Azam Tahun Baru 2024 untuk Diri Sendiri

Dah nak masuk tahun baru 2024, agaknya tahun 2023 ini bakal berakhir dengan kegembiraan, kekecewaan atau biasa-biasa saja?


Setiap hari tentunya kita berharap untuk jadi lebih baik dalam kehidupan tak kiralah samada dalam kerjaya dan perhubungan, atau mungkin kewangan dan spiritual. Walaupun begitu kita hanya mampu merancang tapi Allah jua penentu segalanya. Bersyukurlah kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.


Azam tahun Baru 2024

Seperti tahun-tahun yang lepas, saya akan selalu berazam untuk tahun baru. Tercapai atau tidak, belakang kira. Bila ada azam, saya jadi lebih fokus untuk berusaha capai apa yang saya impikan. Walaupun masih ada anggaran dua minggu lagi sebelum melangkah masuk ke tahun baru, saya dah mula menulis dalam planner tahun 2024. Tak sabar nak menjengah masuk ke tahun baru agaknya.


Azam Tahun Baru 2024 untuk Diri Sendiri


Throwback Tahun 2023

Alhamdulillah, banyak perkara baru yang saya belajar pada tahun 2023. Saya juga berjaya teroka satu bidang baru yang memang saya tak pernah bayangkan sebelum ini. Allah permudahkan jalan saya dan saya sangat bersyukur untuk itu. Namun perjalanan masih jauh dan bermacam ujian bakal ditempuhi di hadapan, semoga saya sentiasa kuat meski kekuatan tak sentiasa ada.


1. Daftar SSM dan Buka Kedai

Pada tahun 2023, saya berjaya buka akaun SSM, daftar akaun syarikat dan buka kedai fizikal. Tak pernah terlintas untuk buka kedai pada usia ini memandangkan banyaknya komitmen yang perlu ditanggung dengan sumber kewangan yang terhad tapi siapa sangka Allah permudahkan. Sehingga pada saat akhir ketika saya kekurangan modal sebanyak tambahan RM10k lagi, tiba-tiba Allah berikan ia dalam sekelip mata tanpa dijangka. Malah saya tak perlu berhutang untuk dapatkannya. Allahuakbar.


Azam Tahun Baru 2024 untuk Diri Sendiri

Azam Tahun Baru 2024 untuk Diri Sendiri

Ini adalah pencapaian terbesar yang saya lakukan dalam tahun 2023. Perit jerih dalam usaha menghasilkan sebuah kedai yang sempurna seakan hilang bila kami masih mampu bertahan sehingga ke saat ini. Ruang kosong yang kami sewa itu kini sudah lengkap dengan segala perabot dan peralatan yang diperlukan malah kami kini sudah punya simpanan sendiri untuk kedai.


Semoga perniagaan ini akan terus maju jaya dan sukses. In shaa Allah, amiin..


2. Rezeki Adsense

Sejak Palestin kembali berperang dengan Israel, hati saya memang terasa berat benar untuk berkongsi kehidupan harian di sosmed, apatah lagi untuk terima job review. Rasanya seolah saya berkongsi kesedihan dengan rakyat Palestin yang dibom dan tak sanggup untuk kongsikan cerita hidup saya yang menggembirakan pada masa rakyat Palestin sedang tertindas tak dibela.


Jadi saya hiatus seketika daripada review dan berharap agar nasib rakyat Palestin yang dibedil bertalu-talu akan beransur menjadi lebih baik. Tapi itulah kegilaan dunia. Di saat semua pemimpin menyokong ceasefire, ada dua tiga pemimpin benak otak yang menolak ceasefire menyebabkan kehidupan rakyat Palestin terus diledak dengan ribuan bom.


Bila jadi begini, saya juga terpaksa teruskan hidup. Ambil kembali job review dan teruskan hidup dengan doa agar nasib rakyat Palestin terbela. Saya juga berharap tiada rakyat Palestin yang follow akaun sosmed saya yang berkongsikan kisah manis, membayangkan betapa mereka hidup dalam ketakutan dan kepayahan.


Azam Tahun Baru 2024 untuk Diri Sendiri
Azam Tahun Baru 2024 untuk Diri Sendiri


Tapi siapa sangka di saat income saya menyusut akibat kurangnya mengambil job review, Allah beri saya rezeki melalui Adsense. Tak pernah dalam 5 tahun saya menjadi blogger, income Adsense saya mampu menghasilkan $1 hampir setiap hari, inilah pertama kalinya. Malah saya sendiri rasa terkejut melihat hasil ini. Alhamdulillah untuk rezeki kurniaan Allah. Semoga Allah beri kemenangan kepada Palestin.


Tahun Baru Azam Baru

Jadi untuk tahun 2024 ini, ada beberapa matlamat yang saya harap akan dapat saya raih. Antaranya adalah:


1. Sentiasa Update Blog

Perkara ini memang susah nak dibuat walaupun saya duduk di rumah saja. Keterbatasan waktu atau terkadang writer's block datang melanda, jadi berjanji untuk update blog setiap hari hanyalah janji manis yang tak mungkin dapat saya kotakan. Saya berharap untuk azam tahun baru ini, saya dapat kemaskini blog setiap tiga hingga lima hari sekali dan jadikan blog sebagai salah satu sumber sampingan saya.


Antara perkara yang saya kena buat bila nak dapatkan idea menulis blog tanpa henti ini adalah dengan selalu ambil gambar tiap kali keluar rumah. Tak kiralah masa pergi makan di restoran ke atau holiday bersama keluarga, saya kena kembali aktif jadi fotografer. Dengan cara ini, saya takkan putus idea untuk menulis dan sentiasa ada cerita baru yang boleh diupdate di blog.


2. Cari Income Sampingan

Selain nak kembali aktif buat review di sosmed, saya nak cuba serius buat income dengan affiliate dan Shopee (in shaa Allah). Sebenarnya saya nak cuba bidang ghostwriter kerana minat pada penulisan, tapi disebabkan saya masih taktau bagaimana caranya untuk jadi seorang penulis upahan..jadi saya nak gunakan 100% apa yang saya mahir buat masa sekarang. 


Macam menulis di blog, saya hanya menulis secara suka-suka kerana minat tapi tak sangka pula saya boleh jana income. Jadi saya berazam untuk cuba buat yang terbaik dalam bidang affiliate kerana ada beberapa platform affiliate yang beri saya income tambahan sekarang walaupun tak begitu banyak. Selain itu saya juga nak kembali aktif dalam jual beli saham dan pelaburan patuh syariah.


Ha, itu sajalah dua azam tahun baru saya buat masa sekarang. Tak boleh banyak-banyak sebab memang takkan jadi kalau terlalu banyak azam. Buat saya pening kepala saja nak kejar yang mana satu. Tercapai atau tidak azam ini, bergantung kepada usaha tapi kalau tak tercapai pun tak mengapalah. At least saya dah cuba buat yang terbaik. Apa azam tahun baru awak, sharelah sekali. Mana tau saya pun boleh ambil sikit mana yang sesuai dengan saya juga. By the way, jom ganti puasa. Puasa dah nak dekat..

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. SA dah x aktif ambil job review, lagi selesa macam sekarang kumpul duit adsense, setahun pastikan 3-5 kali cashout..syukur tahun 2023 ni dah 3 kali cash out..semoga ang baik-baik aje untuk 2024 ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak ye akak cashout 3-5x setahun. saya max 2x je setahun. lepas ni nak try buat macam akak lah. mana tau tercapai kan..aamiin

      Padam
  2. Alhamdulillah…tahniah tahniah tahniah!
    Nanti kalau saya datang sana boleh tak saya nak singgah kedai tu? 😉
    2023 ni antara tahun sukar untuk saya. Tapi saya percaya setiap kesusahan tu datang bersama hikmah-Nya. Utk 2024 tak harap banyak. Nak jadikan 2024 lbh baik daripada tahun2 sebelum ni. Semoga Allah merahmati setiap perkara yg saya lakukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin, semoga tercapai impian awak untuk tahun 2024 ni. btw kalau nak jalan2 ke kedai boleh je no hal. nanti sampai terengganu, roger je okeh!

      Padam
  3. p/s fasal yang shopee tu saya belum finalize kan lagi. Once dah siap sy WA ya. Tqvm 😉

    BalasPadam
  4. Saya berazam tahun baru agar dpt menjana duit lebih lg dgn jual tudung minaz

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..semoga tercapai impian rabia jana duit dengan jenama tudung minaz

      Padam
  5. Tahniah kerana berjaya mencapai dua azam yang hebat...moga terus sukses dalam tahun 2024 nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak hebat pun ni mrhanafi, masih ramai lagi ada pencapaian hebat..saya cuma bergembira sedikit memandangkan kebiasaannya saya tak dapat hasil begini. alhamdulillah atas rezeki kurniaan Allah..

      semoga mrhanafi dan saya dapat merasakan kemanisan sukses mengikut pengertian masing-masing dalam tahun 2024 dan seterusnya..aamiin

      Padam
  6. bila la nak dapat pergi kedai rini. boleh ke kalau nak letak barang niaga kita kat kedai rini eh? tapi kang habis kat tuan kedai pulak..tak tahan godaan..hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila2 pun boleh pi singgah kat kedai Adda tapi saya jarangla ada kat sana sebab adik yang jaga. tapi kalau letak barang kat kedai tu kita risau satu je, kena cakar dengan kucing..tak pun kena pancut dengan depa. sebab tu kita tak jual barang selain barang kucing kat sana huhu

      Padam
  7. Saya selalu buat juga Azam setiap THN. Ini sebenarnya mempermudah kita untuk mencapai target. Setidaknya jadi tahu apa yang mau dicapai, dan bagaimana mencapainya . Kalo tak ada, macam buta kan, hanya mengikuti arus saja, tapi tak tahu nak capai apa.

    Semoga Azam 2024 nanti bisa sukses tercapai kak Rini.

    Saya pun nak buat pencapaian terkait blog, target traveling juga dan dalam hal agama nak lebih rutin tahajud lah. Kalo tak bisa setiap hari, at least seminggu 2x dulu. Baru pelan2 kan nak rutinkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. allahu..besar tu azam fanny, semoga fanny berjaya capai azam nak buat rutin tahajud tu. akak kalau terjaga baru buat tahajud, tak pernah nak buat azam tahajud pun sebelum ni..semoga akak pun boleh buat tahajud sebagai rutin untuk tahun 2024

      akak doakan semoga azam fanny dan akak, kedua-duanya berjaya dicapai..aamiin

      Padam
  8. wah mama turut bergembira byk juga pencapaian tahun 2023 rini, semoga tercapai semua hasrat utk tahun 2024 pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah aamiin..semoga mama juga berjaya mencapai kesemua azam untuk tahun ini ya..

      Padam
  9. Azam yang bagus.
    Alhamdulillah atas pencapaian.

    BalasPadam