Beli Saham Dividen Sebab Malas

Entah apa yang saya nak coretkan di dinding blog ini pun saya tak tahu. Dah agak lama saya berada di depan komputer sedari tadi. Saya asyik taip dan padam saja, akhirnya saya keluar daripada bilik untuk tutup tingkap kerana maghrib hampir menjengah. 


Walau pun saya ada banyak perkara yang nak dikongsikan, cuma hanya semua cerita yang berada dalam minda ini berada dalam kedudukan berasingan dan tak berhubung. Terlalu pendek dan singkat jadi sukar untuk saya tulisnya dalam bentuk ayat.


Ah, apa kata hari ini saya kongsikan sedikit tips untuk awak yang nak beli saham sendiri. Nak tak? 


Beli Saham Dividen 

Cadangan saya kalau awak nak beli saham, belilah saham dengan dividen. Kenapa saham dividen? Sebab saya pun beli saham dividen dan itu yang paling mudah rasanya daripada jadi intraday trader. Sebelum saya melalut ke term yang lebih memeningkan, biar saya jelaskan terlebih dulu tentang jenis pembeli saham.


Ada dua jenis pedagang saham (ini untuk pemula ya, kita ambil yang paling basic). Satunya dikenali sebagai intraday trader dan satu lagi kita panggil sebagai position trader. Intraday ini kerjanya memang 24 jam depan komputer sambil lihat chart saham dan buat belian dan jualan saham hampir setiap hari. Mereka ini ada komputer yang canggih dengan dua tiga skrin demi untuk dapatkan kejelasan turun naik candlestick pada graf dan mereka juga biasanya melanggan trading system tertentu.


Beli Saham Dividen Sebab Saya Malas

Manakala untuk position trader pula, golongan ini hanya sesekali saja buka komputer untuk check akaun trading mereka. Position trader tak buat jual beli setiap hari, mereka hanya buka jika ada keperluan. Golongan ini tak jadikan saham sebagai main income, tapi hanya untuk sampingan dan kebiasaannya mereka tak punya banyak masa untuk mengadap komputer 24 jam.


Saya Adalah Position Trader

Kalau awak jadi pelabur, kenal pasti dulu samada awak nak jadi intraday trader atau position trader. Macam saya sendiri, saya lebih memilih untuk jadi position trader kerana saya seorang yang pemalas. Saya malas nak buka chart setiap hari, malas nak tanggung sakitnya bila tengok harga jatuh dan malas nak serabutkan kepala dengan turun naik candlestick. Sebab itu saya pilih untuk jadi position trader. Saya lebih suka beli saham dan simpan untuk kumpul dividen dan jika ada kenaikan harga, saya akan dapat profit.


Cara saya untuk beli saham senang saja. Saya beli saham yang tawarkan dividen. Bila dah jumpa saham dividen yang boleh dibeli, saya tunggu harga saham berada pada kedudukan support sebelum buat belian. Dengan cara ini saya bukan saja boleh dapatkan dividen kaunter saham tersebut malah juga dapat kurangkan kerugian jika harganya jatuh lebih rendah. Saya rasa cara ini sama macam saya melabur dalam unit trust dulu, bezanya manager unit trust yang uruskan jual beli saham dalam amanah saham.


Beli Saham Dividen Sebab Saya Malas

Ada beberapa kaunter dividen dalam pemerhatian saya sekarang kerana berada dalam fasa downtrend dan beri dividen agak tinggi. Sebenarnya ada banyak kaunter dalam perhatian saya cuma ia berada dalam fasa uptrend dan tak berada pada kedudukan support. Membeli semasa kedudukan harga pada tahap resistant memang saya akan elakkan sebolehnya. Lagi pula duit tak berapa nak banyak, saya kena pilih dengan berhemah. 


Walau bagaimanapun, pastikan awak pilih kaunter saham yang ada financial report yang baik. Jika nak jadi position trader, fundamental analisis kena utamakan. Jadi kena baca prospectus kaunter terlebih dulu dan elakkan kaunter yang nampak macam nak masuk ke pasaran PN17. Menyesal nanti. Selamat melabur ya! All the best :)

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. dlu pernah jadi scalper. masuk jual masuk jual masuk jual.. kalau dah terjedok jual bile dia naik :).. tp degupan jantung tu boleh tahan.. rs nak tercabut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau jadi scalper mesti modal besar ye ladybird? saya modal tak berapa nak banyak, kena buat yang slow ni je

      Padam
    2. biasanya ldy x ambik byk, anggaran kalau naik 2/3 bid tu dpt dlm rm200-rm300. klu rendah sgt nnti hbs tuk byr pd m+ jerk. tp jantung kene kuat. jntung ldy xkuat dh nk hdp.. skrg ambik yg 2/3 hr naik dlm 7-10%. jual..

      Padam
  2. Balasan
    1. alhamdulillah baik je diah walaupun takde la sihat sangat..diah apa khabar?

      Padam
  3. Wah.. bagusnya.. sy pun ada jugak kwn² pempuan yg suka buat analisis jual beli saham ni

    BalasPadam
  4. kagum dengan orang yang terer main saham. Adda mampu nengok je. Hiihii

    BalasPadam
  5. good sharing. banyak juga yang saya tak faham.maybe kena join hands-on baru nampak

    BalasPadam
  6. kalau dapat master fundamental analisis
    kompem boleh buat $$ punya

    BalasPadam
  7. so ar banyak dah dapat dividen?
    wink wink
    ;-)

    BalasPadam
  8. Saya pakai 2 aplikasi utk saham , yg satu memang khusus saham investor, satunya lagi utk saham2 trading.

    Saham investor biasanya saya pilih yg ada dividen, fundamental memang bagus, Krn tujuannya jangka panjang.

    Tapi saham trading, biasanya saya swing trader. Jadi kisaran hold beberapa bulan ke depan saja. Bukan yg scalping lah. Tak nak kalo itu.

    So far keuntungan saham ini banyak juga saya pakai utk traveling 😄. Salah satu cara kenapa saya bisa rutin traveling

    BalasPadam
  9. Banyak perkara teknikal saya kurang faham. Hehe pening tengok turun naik graf.

    BalasPadam