Pantai Pandak Chendering Terengganu


Pantai Pandak Chendering Terengganu | Disebabkan hari Ahad cuti sempena Pertabalan Sultan, suami ajak jalan-jalan tepi pantai. Lalu bersiaplah kami ke Pantai Pandak. Pantai Pandak terletak di Chendering, dalam 20 minit je dari bandar Kuala Terengganu.

Pantai Pandak Chendering Terengganu

Masa awal kahwin dulu, pernah juga kami dating di sini tapi masa tu pantai ni masih lagi cantik. Banyak batu-batu besar tempat kami cari anak ikan di bawahnya. Tempat ketam batu naik cari makanan, sementara kami pula tengah berusaha menyauk anak ikan menggunakan jaring. Budak-budak muda pula sibuk memanjat batu besar untuk bergambar kenangan, manakala kanak-kanak gembira bermandi-manda sambil diawasi oleh ibu bapa.

Pantai Pandak Chendering Terengganu

Projek Pembinaan Terbengkalai


Tapi itu cerita dulu 6 tahun lepas. Masa tu saya belum beranak pinak macam sekarang. Masa tu belum ada pembangunan di tepi pantai. Sekarang nak sampai ke tepi batu tu pun tak dapat. Sebab dah di tambak dan ditutup untuk projek pembinaan hotel 5-star milik Movenpick dengan harga 300 juta. Wow sangat! Tapi pembinaan yang dah bermula pada tahun 2014 dan sepatutnya akan start beroperasi pada tahun 2016 ini masih belum siap lagi. Mungkin disebabkan masalah politik dalaman sebab projek tu dibawah pentadbiran Mat Said dulu, bila dah tukar menteri besar baru macam tak disambung pula projek ni.

Pantai Pandak Chendering Terengganu

Ada satu bilik contoh di kawasan pembinaan ini dan suami dah masuk, katanya cantik sangat. Tapi orang luar tak boleh simply masuk macam tu je. Baru ingat nak masuk survey tapi tak jadi pula.


Meskipun nampak landai dan macam selamat untuk bermandi-manda, kebanyakan pantai di Terengganu merupakan tempat larangan untuk mandi termasuklah Pantai Pandak Chendering ni. Banyak kes kematian yang dah berlaku kat pantai ni. Yang berani benarkan anak-anak mereka mandi di sini, kena sentiasa pantau supaya tak jadi kes lemas pula. Bimbang niat nak bergembira nanti bertukar jadi episod duka lara.

Pantai Pandak Chendering Terengganu

Hilang stress kejap dapat main-main tepi pantai. Dah la bila >> Semak Tahap Kesihatan Mental hari tu saya dapat keputusan kemurungan dengan anxiety yang teruk, bila keluar tengok pantai ni rasanya terus hilang semua masalah. 

Pantai Pandak Chendering Terengganu

Kakak punya excited sampai basah seluar duduk dalam air, adik pulak dari tertidur terus cerah mata tengok kakak main dengan abi.

Pantai Pandak Chendering Terengganu

Sebelum balik, kami sempat naik buaian dulu. Tempat cantik tapi sayang sebab sampah banyak. Kena sediakan tong sampah di sekitar pantai sebab kami cari tong sampah pun tak jumpa. Atau kalau pengunjung ada sampah nak dibuang, simpan dulu. Jangan buang di tepi pantai, bila dah penuh dengan sampah kita pun tak best nak dating. Hihi..iklan kejap. 

Badan dah penat, perut dah lapar, makanya sebelum balik haruslah pergi makan dulu.
Cari kedai makan yang sedap? Jom makan di Restoran Bawah Jambatan yang selalu jadi tempat favourite kami. Sedap dan berbaloi.

Buaian Besar Tarikan Baru


Cerita ni bersambung setelah dua tahun. Kami ke Pantai Pandak Chendering lagi sempena cuti hujung minggu. Sebenarnya takde niat ke pantai cumanya saya termasak breakfast awal dan masih ada masa untuk berjalan-jalan, jadi suami bawa kami ke sini. Saya pula masak nasi lemak pagi tu, jadi kami bawa semua bekalan nasi dan lauk, masukkan ke dalam mangkuk tingkat dengan niat untuk berkelah di tepi pantai.

Pantai Pandak Chendering Terengganu

Sampai di pantai, kami agak kehairanan apabila lihat tiada siapa di sana meskipun jam sudah pukul 9 pagi. Angin Pantai Pandak Chendering yang sejuk menampar tubuh kami ditemani terikan cahaya mentari. Tak perlu berebut tempat, kami terus ke bawah pokok besar yang ada di sana untuk cari lokasi menghampar tikar untuk dijadikan alas.


Tak sangka pula rupanya ada buaian besar di bawah pokok redang tersebut. Sudahlah besar, muat pula untuk kami berempat berkelah di atas bangku buaian itu. Apa lagi, kami hamparkan tikar dan susun segala lauk pauk untuk menu breakfast pagi. Sambil menjamu selera, kami menikmati pemandangan pantai yang mendamaikan ditemani bunyi ombak yang memukul pantai. Tenang sekali rasanya..

Pantai Pandak Chendering Terengganu

Lepas breakfast, Auni dan Ameera mandi pantai sekejap (bahaya tau, jadi kena selalu pantau mereka) sebelum kami pulang ke rumah kerana suami ingin menunaikan solat Jumaat pula. Jadi bagi yang taktau nak buat apa pada cuti hujung minggu, bolehlah ke Pantai Pandak Chendering Terengganu untuk mengambil angin pantai sambil tenangkan fikiran. Cuma satu je pesanan khidmat masyarakat nak disampaikan. Jangan buang sampah merata-rata ye. Kesian alam kita dah tercemar.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Dulu parents Hana rajin gila bawak pergi pantai time cuti! Lepak2 tepi pantai sambil ber'bbq!! T^T tapi now on dah jarang sangat... :( rinduuu... btw nice sharing kak!! ^^ nanti ajaklah Hana sekali hahaha :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai kesiannya bila ada memori yang kita teringin nak tapi tak dapat. Nanti bila Hana dah besar, Hana boleh organize bbq session kat tepi pantai dengan family. Mesti diorang happy

      Padam
  2. wahh seronoknya berjalan jalan..cikyan pon lama dah tak berjalaan mcm ni..rindu nak main pntai gak...hmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Saya pun bukan selalu boleh berjalan ni, ada masa bolehla..biasa bz je memanjang

      Padam
  3. Lawanyaaa sightseeing dia emmm. Kalau ika pergi ni mau tangkap gambar je smbil layan jiwa hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi..jiwang jangan sorang-sorang, jom kita teman sekali

      Padam
  4. waaa.. best.. kalau kat kuching ni ada pantai nama pasir pandak.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke? Bilala dapat pi Kuching ni nak jalan-jalan

      Padam
  5. Seronoknya lepak pantai. LAma gila tak pergi pantai. Takde pantai terdekat nak pergi. Huhu. Suka dengan bunyi ombak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samala kita..suka bunyi pantai, rasa nak tidur tepi pantang untuk dengar deru ombak je kadang-kadang tu

      Padam
  6. Cantiknya pemandangan.. Lepak tepi laut memang best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..tak pernah tak best. Kalau boleh nak rumah pun tepi laut

      Padam