Selasa, 17 April 2018

Resepi Sedap Sambal Tumis Udang


Siapa yang tak suka makan udang kan? 
Rasanya semua orang suka makan udang kecuali mereka yang terpaksa berpantang disebabkan masalah kesihatan seperti gout dan alahan. Saya sendiri alah pada makanan laut manakala suami pula ada masalah asid urik tinggi dalam badan. Tetapi disebabkan udang adalah makanan kegemaran, makanya memang tidaklah kami berhenti makan terutama kalau dimasak sambal tumis udang.


Resepi Sambal Tumis Udang


Akan tetapi, udang mempunyai kandungan purin yang tinggi. Kandungan purin yang tinggi ini boleh mengakibatkan asid urik berkumpul dalam badan. Meskipun asid urik diperlukan oleh badan untuk meneutralkan radikal bebas, namun jika diambil berlebihan asid urik boleh mengakibatkan masalah gout. Gout juga dikenali sebagai sakit sendi. Gout atau artritis berlaku disebabkan oleh pengumpulan asid urik pada sendi atau tisu lembut dalam badan. Hasil pengumpulan asid urik ini menyebabkan berlaku pembengkakan pada bahagian sendi dan mengakibatkan rasa tidak selesa serta sakit keterlaluan. Sakit ini boleh berterusan selama berhari hingga berminggu-minggu lamanya. 

Gout boleh menyerang sesiapa sahaja terutama mereka yang mempunyai salasilah keluarga pernah menghidap penyakit ini. Walaubagaimanapun, gout boleh dielakkan dengan cara menjaga pemakanan atau mendapatkan rawatan di hospital. Doktor akan memberi preskripsi berupa ubat-ubatan dan perlu diambil seperti saranan untuk mengelakkan kejadian gout berulang. Manakala dari segi pemakanan, elakkan makanan tinggi purin seperti makanan laut, daging merah, ayam belanda atau organ dalaman haiwan. 

Namun makanan penyebab gout adalah berbeza bagi sesetengah individu mengikut ketahanan sistem badan mereka. Kenalilah makanan yang sesuai dimakan oleh badan kita sendiri.



Resepi Sambal Tumis Udang

Udang - 15 ekor saiz sederhana
Bawang merah - 3 biji (sebiji dihiris halus)
Bawang putih - 1 biji
Tomato - Setengah biji (dihiris kasar)
Cili kering dikisar - 3 sudu besar
Asam jawa - setengah sudu kecil
Perasa
Garam
Gula


Resepi Sambal Tumis Udang



Cara Penyediaan

1. Bawang merah dan bawang putih dikisar hancur. Asingkan bawang merah yang dihiris halus.
2. Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan bawang kisar sehingga pecah minyak (untuk dapatkan sambal yang cantik warnanya, minyak kena letak banyak).
3. Masukkan asam jawa, bawang putih dan udang. Kacau hingga udang masak.
4. Masukkan tomato.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Sedia untuk dihidang.


Selamat menjamu selera!
Bagi sesiapa yang menghidap gout atau mempunyai kandungan asid urik tinggi dalam badan, kurangkan pengambilan makanan laut. Makan sambal tumis udang ni pun kurangkanlah. 
Simpan untuk orang sihat je (pesanan khas untuk suami) :P

14 ulasan:

  1. Hahaha! Sedapnya.. laa, lama tak makan udang. Thanks sharing tho, pasal gaut. Baru tau - info baru tu ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome YS, apsal lama tak makan udang? Sedap tu..

      Padam
    2. Sebab lama tak nampak udang punya pasal, bukan semua makanan mai dengan udang. Nak beli udang ja memang tak la xD

      Padam
    3. Oh lupa! Beli makanan siap sebab student, asyik ingat duduk masak sendiri pulak. Nanti balik Malaysia mai makan udang bebanyak tau

      Padam
  2. Balasan
    1. Ha..sila masak Syiqin, resepi dah share tu :D

      Padam
  3. Tengok gambar first tu,ter'imagine terus rasa dia kat lidah haha ^^
    .
    Thank you sudi kongsi resipi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you je Hana? Masak tak ni? Haha

      Padam
  4. amboi sedapnyaaaaaa...suka lah buat Del lapar..hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha..kelakar Del ni, sukalah buat akak gelak :D

      Padam
  5. Terliurnya. Hehe thanks for sharing tau hee ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome Ika, jangan lupa cuba tau :)

      Padam