Blog Ilmu Kewangan buat Surirumah

Assalamualaikum..


Alhamdulillah untuk hari ini, masih diberi peluang oleh Allah untuk bangun dan memulai hari dengan ceria. Sebenarnya saya ada banyak perkara yang nak diceritakan dalam kepala cuma kena sort out dahulu satu demi satu, kalau tak pening pula saya nak menulisnya nanti. 


Ekonomi negara semakin menunjukkan kenaikan positif dan saya gembira dengan berita ini. Eh, ekonomi naik tapi saya yang happy..apa kes? Yelah, bila ekonomi makin naik maksudnya makin ramai pelabur asing yang kembali masuk melabur di Malaysia. Syarikat tempatan juga sudah boleh mula beroperasi dan menjalankan perniagaan mereka macam biasa sekaligus membantu menaikkan kembali pasaran saham di bursa. 


Saya sebagai seorang pelabur memang sentiasa berharap agar pasaran kembali positif supaya portfolio yang saya pegang sekarang turut mendaki naik ke bulan (amboi sangat tapi semoga akan terus mendaki naik). Bermula daripada zero ilmu kewangan sehinggalah sekarang saya sudah mula celik sedikit tentang ilmu ini, saya berharap untuk kongsikan sedikit ilmu yang saya ada dengan kawan-kawan. Perkara yang baik haruslah dikongsi bersama, paling kurang ada yang mendapat manfaat daripadanya dan boleh juga dijadikan bekalan bila saya dah tiada nanti. 


Blog Ilmu Kewangan buat Surirumah


Cuma masalahnya saya tak jumpa platform sesuai untuk berkongsi tentang perjalanan saya mula celik ilmu kewangan ini. Saya rancang untuk buka satu blog lagi, khas untuk ceritakan semua perkara berkaitan pelaburan, saham, ASB, unit trust dan ilmu kewangan yang lain (cewah, macam banyak duit pula nak cerita semua tentang pelaburan). Bukan begitu, blog itu nanti akan hanya berkisarkan kisah kewangan bagi seorang pemula yang baru nak belajar menyimpan dan melabur tanpa ada modal yang besar, sama macam saya selayaknya seorang surirumah.


Jadi mungkin blog baru nanti lebih sesuai dijadikan bahan bacaan golongan surirumah dan pelajar yang baru mula menyimpan sebagai panduan dalam mempersiapkan diri dengan ilmu kewangan yang lebih kukuh. Semoga tak jadi seperti saya yang dah pernah merasa ditipu dengan scam cepat kaya sebelum ini. Tak mengapa, kita simpan sebagai pengajaran dan apa yang bagusnya sekarang saya lebih celik ilmu kewangan gara-gara kesilapan silam saya yang lalu. Alhamdulillah..


Terdetik hati saya nak berkongsi tentang ilmu kewangan yang saya pelajari memandangkan ramai yang anggap sebagai seorang surirumah, mereka tiada kemampuan untuk melabur atau menyimpan kerana tidak mempunyai punca pendapatan tetap. Memang punca pendapatan itu penting sebelum kita boleh menyimpan namun jika kita tak pandai uruskan sumber kewangan yang sedia ada sekarang pun, payah juga untuk kesan jangka panjang pada masa depan. Jadi kita mulakan dengan apa yang ada di tangan dan terus lengkapkan diri dengan ilmu. Mana tahu ada rezeki besar akan datang lepas ini senang nak buat keputusan samada ingin disimpan dalam bank atau dilaburkan dalam bursa.


Cukuplah dulu untuk pengenalan mengenai blog baru. Nanti saya war-warkan tentang blog setelah siap ya. Jangan lupa follow untuk tambah ilmu mengenai kewangan. In shaa Allah semoga diberkati :)

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Blog ni menjana duit heheh..kena pandai ambil peluang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sambil tu kita kongsi perkara baik dengan orang lain boleh kumpul pahala kan

      Padam
  2. bagus tuu.. cikma sokong... cikma pun xdop pengetahuan pasal pelaburan nii

    BalasPadam