Rabu, 7 Februari 2018

Buka Akaun SSPN-i Dapat RM100 Saguhati bagi Kelahiran Tahun 2017


Harini kami bawak baby 5 bulan ke klinik untuk routine check up. Lepastu terus ke Tabung Haji untuk buka akaun baby dan ke JPN untuk buat mykid si kakaknya yang dah 5 tahun tu. Lambat sikit nak buat, tunggu turn mykid adik pulak lagi 5 tahun..huhu

Masa tengah menunggu mykid siap, datang seorang abang approach kami dan tanya tahun kelahiran baby. Bila beritahu 2017, beliau pun offer untuk buka akaun SSPN-i on the spot dan akan dapat RM100 dalam akaun. Kami pun macam berminat sebab memang tengah cari saving akaun untuk adik. Lagipun process semua boleh buat kat situ, terus proceed je lah.


Orang tak ramai, smooth je

Sebenarnya duit RM100 tu adalah duit saguhati kelahiran bagi anak kelahiran Terengganu tahun 2017 dan diberi oleh Yayasan Pembangunan Keluarga. YPK bekerjasama dengan SSPN-i, maka sebab itu lah kena buka akaun SSPN-i dulu baru dapat RM100 saguhati dari YPK yang akan didebitkan terus ke dalam akaun.


Kena ada mykid & surat beranak baby, ic ibu ayah, sijil nikah etc


Tapi closing date untuk apply adalah sehingga Mac 2018. Maknanya lepas Mac 2018 nanti dah tak dapat ye RM100 dalam akaun kalau buka akaun SSPN-i ni. So better grab sekarang bagi yang ada anak kelahiran Terengganu tahun 2017. Lagipun tak rugi pun bukak akaun SSPN-i. Let say nanti anak nak sambung belajar, boleh terus buat pinjaman PTPTN sebab syarat nak apply PTPTN sekarang wajib ada akaun SSPN-i.


Kalau nak confirm, contact je YPK daerah masing-masing

Tapi sebelum apply, better check list sijil yang kena bawak dulu, takdelah nak kena patah balik nanti. Checklist macam dalam gambar di atas ye. Nak lagi confirm, boleh terus call YPK daerah. At least double confirmation sebelum pergi lagi elok.

Jangan lambat, closing date will be on Mac 2018.

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Cuma untuk kelahiran tahun 2017 je kak..kalau lama lg elok kan

      Padam
  2. Balasan
    1. Done singgah..goodluck giveaway nya ya

      Padam
  3. salam singgah sini n follow tq ya.. wah menarik tu tahniah la dapat hii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumslm..thanks singgah Wani :)

      Padam
  4. kad sspn pun dah xtau kat mana aiyoo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami punya pun xtau letak mana..haha

      Padam
  5. nice share..
    dulu ingat lagu zaman ptptn mula diperkenalkan. masa tu sapa yang x ada akaun SSPN, tak boleh dapat PTPTN. sampai mak pun dulu kalut buat akaun. tapi lepas tu, tak ada akun sspn pun dapat ptptn. terus rasa macam tak ada makna je buat akaun sspn.

    n Alhamdulillah, sampai dah habis belajar pun x guna ptptn. nasib baik ada biasiswa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh betulke tak perlu SSPN-i ni utk apply PTPTN? Nampaknya kami dah terpedaya jugakla ni ye. Tak tau pun..aish. BTW, good for u dapat biasiswa. Xyah bayar bebanyak nak ganti PTPTN

      Padam
  6. Alhamdullilah. Dapat RM100 saguhati. Hihi.

    Hi Auni.Siqah singgah dan follow sini :) Keep blogging,

    BalasPadam
  7. oo anak anak terengganu ye. bestnyaaaa sis. hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah Azah, kami orang Pantai Timur..sep siket..

      Padam