Syarat Monetize Youtube Channel | Terkini

Saya kembali mengaktifkan channel youtube yang dah setahun saya tinggalkan akibat kemalasan sebelum ini. Haha..


Alkisahnya saya dan kak Wani Sukarno sesekali akan bersembang di whatsapp tentang masalah yang kami hadapi samada tentang blog, review atau youtube. Jadi beberapa minggu lepas, kak Wani ada tanya saya tentang masalah yang dihadapinya berkaitan pengesahan tax yang diterima di ruang Adsense pada blog.


Sembang punya sembang, termasuk pula cerita tentang youtube. Saya dan kak Wani dua-duanya memang buat channel youtube tentang masakan. Tapi sudah setahun saya tak upload video baru kerana malas. Jadi bila kak Wani tanya samada youtube saya monetize atau tak, saya terus bagitau yang youtube saya dah demonetize. Tapi apa yang saya tak tahu adalah bukan saja youtube saya dah tak monetize malah iklan di youtube saya juga dah dihentikan. Alamak..


Syarat Monetize Youtube Channel | Terkini

Saya cuma ingat sebelum ini, iklan masih berjalan walaupun akaun saya dah tak monetize. Rupa-rupanya, iklan juga dah tiada di youtube saya. Itu pun saya dapat tahu lepas saya check sendiri youtube saya. Tak pasti bila iklan dihentikan tapi nampak gayanya azam tahun baru kali ini kena masukkan juga point untuk kembali monetizekan channel youtube saya ini.


Syarat Monetize Youtube 

Disebabkan dah lama tak menjenguk channel sendiri, tahun ini baru saya tahu yang syarat untuk monetize youtube channel juga dah berubah. Syaratnya tak begitu membebankan dan lebih ringan berbanding sebelum ini. Tapi disebabkan saya tak aktif memuat naik video di channel saya, jadi channel saya sekarang tak memenuhi syarat minimum bagi membolehkannya monetize. 


Jadi apa syarat terbaru untuk monetize youtube di tahun 2024 ni? Ha, ini adalah antara syarat-syaratnya:

  1. Mempunyai subscriber minimum 500
  2. Memuat naik minimum 3 video tontonan awam (mode public) dalam masa 90 hari terakhir
  3. Mendapat 3,000 jam tontonan umum dalam 12 bulan terakhir atau mendapat 3 juta tontonan Shorts dalam 90 hari terakhir
  4. Tidak melanggar syarat pengewangan youtube

Jumlah subscriber yang diperlukan sebelum ini adalah sebanyak 1,000 untuk monetize tapi sekarang telah dikurangkan kepada 500 sahaja. Jumlah tontonan juga dah dikurangkan daripada 4,000 jam tontonan kepada 3,000 sahaja sekarang. Dan terakhir, jumlah tontonan Shorts juga diambil kira untuk monetize. Kalau dulu, buat Shorts tak diambil kira pun untuk monetize.


Syarat Monetize Youtube Channel | Terkini

Walau pun kedengaran macam banyak yang dikurangkan tapi saya tetap kena berusaha kerana nak dapatkan 3,000 jam tontonan itu susah juga. Sebenarnya, punca channel saya tak lagi monetize adalah kerana tak cukup jumlah muat naik video dan kurangnya jumlah tontonan. Lihatlah gambar di atas, saya masih perlukan lebih kurang 1,500 jumlah tontonan untuk pastikan channel saya kembali mendapat iklan siaran dan seterusnya monetize.


Teknik Terbaru Monetize Youtube

Jadi saya kembali menggodek tips dan panduan yang patut saya tahu untuk kembali monetize di youtube. Maklumlah dah lama tak buka Youtube, pasti algoritmanya juga dah berubah seiring masa. Dan saya terjumpa satu tips ini yang saya rasa boleh bantu saya untuk cepatkan channel saya monetize. Nak tau apa tipsnya?


Syarat Monetize Youtube Channel | Terkini

Buat Shorts Youtube! Saya tak perlu ambil video baru, saya cuma skrol video yang pernah saya share di IG Reels sebelum ini dan muat naik di youtube sebagai video Shorts. Tapi disebabkan niche channel saya adalah masakan, jadi saya hanya cari video masakan dan upload di youtube. Cara ini sangat mudah dan membantu saya untuk kekal aktif di youtube. Lihatlah kenaikan mendadak jumlah tontonan di channel setelah saya muat naik Shorts terbaru.


Walau bagaimanapun, daripada pembacaan saya, ramai yang cadangkan jika mahu buat video Shorts di youtube, hanya buat Shorts sahaja tanpa bercampur dengan video long. Niat saya masih mahu buat video panjang di youtube cuma kekangan masa buatkan saya belum dapat untuk shoot video terbaru, jadi saya unggah dahulu video Shorts. 


Lepas ini saya akan buat lebih banyak video di youtube. Yang penting semua resepi mudah dan senang kerana saya pun bukanlah pandai memasak sangat. Huhu..kalau nak support, boleh klik youtube saya di sebelah kanan side bar okay. Thank you ya :)

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Ada saluran Youtube sendiri ya. Semoga berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada tapi kena berusaha nak kembali monetize wak..thanks untuk wish ya

      Padam
  2. kalau macam tu ok juga.
    sy ada channel tapi biasa laa
    tak aktif
    kalu dgn shorts YT tu boleh membantu
    lagi sng kerja sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba anies upload apa2 video shorts. kena gaya boleh hits tapi kalau tak hits, terus je upload jugak

      Padam
    2. dah buat
      mana2 shorts tu sy trs up ke YT
      then share kat blog
      tp sy jenis malas nak edit bagai
      hahahaa
      boleh tak mcm tu?
      hahahaha

      Padam
    3. boleh je anies tapi kalau nak cantik sikit, video tu anies kena edit kat bahagian stabilization untuk kurangkan gegar..baru video senang orang nak tengok. dalam capcut ada features stabilize ni

      Padam
  3. cuma part subscriber tu payah sikit
    hahaha
    tu mmg kena usaha lebih...

    BalasPadam
  4. wahhhh short video pon boleh dah ye?
    mungkin akan lebih rajin pasni kan akak? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, short pun dah boleh monetize wak tapi akak makin malas nak buat video. penat la buat video ni haha

      Padam
  5. Saya dah follow YT kakaaak 😘. Saya memang senang follow YT atau IG ttg resep masakan. Krn saya pun tak jago masak. Jadi resep2 mudah dan gampang, sangat membantu buat saya 😄.

    Semoga setelah ini kakak semangat lagi nak upload resep yaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya jadi malas nak buat video baru fanny. kesian fanny dah subscribe tapi content saya tak buat pulak aduhh

      Padam
  6. sy ada youtube cuma tak pernah update apa2 yg latest ... lagipun tak berapa suka edit video... tp suka tgok video haha... Semoga dipermudahkan urusan dan semangat buat konten!

    BalasPadam
  7. Adda punya channel youtube sangatlah sendu ye. Subscriber pun cuma 6 orang. Hahahahaha

    BalasPadam