

Untuk mendapatkan harga promosi, jangan lupa untuk klik Promosi Semasa di menu utama. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat menempah tiket dengan harga promosi yang menjimatkan.

Adakah tempahan di aplikasi ini selamat?

Ya, tempahan anda selamat kerana dilindungi dengan teknologi rapid RSS yang sah. E-ticket akan dihantar terus ke e-mail pelanggan semasa proses tempahan penerbangan dan hotel dibuat. Hanya print out dan bawa bersama semasa proses pendaftaran dilakukan.

Tunggu apa lagi?
Jom mula menempah tiket penerbangaan dan hotel anda menggunakan apps Traveloka.
Semoga cuti anda menggembirakan!

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Kena tempah awal, lewat2 habis tiket raya sorang2 la jawabnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..tapi in shaa Allah ada tiket walaupun malam raya. Cuma mahal sikitla pasal dah last minit kan

      Padam
  2. saya baru sahaja beli tiket flight untuk pulang ke kampung dengan traveloka..

    memang best dan mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah mrhanafi kerana dah membuat keputusan bijak dengan memilih Traveloka :)

      Padam
  3. Thank you for sharing kak!! ^^ apa-apa pun traveloka dulu! heehe tumpang iklan jap >_<

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Setuju! Tak perlu buka banyak apps dah lepasni untuk cari flight dan hotel.

      Padam
  5. terbaik lah
    traveloka memang bagus dan memudahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, selama ni ingat Traveloka cuma ada flight booking je, rupanya hotel pun ada. Memang terbaik!

      Padam
  6. terima kasih kongsi. tak pernah lagi beli tiket flight guna traveloka. boleh la next trip kot2 dapat lagi murah kan

    | blog aimanabdullah |

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la cuba lepas ni, nak book hotel pun boleh jugak tau. Sekarang tengah ada promosi, memang harga murah :)

      Padam
  7. Balasan
    1. Kan? Flight ada, hotel pun boleh book jugak :)

      Padam
  8. skrg dah mudah...serba serbi di hjg jari cuma tu laa $$ je yg x berapa nk mudah hahaha

    BalasPadam
  9. menarik.. teringin nak melancong ngan wife. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah ada rezeki nanti boleh bawak wife jalan-jalan ye :)

      Padam
  10. As Salam..
    Nak tanya...jika beli tiket di traveloka ni...mcm mana ye nak tau sekiranya flight delay ke...reschedule ke.
    Mcm mana pulak sekiranya nak manage semula contoh beli bagasi ke, etc..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam wak..
      Untuk isu macamni, awak boleh pergi ke apps traveloka dan klik pada bahagian help center. Kat situ ada macam2 jawapan bagi soalan yang biasa ditanya macam soalan awak ni. Kalau masih tak faham, boleh direct call ke Traveloka. No telefon ada di apps.

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail