Selasa, 19 Disember 2017

Colmar Tropicale ~ Lulus Berpantang 100 Hari


14/12/17 - Genap saya habis berpantang 100 hari.

Kebetulan hari tu suami ambil cuti dan esok hari Jumaat, so suami ajak pergi bercuti untuk meraikan hari ke-100 habis berpantang. Suami kata dia tak pernah ke Bukit Tinggi, saya pun sama. Jadi gugel punya gugel, suami pun book hotel di Colmar Tropicale untuk semalam.

Maka bermulalah cuti kami di Bukit Tinggi, bersama dengan 2budak kecil tapi yang paling kecil ni umur baru 100 hari. Haha..

Kakak dah penat, singgah solat Subuh dulu

Jam 5 pagi kami bertolak dari Bukit Payung. Berhenti sekejap di Hentian Sebelah Kijal untuk solat Subuh dan berhenti pulak di R&R Temerloh untuk breakfast. Sempat tapau nasi putih dengan lauk ikan patin masak tempoyak untuk makan tengahari nanti.

Christmas Tree
Finally we are here!
They are welcoming us :P

Ambil gambar atas menara dulu..

Kami sampai di Colmar Tropicale jam 11 pagi tapi masih terlalu awal untuk check in hotel. So kami bergambar dulu di sekitar Colmar sampai rasa dah bosan tak tau nak buat apa. Disebabkan check in bilik hanya jam 3 petang onwards dan kami dah habis pusing Colmar (btw tempat ni kecik je), so kami decide nak ikut tour ke Japanese Village naik shutter bus.
Baby was here

Welcome to Colmar everyone..

Auni tengah praktis dancing 

Next trip ke Japanese Village dengan shutter bus adalah jam 12.45 tghr. Lagipun cuaca agak panas di Colmar untuk bergambar, so kami join another group ke Japanese Village.

Balik dari JV, kami check in dan rehat. Petang kami just stay dalam bilik untuk mandi, solat, makan dan rehat. Luckily kami dah tapau lunch di R&R tadi..so just makan dalam bilik. Seronok dapat makan ikan patin masak tempoyak tapau tu.

Aktiviti malam pula, kami bergambar di sekitar Colmar lagi dan plan nak tengok performance yang akan diadakan jam 9.30malam nanti. Jadi kami turun pukul 7 malam dan plan pergi makan dulu sebelum tengok persembahan.

Catch me if u can

Suasana senja di Colmar Tropicale

Makan di La Flemme sebab kami nak makan pizza. Kat sini kedai takde masakan panas, kebanyakan makanan western macam burger, spagetti, dan roti. Harga makanan pun ya ampun mahal la jugak. Sebijik burger je dah RM25 dengan harga sos RM6..haha. Malam tu just order pizza dan chicken wing sajer.

Dinner dulu

Habis makan, akhirnya keluarlah penari untuk persembahan malam tu. Cepat2 saya ajak suami pergi ambil gambar dan lari dari situ. Taknak tanggung dosa oi..penat2 buat amal jariah sekali tengok pakaian penari..habis semua hilang..haha

Tengah tunggu persembahan

Persembahan pun bermula..tapi..  

Malam di Colmar Tropicale

Tempat kegeraman Auni

Last dah abes ronda malam tu kami balik bilik jam 10 malam. Jam 11 malam semua dah lena, penat sangat.

Aktiviti esok pagi start awal jam 7 pagi kami semua dah bersiap nak breakfast..takut lambat start aktiviti, lambat check out pulak. Since dapat free breakfast, maka melantaklah kami di cafe dengan pilihan makanan yang heaven sangat. Tengah sedap makan tu, boleh pulak perut ni tiba-tiba meragam. Maka bergegaslah saya ke toilet yang ada di cafe tu. Tapi elok masuk nak tutup pintu, baru perasan bidet aka paip air xdak. Takde bidet camner nak jirus ni mak ai? Haha..

Terpaksalah saya bergegas keluar pergi cari toilet yang ada bidet. Bila dah settle melabur, balik cafe rupanya air kopi yang tak dan nak minum tadi dah kena ambil ngan waiter. Dia ingat kita buat air tu sesaje tanak minum kot..hurmm..tak lalu dah nak breakfast, kami pun sambung melawat kawasan lagi.

Kali ni pergi swimming pool pasal Auni dan bapaknya nak mandi..

Auni tanak turun..takut..

Sejuknya..

Pool di Colmar Tropicale

Lepas mandi pool, kami balik kebilik dan bersiap untuk check out. Dalam jam 11pagi kami selamat check out tapi still ronda-ronda last di Colmar sebelum ke next destination Animal Park.

View dekat tasik

Swan pun nak bergambar jugak

See you again Colmar Tropicale. Hopefully will come again to visit you tapi jangan cas mahal tau. Haha..we enjoyed our holiday so much!

Till we meet again ya

2 ulasan:

  1. Love u t beranak lg ye.. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Love u jugak Mr Husband..tunggu lg 2 tahun ye :P

      Padam