Jumaat, 16 Februari 2018

Resepi Daging Masak Hitam


Ok, resepi ni sedap. Serious sedap. Jom cuba buat. Ini hidangan untuk 2 orang makan ye.


 Daging masak hitam



Resepi Daging Masak Hitam


Bahan Perapan 
Daging - dihiris halus
Kicap pekat - 3 sudu besar
Kicap manis - 2 sudu besar
Sos tiram - 1 sudu besar
*Perap selama setengah jam

Bahan Kisar
Bawang merah - 2 biji
Bawang putih - 1 biji
Halia - setengah inci
Cili kering - 3 tangkai
*Bahan disangai dahulu dalam kuali hingga lembut sebelum dikisar

Bahan-bahan Lain
Air asam jawa
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Garam, gula dan perasa
Bawang Holand - dihiris halus


Resepi Daging Masak Hitam
Bahan yang dah disangai


Cara Penyediaan

1. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan yang dikisar. Masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan daging. Masak hingga lembut, tambah air jika perlu.

3. Masukkan air asam jawa. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

4. Bila dah nak masak, masukkan bawang holand.



Resepi Daging Masak Hitam
Anggaran daging banyak ni ye

Tadaa...dah siap! Rugi tak buat. Makan dengan nasik putih je pun sedap.

16 ulasan:

  1. betul tu sangat mudah. terima kasih kongsi =)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Alahai kesiannya dia..mai makan kat umah kami mai

      Padam
  3. Balasan
    1. Welcome but u need to try okay, jangan asek suruh mak je masak..hihi

      Padam
  4. mudahnya resipi ni, nanti boleh try buat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try buat ye, nanti hantar sini sikit

      Padam
  5. Wah sedap nie, boleh cuba nanti nie..

    BalasPadam
  6. cikyan taktau laa...skrg ni kan minat betul makan daging...serius suka giladaging masak mcm ni...dulu mse keje kat sepang..hari2 beli lauk sme je..xpnah jemu pon...serius best giler....lagi cara masak dia pon best kan...mmg la wajib beli dan makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya memang hantu daging jugak CikYan tapi tak boleh amal selalu sebab nanti perut ada datang itu sembelit juga mari..ha..tengok itu mamak juga mari sudah. Pening..pening..

      Padam
  7. Rasa cam nak gi beli daging je petang ini.. Kikiki.. Sedapnyala hai.. Mudah pun mudah..

    BalasPadam