Cuci Mata di Cactus Point Cameron Highland


Saya berpeluang menjejakkan kaki ke Cactus Point pada cuti yang lalu. 

Cuci Mata di Cactus Point Cameron Highland

Plan asalnya hendak memetik strawberry di EQ Farm. Namun disebabkan terpaksa menempuh kesesakan jalanraya selama dua jam dalam perjalanan dari Tanah Rata ke Brinchang, jadi kami mengambil keputusan untuk singgah di Cactus Point seketika bagi menjawab panggilan alam dan menyegarkan diri.


Disebabkan Cactus Point terletak di tepi jalan utama dan menyediakan tempat parking kenderaan percuma dan besar, jadi ia sangat mudah menjadi tumpuan pelancong samada untuk melepaskan lelah atau menambah koleksi pokok cactus di rumah.

Cuci Mata di Cactus Point Cameron Highland

Pada asalnya saya tidak merancang untuk membeli sebarang pokok semasa singgah di sini. Akan tetapi sebaik masuk sahaja ke dalam kedai, saya secara automatik bertukar sifat menjadi ala-ala makcik kampung yang suka tanam pokok bunga. Ya Allah tak tahan godaan tengok pokok cactus di sini. Pelbagai jenis dan saiz pokok cactus yang dijual. Harga pula bermula dari RM2 hingga ke berpuluh ribu untuk satu pokok.
Menggoda betul.

Cuci Mata di Cactus Point Cameron Highland
Cactus Point yang terletak di Brinchang Cameron Highland merupakan syurga beli belah bagi peminat pelbagai jenis pokok cactus. Selain menjual pelbagai jenis cactus, pokok bunga dan pokok buah-buahan juga dijual di sini. Dengan saiz kedai sebesar gudang, memang tidak mustahil banyak jenis pokok mampu dimuatkan di dalam Cactus Point. Selain itu para pekerja di Cactus Point juga peramah dan tandas yang disediakan juga bersih dan selesa. Memang perlu dimasukkan ke dalam list untuk dilawati sekiranya datang ke Cameron Highland.


Saya dengan tak sengaja telah membeli 3 pasu kecil pokok cactus yang berharga RM4 untuk satu pasu. Setelah siap membuat bayaran, saya ke bahagian kiri kedai untuk melihat pokok bunga yang dijual. Terdapat pokok anggur yang telah disemai dan dijual dengan harga RM12 sahaja di sini. Harganya tentu mencanak naik jika dijual di kampung halaman saya. Walaupun hati memang nak beli tapi apakan daya kami akan meneruskan perjalanan ke KL pula untuk semalaman. Bimbang jika dibeli, pokok tidak mampu bertahan pula dalam cuaca panas.

Cuci Mata di Cactus Point Cameron Highland
Cuci Mata di Cactus Point Cameron Highland

Jika datang bercuti ke Cameron Highland, jangan lupa untuk singgah ke Cactus Point. Walaupun anda tidak merancang untuk ke sini, namun jika dah singgah pasti tidak menyesal terutama kepada peminat pokok dan cactus. Jika tidak membuat sebarang belian pun, anda boleh bergambar dengan pelbagai jenis pokok cactus yang terdapat di sini untuk dijadikan kenangan.


Sekiranya anda ingin ke sini, hanya masukkan Cactus Point ke dalam ruang carian aplikasi Waze dan mula memandu. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah;

Alamat: Cactus Point, Brinchang, 39 000 Cameron Highland, Pahang
No telefon: 011-1782 9384
Waktu operasi: 9am - 6pm
Masuk: Percuma

Semoga percutian anda ke Cameron Highland menjadi percutian bermakna yang akan dikenang selalu. Rancang jadual perjalanan dan elakkan bercuti semasa hari minggu untuk mengelakkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Namun jika anda tersangkut dalam jem, jangan lupa untuk singgah ke Cactus Point untuk menenangkan jiwa. 
Have a safe journey!

Catat Ulasan

27 Ulasan

  1. bestnya tengok hijau hjau. teringin nak beli satu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tenang je tengok hijau kan? Tapi kalau beli satu memang tak berapa jadi nak tenang, kena beli sepuluh lepas tu susun depan rumah. Baru tenang :D

      Padam
  2. Cantik pula tengok kaktus-kaktus yang pelbagai color tu.
    Pernah pergi Cameron tapi tak pernah masuk Cactus Point lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun first time ni masuk Cactus Point tapi memang tak menyesal kalau masuk. Rambang mata nak2 harga start dari RM2. Sakan la Mrs A..

      Padam
  3. Suka tengok pelbagai bentuk kaktus..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sha pun minat cactus? Nanti dah masuk rumah baru, boleh tanam cactus depan rumah. Mesti cantik..

      Padam
  4. bentuk cantik-cantik, teringin nak repeat lagi. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time pergi rasanya saya mesti repeat lagi :D

      Padam
  5. Balasan
    1. Cantik kan? Tapi kalau susun seketul dia je tak berapa cantik. Bila berkawan reramai tu memang naik sangat warna dia..

      Padam
    2. ha'ah betul tu banyak2 baru nampak meriah macam tu. Dekat rumah ada jugak tanam cuma tak berbunga lagi

      Padam
    3. Musim panas sekarang, tak lama lagi berbunga la tu..caiyok cactus Farhanna :)

      Padam
  6. Hana dah lama berangan nak bela kaktus untuk letak tepi tingkap bilik.. hehe kaktus kan ala-ala spesis brutel cam Hana ni hahah >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti kes Hana banyak tengok TV citer omputeh ni kan? Susun pokok tepi tingkap..hehe. Tapi akak pun beli susun tepi tingkap jugak ni, tingkap dapur..

      Padam
  7. cantik sangat..

    boleh dijadikan wish list untuk berbulan madu nanti..

    in shaa Allag

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah, mesti wife mrhanafi happy nanti. Jangan lupa kasi hadiah buang sekali tau, bunga murah kat sana :D

      Padam
  8. cactus2 bulat tu mcm tembikai😆 dr jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tembikai yang kalau makan, luka teruk mulut..haha

      Padam
  9. sukanya tengok pelbagai jenis species kaktus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dari tak minat tetiba jatuh cinta pulak dengan kaktus..tu yang terus beli tu

      Padam
  10. Dah bookmark. Travel goals ahaks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nak masukkan Taipei dalam travel goal, please buat entry panjang dengan gambar YS..nak tengok tempat best kat sana jugak

      Padam
  11. rindu la dekat cameron.. mek sepanjang yg duk melawat cameron, tk pernah pulak singgah sini

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Jom pergi sana sama-sama nak? Weekend ni jom Cik Ash!

      Padam