Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lama


Saya sangat gemar memasak dan mencuba pelbagai jenis resepi masakan baru di rumah. Banyak resepi yang menjadi tidak kurang jugak yang ke laut. 

Barangan keperluan rumah biasanya akan dibeli sebulan sekali, yang mana masa ni memang akan beli barang rumah sekali jalan terus untuk sebulan. Tak larat nak bawak si anak berdua kerap shopping di luar, terutama si adik yang baru beberapa bulan sambil tolak troli dan pusing satu pasaraya. Penat..

Masalah yang dihadapi bila terpaksa membeli barangan rumah sekali jalan untuk sebulan ini adalah barang mentah cepat rosak terutama sayur dan buah. Tapi buah-buahan kurang sikit sebab bila nampak buah mula nak membusuk, saya akan segera buat jus. Jadi tiada masalah bagi buah namun untuk sayur memang lemah semangat sikit.  Sementelah lagi suami dan anak tak suka makan sayur, lagi lama lah nak kena simpan dalam peti ais. Tapi selalu jadi makanan tong sampah je sebab bila disimpan lama dalam peti ais, sayur akan jadi kecut, lembik dan akhirnya kering.

Tapi sekarang dah tidak risau lagi tentang masalah sayur yang kerap rosak sebelum sempat dimasak. Saya dah jumpa cara penyimpanan sayur yang boleh memanjangkan jangka hayat sayur lebih lama. Dengan mempraktikkan cara ini, sayur dapat bertahan segar sehingga sebulan dan ada yang mampu bertahan hingga dua bulan. Sebagai contoh sayur di bawah, saya dah start simpan seminggu tapi masih lagi nampak segar.

Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lama

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, jangan peningkan kepala.
Boleh ikut cara di bawah.



Cara Simpan Sayur Supaya Tahan Lama


1. Sayur yang baru dibeli, dibasuh dan dibersihkan terlebih dahulu. 
Hilangkan tanah atau pasir yang melekat pada sayur.

2. Setelah bersih, rendam sayur tersebut di dalam larutan air garam selama 10 minit. 
Masukkan satu sudu kecil garam ke dalam air untuk hasilkan larutan air garam. 
Pastikan paras air menenggelamkan semua sayur yang direndam. 
Masukkan semua sayur yang dibeli ke dalam bekas rendaman yang sama. 
Tak perlu asing ke dalam bekas lain.

3. Selepas 10 minit, buang larutan air garam dan gantikan dengan air biasa. 
Rendamkan sayur selama 10 minit dan pastikan semua sayur tenggelam dalam larutan air.

4. Angkat sayur dan tos seketika.

5. Masukkan sayur ke dalam bekas bertutup atau tupperware. 
Anda boleh campurkan semua sayur ke dalam tupperware yang sama. 
Tak perlu asing ke dalam bekas berbeza.

6. Simpan dalam peti ais.

Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lama

Kaedah ini sesuai dipraktikkan pada sayur tertentu seperti sawi dan kailan. Tapi tak sesuai untuk sayur tauge. Bagi sayur seperti tauge, kunyit dan lengkuas pula, cuma perlu rendamkannya ke dalam larutan air dalam bekas bertutup dan disimpan ke dalam peti ais. Bagi halia, saya lebih suka simpan di luar kerana kerap penggunaan halia di dapur. Sayur yang disimpan dengan cara ini akan lebih tahan lama dan lambat rosak.

Jadi para ibu yang memasak di rumah,boleh praktikkan cara simpanan sayur seperti ini di rumah.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Mudah lepas ini nak simpan sayur.. Tq for share..

    BalasPadam
  2. serai simpan dalam air jugak. Dah sebulan still okay lagi :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh lupa nak mention pasal serai tu, dulu saya pun simpan serai dalam air tapi sekarang dah ada pokok serai belakang rumah..tinggal petik je la :D

      Padam
  3. Nice tips! ^^ Hana yg jarang masuk dapur ni pun boleh try haha :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Hana, kumpul ilmu dulu. Nanti dah masuk dapur, tinggal nak apply je :P

      Padam
  4. baca entry ni kan auni, sy tingat 'org' yg ckp kat umah dia x de peti ais dan hanya mkn mknn fresh je hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ada ke? Siapa tu? Takde peti ais dulu masa belajar, saya simpan sayur dalam toilet sebab sejuk..hahaha..

      Padam
  5. woww!! membantu sangat tips ni.. thanks for sharing :)

    BalasPadam
  6. Nice sharing. Sayangnya kat asrama sini takleh masak hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takleh masak lagi senang, hulur duit jer makanan dah siap. Kan YS? :P

      Padam
  7. Tips ni dah lama cari nanti bolehncuba tq ya

    BalasPadam