Thursday, 5 April 2018

19 Tanda-tanda Awal Terkena Sihir


Sudah 22 tahun arwah nenek meninggal dunia.
Al-Fatihah.

Arwah nenek bukan meninggal disebabkan sakit biasa. Arwah nenek disihir. Dan sehingga tiba ajalnya, nenek masih menderita sakit akibat disihir.

Sebelum nenek meninggal, ustaz yang dipanggil pada ketika itu memberitahu ada katak ditanam di bawah tangga laluan utama. Kertas yang dijampi telah disumbat ke dalam perut katak sebelum ditutup dengan tempurung dan dikambus hidup-hidup dengan tanah.

Disebabkan telah lama ditanam, ia sukar dikeluarkan. Sekiranya kertas tersebut hancur maka akan tamatlah riwayat nenek. Jadi ustaz hanya membacakan doa agar sihir jampi itu dapat dipatahkan.

Sebelum meninggal dunia, nenek tiba-tiba boleh makan dengan berselera.
Namun, itu rupanya petanda bahawa nenek ingin pergi jauh.


19 Tanda-tanda Awal Terkena Sihir


Jika dilihat secara fizikal, tiada siapa yang menyangka nenek disihir. Pasti ramai mengatakan nenek meninggal dunia kerana sakit tua.

Begitu juga bagi orang yang terkena sihir. Mereka tidak akan menyangka bahawa mereka terkena sihir sehinggalah perkara ekstrem yang lebih buruk berlaku seperti kerasukan atau penampakan makhluk halus.

Jadi, bagaimana caranya mengesan diri sedang disihir?
Ada beberapa cara yang mudah mengetahui samada diri sedang disihir. Kita sendiri mampu merasainya.

1. Perasaan malas untuk melakukan ibadat dan suka melakukan maksiat.
2. Merasa takut secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas.
3. Jantung sentiasa berdebar-debar dan badan menjadi lesu.
4. Kerap menguap dan gelisah apabila mendengar alunan Al-Quran.
5. Sentiasa terasa diperhatikan walaupun tiada sesiapa pada waktu tersebut.
6. Sering berkhayal, mengelamun dan lebih suka bersendirian.
7. Sukar tidur malam.
8. Sukar mengawal emosi dan sering marah serta sukar mengawal baran.
9. Sakit pada sesetengah angota badan tetapi tidak menemui punca apabila didiagnos oleh doktor.
10. Suasana dalam rumah menjadi panas dan anggotanya kerap bergaduh dan bermasalah.
11. Sering melihat kelibat di rumah.
12. Sering terhidu bauan wangi atau hanyir secara tiba-tiba.
13. Sukar khusyuk dalam melakukan ibadat.
14. Sering pening dan sakit kepala.
15. Fikiran sentiasa runsing dan berkecamuk.
16. Sering sakit pinggang.
17. Kerap mimpi seram dan menakutkan.
18. Muncul tanda lebam pada anggota badan.
19. Batuk yang berpanjangan.


Ini adalah tanda-tanda awal yang boleh dikesan sekiranya seseorang terkena sihir. Jika anda mengalami petanda-petanda ini, percayalah kata hati anda. Segera berusaha mencari penawar dan berjumpa dengan mereka yang arif untuk sesi rawatan untuk mengelakkan masalah yang lebih besar berlaku.

Masih teringat kenangan masa kecil. Nenek tidak pernah memasak. Setiap kali pulang ke kampung, nenek cuma berada di atas katil usangnya. Walaupun sakit, muka nenek tetap cantik. Raut wajahnya kecil, putih dan sentiasa tersenyum.

Rumah kampung separa batu dan kayu dengan halaman yang luas dihiasi pokok stor sebesar pemeluk di bahagian hadapan dan telaga di belakang rumah menggamit memori untuk pulang ke kampung. Tapi apakan daya, rumah nenek sudah ibu jual.

Kerana kesan daripada sihir masih ada. ibu tak betah berada di rumahnya sendiri. Ibu pula diganggu. Rimas. Ibu mengambil keputusan menjualnya.


Gambar dari Google


Siapa tukang sihir?

Wallahualam. Walaupun ada yang mengatakan jiran sebelah rumah nenek yang buat tapi sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Abang pernah tinggal sementara di rumah nenek. Beliau bermimpi anak jiran sebelah rumah datang berjumpanya dan memberitahu ada sesuatu yang ditanam oleh ibunya di bawah tangga utama rumah.

Abang cuba menggali di bawah tangga tersebut tapi tidak menemui apa-apa. Jadi dia menganggap mimpi tersebut hanya mainan tidur. Namun, siapa sangka katak yang ditanam di bawah tangga rumah sebelum ini juga berada di lokasi yang sama. 

Semoga si tukang sihir bertaubat dan mendapat pengampunan Allah.
Semoga arwah datuk dan nenek berada di kalangan orang beriman dan dijauhkan dari seksaan api neraka.

Dan semoga kita dijauhkan dari terlibat dengan sihir atau disihir.
Aamiin..

20 comments:

  1. Takutnyaaa T^T semoga kita dijauhkan dari terkena sihir ~amiin
    .
    Thanks for sharing dear kakak! hehe >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..takpe Allah ada. Allah jaga Hana dengan akak ye..

      Delete
  2. Allahu.. Semoga Allah melindungi kita semua daripada sihir ..
    Bersabarlah, semoga nenek awak dtempatkan bersama golongan yg beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..aamiin..semoga Allah sentiasa jaga kita dari kejahatan makhluk-Nya, kejahatan malam, wanita tukang sihir dan orang yang dengki (al-falaq)

      Delete
  3. Allah. Perbanyakkan amalan moga amalan boleh menjadi pendinding utk diri kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..aamiin.
      Tengah berusaha tingkatkan amalan, semoga diterima Allah :)

      Delete
  4. ya ALLAH sampai mcm tu sekali... moga2 kita dilindungi daripada perbuatan mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..
      Bila manusia hati dah hitam, macam-macam pun sanggup dibuat..Allahu

      Delete
  5. Takutnya dgn perkara2 syirik ni. Semoga kita semua sentiasa dilindungi.

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..
      Semoga Allah jauhkan kita dari kejahatan makhluk-Nya, kejahatan malam, wanita tukang sihir dan orang yang dengki (al-falaq)

      Delete
  6. antara perkara yg sy mmg takut...yee laa kan kita x tau sapa yg menaruh perasaan dengki terhadap kita... tau2 je dah terkena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kita pun taktau hati orang macammana kan? Cuma boleh berdoa pada Allah je semoga dijauhkan

      Delete
  7. cerita ini agak menyeramkan..

    namun itulah dunia.

    apabila manusia tidak takut Tuhan..

    benda yang khuafat tetap akan dibuat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..bila manusia bertuhankan nafsu, yang jahat jadi ikutan. Semoga terhindar dari jahatnya sihir..aamiin

      Delete
  8. Semoga dijauhkan daripada perkara buruk

    | blog helloaiman |

    ReplyDelete
  9. Arwah nenek saya dulu pun macam tu juga kak. :( sedih tengok dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang dah alami mesti faham..semoga arwah nenek kita ditempatkan di kalangan orang beriman Del :(

      Delete
  10. dulu dah pernah kena memang perit sangat. Lagi sakit hati bila orang yang hantar sihir tu sebab nak test ilmu je :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyampah betul orang yang main test-test ilmu ni. Tau dia sorang je nak pandai, tak fikir pulak orang yang kena tu macammana susahnya

      Delete