Sabtu, 17 Februari 2018

Rumah Penginapan RM5 di Cameron Highland Bagi Staf TNB


Baca tajuk pun dah faham kan? Untung staf TNB dapat rumah penginapan dengan harga murah macam ni dengan keluasan rumah yang super duper besar.
Lets cekidaut gambar kat bawah. 




Percaya tak rumah ni berharga RM5 satu malam untuk non-executive rate punya staf.
Kat bawah ni bukti booking dah dibuat untuk 2 malam dengan harga RM10 je.
60sen cas GST jangan buat-buat lupa pulak.




Sebenarnya saya dan family besar nak bercuti ke Cameron Highland bulan April ni. So masa tengah mencari rumah sewa tu, adik offer untuk apply rumah penginapan TNB memandangkan dia adalah staf. Bila dapat tau harga rumah dengan facility dan keluasannya..kami agak jaw dropped jugaklah.


Ruang tamu


Toilet siap dengan bath tub dengan 3 bilik tidur. Uish, besaq!










Dining room dan dapur


Dining room


Dapur


Nak cerita panjang-panjang pun tak boleh sebab kami belum stay lagi kat rumah ni. Semua gambar ni diambil dari website je. So nanti kalau kami dah balik dari Cameron Highland, maybe boleh review pasal rumah ni..tapi kena tengok atas kerajinan mood dulu lah.


View dari luar


Tapi ada syarat ye selain mesti staf atau pencen TNB yang apply, orang yang buat booking juga mesti ada masa check in process. Jangan lupa bawak IC sekali. Maknanya kalau bukan staf TNB, boleh mintak tolong mana-mana member yang staf tu booking kan. Lepastu masa check in ajaklah dia join sekali dan pandai-pandaila belanja makan ke apa. 
Dah jimat banyak kot kat sini. 
Jangan kau kedekut pulak.




Harapnya rumah ini bukan hanya indah khabar dari rupa je sudahlah kan.

12 ulasan:

  1. Bestnyaaaa! Dan murahnyaaaaaa!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan? Tapi rumah xlepas, kena cari rumah lain :(

      Padam
  2. Wow murahnya. Untung staff company yang ada rumah penginapan dekat mana-mana ni. Selalunya memang boleh dapat murah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah betul tu tapi prosedur nak booking tu macam apa je, ramai yang tgh dok Q sama

      Padam
  3. Jimat sgt dah tu sis. Besar dan kemas. Rezeki staff TNB kan. Kalau ana lama dah guna kemudahan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala takde rezeki la sis, baru smlm dapat tau application kena rejek. Cari rumah lain la pulak..aish

      Padam
  4. makk umah dia
    bestnye la kalau dapat
    done follow sini
    #168

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Besaq boleh main bole sepak kat dalam tu..

      Padam
  5. cantiknya design rumah ni, dah lah murah. Memang bahagia sangat staff TNB

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bahagia sgt tapi nak booking tu bercinta dulu lah

      Padam
  6. Pergh.. Murah ya amat.. Untung tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak untung la..rumah tu tak lepas pun..sobsob

      Padam