About Me

Salam sejahtera,

Saya merupakan seorang ibu sepenuh masa yang suka menulis dan membaca. Penulisan santai di blog ini merupakan terapi untuk saya menghiburkan diri sendiri setelah penat seharian melakukan kerja rumah. Dengan menulis, saya dapat mengosongkan minda daripada masalah dan mengurangkan tekanan dalam diri.

Google Search Console

Tanpa sedar, saya sudah menjadikan penulisan blog sebagai salah satu sumber pendapatan sejak tahun 2018 sehingga kini. Bermula dengan blog juga, saya kerap menerima tawaran untuk menghasilkan 'content' di sosial media. Dan bermula tahun ini, saya mula menerima tawaran sebagai seorang penulis upahan.


Google Adsense


Jika anda sedang mencari individu untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan samada di blog atau sosial media, saya tanpa segan silu ingin tawarkan diri. Atau mungkin anda sedang mencari seorang penulis upahan, saya boleh menulis artikel yang mesra SEO. Penulisan dalam bentuk santai dan lengkap tidak menjadi masalah. Yang penting, jangan lupa untuk isi borang di penjuru kanan pada bahagian bawah blog untuk sebarang pertanyaan.

Terima kasih telah membaca blog saya. Saya sangat hargainya :)


Catat Ulasan

0 Ulasan

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail