Khamis, 17 Mei 2018

Motivasi : Bersyukurkah Kita?


Seorang anak kecil berusia lingkungan 3 tahun berada di atas sebuah motorsikal Honda lama di bawah terik mentari jam 12.30 tengahari. Motorsikal itu sedang berhenti di persimpangan jalan sementara menanti lampu isyarat kembali bertukar hijau. Di tangan si anak kecil terdapat seekor patung itik, digunakannya untuk bermain bagi mengisi masa terluang sementara menanti ayah kembali memulakan perjalanan. Di belakang anak kelihatan sang ayah sedang terkial-kial berusaha mencabut baju sejuk yang dipakainya.

Cuaca tidak sejuk, sangat panas membahang. Namun baju sejuk itu dipakainya sebagai pelindung semasa menaiki motosikal bagi mengelakkan daripada terkena serpihan pasir dan batu. Dicabut baju tersebut dan segera disarung ke atas kepala dan badan anak perempuan yang berada di hadapannya. 'Anak ini kepanasan dan perlu dilindungi', mungkin itu yang sedang difikirkan oleh si ayah. Cuaca masih sangat panas membahang dan kelihatan di belakang ayah terdapat seorang wanita, ibu kepada si anak kecil mungkin. Kedua belah tangannya memegang kejap mesin rumput. Pautannya kemas untuk mengelakkan mesin rumput dari terjatuh. 

Jika dilihat dangan mata kasar, apalah yang hendak dihairankan dengan situasi tersebut. Masih ramai yang susah di Malaysia ini, paling tidak mereka masih ada sebuah motorsikal. Tetapi di dalam hati saya yang masih kurang mengucapkan erti perkataan syukur ini, senario tersebut mengundang rasa sedih dan sayu. Tanpa sedar, airmata mengalir di pipi.


Motivasi : Bersyukurkah Kita?


Besarnya ujian mereka Ya Allah. Si anak walaupun masih kecil telah dibawa ke tempat kerja menemani ayahnya memotong rumput. Mungkin tiada tempat untuk ditinggalkan anaknya. Jika dihantar kepada pengasuh banyak mana pula perlu dibayar walhal berapa sangat wang yang diperoleh sang ayah hasil daripada memotong rumput. Si ibu pula, diperlukan tenaganya untuk memegang mesin rumput ketika si ayah membawa motorsikal. Mungkin juga menjadi penjaga bagi anak kecil dan juga pembantu tambahan buat sang ayah. Dan mereka hanya mempunyai motorsikal lama yang digunakan untuk membawa keluarga kecil ini ke sana ke mari mencari rezeki.

Dalam kegembiraan kita menaiki kereta, menikmati sejuknya angin penyaman udara, keluarga kecil ini menahan panas di atas motorsikal usang demi mencari rezeki. 

Ini adalah senario yang saya lihat semasa ingin ke bandar tengahari semalam. Benar-benar menjentik hati agar sentiasa mengucapkan syukur dengan nikmat yang telah Allah kurniakan. Dan agar tidak lokek untuk sentiasa membantu mereka yang lebih memerlukan. Semoga peringatan yang Allah tunjukkan ini, dapat membuka minda kita semua bahawa tidak semua yang ada di sekeliling kita mampu. Buka mata dan bantulah setakat yang mampu.

Salam Ramadhan.

14 ulasan:

  1. Masa kecil dulu macam ni la :) Rumah sy xde kereta. Lepas dah naik sekolah menengah, kalau bapa xjadi nak hantar dengan motor, naik bas ja. Kalau dah lambat tak tunggu bas dah, jalan pi sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah sebab YS membesar jadi anak yang pandai dan baik. Semoga kita dapat bantu mak dan ayah kita pulak kan? Kesian mereka bersusah payah untuk besarkan kita. Sedih tengok situasi tu :(

      Padam
  2. fuh !..

    tersangat menyedihkan kisah ini..

    saya sedih dengan anak yang kecil..

    tiada ibu bersama..

    Ya Allah ..murahkan rezeki insan tersebut..

    aamiin.



    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..semoga Allah sentiasa jaga dan murahkan rezeki mereka..

      Padam
  3. Hana lah tu spesis yg liat betul nak bersyukur T^T
    .
    Thank you for this entry kak!! :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita Hana, nak gimme five pun malu..aiseh..

      Padam
  4. Bergenang air mata.. Perkongsian ini menginsafkan..
    Kadang-kadang kita terlupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun selalu terlupa bersyukur, mesti ada saje benda yang nak ditambah dalam fikiran padahal apa yang Allah beri, dah lebih dari mencukupi..Allahu..

      Padam
  5. betul tu kadang kita lupa nak bersyukur dengan nikmat yang kita ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu akak ni lupa nak bersyukur, semoga Allah jadikan kita hamba yang sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada..

      Padam
  6. kalau kita rs susah dan sempit skrg, maka fikirkanlah di luar sn ada yg jauhhhh lg susah dan sempit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, semoga kita sentiasa bersyukur..

      Padam