Eat and Repeat : Kini di Kuala Terengganu


Pernah makan di Boat Noodle? Mesti ramai yang tahu harga makanan di Boat Noodle bermula dari harga RM1.90 kan. Selain Boat Noodle, restoran Eat and Repeat juga menawarkan harga bagi satu hidangan serendah RM1.90. Perbezaan antara kedua-dua restoran ini adalah makanan di Boat Noodle berasaskan mee manakala di Eat and Repeat pula lebih mengutamakan makanan tradisional Melayu. Sebab itulah Eat and Repeat juga dikenali dengan nama 'Boat Noodle Malaysian Style'.

Eat and Repeat : Kini di Kuala Terengganu

Pertama kali saya tahu tentang Eat and Repeat ini pada tahun 2016 di Shah Alam yang mana ia merupakan restoran Eat and Repeat yang pertama di buka. Tak sangka pula tahun ni saya bertemu balik dengan restoran ini di Kuala Terengganu dan merupakan cawangan mereka yang keenam. Wah, cepat berkembang jenama Eat and Repeat ni rupanya. Bagi yang nak merasa makanan di sini, boleh waze alamat di bawah:

Eat and Repeat
Panji Curve
Jalan Kamarudin off Jalan Panji Alam
21100 Kuala Terengganu
Eat and Repeat : Kini di Kuala Terengganu

Bersesuaian dengan harga, saiz hidangan makanan tentulah kecil. Oleh sebab itu,  memang tak sah kalau makan satu hidangan sahaja sebab memang tak kenyang. Disebabkan kami dah breakfast nasi sebelum ini, jadi kami cuma order makanan pencuci mulut sahaja. Empat hidangan makanan dengan 2 minuman menjadikan harga keseluruhan adalah RM11.60. Oh, harga minuman pun RM1.90 jugak ye.

Eat and Repeat : Kini di Kuala Terengganu

Bagi yang gemar merasa banyak makanan tapi dalam kuantiti kecil macam saya, boleh masukkan Eat and Repeat dalam list restaurant-to-try. Tapi lepas makan tak sampai dua jam saya dah start lapar balik. End up dalam kereta pun dah mula mengunyah keropok. Haha..next time kena order nasik lemak pulak rasanya. Apapun makanan di sini memang kena dengan selera dan anak tekak saya..thumbs up!

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Waaah.. menarik ni.. boat noodle malaysian style

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eyda boleh try lepasni, semua makanan dan minuman hanya RM1.90..

      Padam
  2. Balasan
    1. Lepasni boleh cuba riki kedai ni ye Normi :)

      Padam
  3. Wow, bestnya. Murah dan nampak sedap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi saiz hidangan kecik tau..kalau nak order, order banyak2 terus :)

      Padam
  4. bestnyaaaa, tapi macam jauh je dari unisza aduhaiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti pi KT boleh singgah ye thes..jangan sedih2

      Padam
  5. suka sangat makanan saiz kecil sebab makan sikit je dah kenyang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita tapi tak sampai sejam dah lapar balik..hurmm

      Padam
  6. rabia suka makan dekat sinii...yg bestnya nasi goreng cina dia..sedapp.

    BalasPadam