Cara Ubah Jarak Antara Baris Menggunakan HTML


Setelah lama mencari akhirnya terjumpa jugak cara nak ubah jarak antara baris perkataan atau line spacing. Caranya pun tak sesusah mana sebab cuma perlu cari dan ubah keyword di HTML kod sahaja.

Disebabkan jarak tulisan yang agak rapat antara baris sebelum ni, saya pun berhasrat nak ubah line spacing yang lebih besar. Bila dah ubah line spacing ni, terasa seronok sikit mata memandang. Nak membaca pun tak lah pening sangat.


Cara Ubah Jarak Antara Baris (Line Spacing)


1. Log masuk ke blogger.
2. Klik Theme.
3. Klik Edit HTML.
4. Klik dalam kotak HTML dan tekan CTRL + F. Akan keluar kotak carian.
5. Tulis kod ini pada kotak carian.
.post-body{
6. Klik Enter.
6. Kalau dah jumpa, di bawah kod tersebut cari baris yang ditulis perkataan ini
;line-height:80px;
7. Ubah pada nombor yang berwarna merah. Kalau nak jarak lebih jauh antara baris, masukkan nombor yang lebih besar. Dan sebaliknya untuk jarak yang kecil.

Boleh rujuk contoh pada gambar di bawah.


Cara Ubah Jarak Antara Baris Menggunakan HTML


Dengan menggunakan cara yang sama, anda juga boleh mengubah saiz tulisan yang dikehendaki. Cuma cari perkataan ;font-size:75px; dan ubah pada nombor berwarna merah.

Selamat mencuba!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Nice sharing. Sy bookmark ya, nanti bila ada masa edit blog nak masukkan sekali..

    BalasPadam
  2. Asalam..jika tak seni rosak blog ..kena betul2 mahir..terima kasih ilmu blog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..betul wak. Kalau tak pandai mau jem terus blog, apa2 nak buat kena buat back up dulu, takut jem nanti..

      Padam