Mohon Doa Untuk Syria dan Palestin Yang Berdarah

Kali pertama saya post tentang Palestin adalah pada Julai 2014.
Setelah 4 tahun, Palestin masih ditindas, masih dibom, masih menangis dan kini Syria pula bermandikan darah.

Mohon Doa Untuk Syria dan Palestin Yang Berdarah

Cuba bayangkan sekiranya kita yang berada di sana. Kala pagi menjelang, bunyi hentaman bom menjadi pengganti kokokan ayam. Kala perut minta diisi, hanya ada serpihan batu dan bom di sana sini. Kala malam menjelma, hanya baju koyak, berdebu dan nipis menjadi penyelimut badan. Kala kita semua sedang leka menonton TV bersama keluarga, mereka sedang meratapi kehilangan ahli keluarga tercinta, mereka dalam kesakitan cedera dan luka, mereka juga dinafikan hak sebagai manusia oleh masyarakat dunia. Tiada liputan oleh media massa yang menjadikan kisah pengebomanan Israel ke atas Palestin sebagai berita utama. Setelah kematian beratus malah beribu orang, beberapa negara akan mula menghulurkan pertolongan sebagai tanda simpati. Tapi percayalah, itu hanya gimik politik semata-mata. Mereka hanya mahu dilabelkan sebagai negara yang cintakan kedamaian. Hakikatnya, mereka punya agenda tersendiri. Lalu Palestin akan dibiarkan terkapai kembali.

Mohon Doa Untuk Syria dan Palestin Yang Berdarah

Maafkan diri terlalu beremosi di pagi hari. Sudah penat diri berdoa memohon kemenangan bagi rakyat Palestin dan kini Syria pula dibom. Seolah doa ini tidak didengar, kerana terlalu kerdil di sisi Allah. Jadi di pagi yang mulia, diri ini memohon agar sahabat semua dapat luangkan sedikit masa berdoa kepada Allah agar rakyat Palestin dan Syria bebas dari belenggu kekejaman golongan laknatullah. Semoga Allah hancurkan golongan laknatullah ini dari muka bumi dan semoga rakyat yang gugur diberi ganjaran syahid. Moga doa-doa dari sahabat tiada hijab dan diangkat terus oleh Allah dan menjadi penyebab bagi kemenangan Palestin dan Syria.




Aamiin..

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Ya Allah... sedihnya :( tabah betul diaorang kan? kalau Hana baru luka sikit dah merengek bagai... T^T *Semoga kita tak putus doa buat mereka T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah Hana, aamiin..akak pun samala. Terus ngade rasa nak demam bagai..Allahu..

      Padam